Showing posts with label from my view. Show all posts
Showing posts with label from my view. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Muka buku kaler biru


Kadang-kadang I fikir ada baiknya Fb tu ditutup.Bukan apa sometimes sakit hati baca status orang yang tak tau nak fikir perasaan orang lain.Yup, itu memang Fb kau dan suka hati kau lah kan nak tulis apa.Tapi,apa yang kau rasa kalau orang lain buat macam mana yang kau buat tu?? Mesti rasa annoying gilaaaa kannnn???

Pastu secara logiknya, takkan kau nak kata "aku bukan tuju status itu kat korang semua",walhal kau baru je lepas jumpa orang itu dan terus update status kat Fb.Takkan kau nak kata kau tuju status tu kat kawan kau yang ada kat overseas pulak??? Mestilah kawan yang ada kat sekeliling kau kan??? Secara tak langsung hubungan sesama kawan akan terjejas..

For me,Fb ni bagus dan ok untuk kita connect with people. Tapi,orang yang gunakan Fb ni yang salah gunakan fungsi Fb nih. I sendiri suka je dapat jumpa kawan-kawan dari sekolah rendah dan kawan lama yang memang dah lama tak jumpa semua. Yela,bukan senang nak jumpa lagi-lagi semua belajar lain-lain tempat.So, dengan adanya Fb ni dapat keep in touch lagi dengan dorang.Nak jemput kenduri pun senang.

Tak faham kenapa nak buat status yang "panas" dan "kontoversi". Pastu semua nak komen,yelah nak show yang kononnya concern lah apa jadi kat kawan tu. I tak salahkan orang yang komen tu,dorang tak tau apa-apa. Tapi,orang yang buat status camtu memang sengaja nak tarik perhatian orang lain. Tak rasa macam publisiti murahan ke??

Tu belum masuk lagi "love birds" yang rasa Fb tu diorang yang punya. Adoiii, tak cukup-cukup lagi ke kau dah sms siang malam, dekat Fb jugakkk kau nak berkasih sayang. Nak tunjuk sangat "keagungan" cinta mereka tuh. Cukup-cukuplah tu. I memang tak berkenan sangat bab nih. Tak taulah you all macam mana.

Gunakan teknologi yang ada untuk sesuatu yang bermanfaat dan berfaedah.Contohnya,macam share info dan sebarkan perkara yang positif...

p/S: before this memang pernah buat argument essay pasal Fb nih..:P

Thursday, February 24, 2011

Kita dan RM....

Bila cakap pasal duit memang boleh sakit kepala kadang-kadang. Maybe pada yang mampu memang tak effect langsung hidup dorang. Malah, boleh “buang” duit tuh sesuka hati je. Bak kata Anuar Hadi dalam video dia, “kita sebagai manusia kadang-kadang senang sangat nak keluarkan duit untuk certain things,tapi untuk benda-benda lain cukup susah nak keluarkan duit”.

Means that, kita boleh keluarkan beratus-ratus untuk satu kedai dalam masa sehari tapi untuk bagi anak duit untuk makan dan pelajaran macam susah je nak keluarkan. Siap persoalkan lagi itu dan ini.Padahal duit shopping yang beratus-ratus tu cukup je nak bagi makan sebulan. Ini cerita dari orang-orang dewasa sekeliling saya…

Dalam video tu pun ada dia bagi contoh macam kita boleh makan kedai mahal-mahal dan boleh kata RM 49.50 untuk satu set makanan tu murahh.Tapi bila datang orang mintak derma kita cam berat je nak bagi.Sekarang orang pun dah jadi “price tag”. Dari atas sampai bawah semuanya branded. Siap mention lagi “benda ni kalau berpuloh hengget takpe lah jugak,ni beratus aku beli”. Ok, memang perlu kott mention beli beratus ringgit.Tak mainlah pasar-pasar malam ni.Sebab ada certain people “allergic” dengan barang murah,lagi-lagi kalau dari pasar malam..

I pun nak kena fikir balik semua ini. Nak cari duit bukannya senang dan bukannya turun dari langit. Sebenarnya kita sedar semua ni Cuma buat-buat tak tahu je atau erti kata lain ignorance…I don’t mean to hurt people with this entry. I’m just getting tired with people who are keep brag about material things.Honestly, I don’t care about what other people wears. Seriously,I ‘m not jealous or something. Bukannya boleh kemana pun. Bila mati esok-esok,semua pakai kain kapan yang harganya rm5 semeter jugak(main bantai je harga berapa). Takdenya pakai English cotton, sutera atau kain-kain yang mahal yang lain.Tapi tak taulah kan kalau kain tu beli kat Jakel..haha..

I got this from Solusi magazine:
“Janganlah bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal,kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan”

“Jangan bangga dan action sangat dengan kenderaan mewah,kerana kenderaan terakhir kita nanti adalah van jenazah dan papan keranda”

“Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana,kita kena ingat,rumah terakhir kita nanti kubur bertiang dua”

“Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana bila sudah tiada nanti kita dapat gelaran Al-Marhum”

“Janganlah terlalu bangga berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik kerana bila kita mati nanti,wajah kita akan berubah menjadi tengkorak..”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...