Showing posts with label product review. Show all posts
Showing posts with label product review. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Review: NYX Round Lipstick


Yay! finally it's here. I've been waiting for this lipstick for about a month. Actually memang dah lama nak beli lipstick ni tapi tak tahu nak beli kat mana. Kalau baca blog makeup overseas ramai yang review pasal lipstick ni. Now it's my turn to review about this lipstick.

For your information, lipstick NYX ni takde jual kat Malaysia lagi, biasanya orang akan beli online including me. Dan selalunya barang2 NYX ni adalah pre-order, jarang sangat ada ready stok. Range colour untuk lipstick ni tersangat la banyak, diorang ada 150+ colour,if i'm not mistaken.

Tapi, aku and nadya beli 2 colour je dulu itupun based on our research ramai yang pakai colour ni.  Colour yang kitaorang beli adalah THALIA and TEA ROSE. Dua-dua colour ni tersangat la cantik dan nampak natural je bila kita pakai, sesuai la dengan kita yang memang suka colour2 yang sweet and nude je.

Okay, now let me explain apa yang best sangat dengan lipstick ni:

  • Harga yang murah dan sangat berpatutan.Aku beli rm12 je, so far kat sini je yang aku jumpa jual murah, kat tempat lain aku tak tahu. ( Aku beli kat sini )
  • Ada banyak pilihan warna
  • Tak melekit bila pakai, rasa macam tak pakai lipstick je
  • Tekstur yang sangat lembut, bibir rasa lembab je bila pakai.
Next is kelemahan lipstick ni:
  • First time apply kat lip rasa mcm sabun, tapi aku tak kisah sangat. Ada setengah orang tak suka.
  • Masa korang dapat je lipstick ni dari courier, jangan terus buka. Let it cool for a couple of time sebab NYX lipstick ni sangat2 lembut like a butter, so they easily melt bila cuaca panas. Kalau macam aku, aku letak kejap kat dalam fridge then baru aku keluarkan.
Overall aku bagi 4.5/5 kat lipstick. Would  I repurchase? my answer definitely yes, I'm even have a list for the next spree haha..

Nadya is wearing THALIA
me in TEA ROSE


Till then peeps!xoxo..

Tuesday, August 28, 2012

Product review: elianto and eyeliner miss rose

Assalamualaikum, hye peeps! rasanya tak terlambat nak wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kat korang semua.Sorry kalau ada salah dan silap selama kami ber blogging ni. Mana lah tahu kalau ada yang kurang senang dengan penulisan kami, ampun maaf dipinta ya.

Sebenarnya entry ni sepatutnya di publish before raya lagi tapi biasalah aku pun tak tahu aku busy dengan apa so entry ni dah tertangguh. Aku log in je blogger ni tapi bila nak update blog sendiri mood hilang tah ke mana padahal kalau ajak berjalan tu ada je mood :p

okay straight to the point lah, baru2 ni aku ada pergi elianto coz nak beli bronzer baru. Bronzer lama aku hidup segan mati tak mahu dah. Tapi disebabkan bronzer lama aku tu edition tahun bila tah sebab dah lama tak pergi elianto sebenarnya, dah takde dah jenis tu. kecewa di situ ya. Tapi takpe, staff elianto tu suggest kat aku yang 'brand new' punya, siap tolong buatkan shading kat hidung lagi.Tapi yang ni bukan bronzer ya,ni blusher tapi boleh jugak kalau nak buat shading. So bila dah puas hati aku beli je la. Harga tak silap rm30++ kot, tak ingat dah aku coz ada discount masa ni.




Next is aku beli eyeshadow, staff diorang la ni pergi tanya 'taknak tambah apa2 lagi ke?'.hehe salahkan orang pulak aku ni. So, aku tengok2 la eyeshadow, sekarang elianto dah bertambah maju eyeshadow diorang pun ada banyak range dah.kalau dulu semua rm 5, sekarang ada yg rm8 dah tak sama harga dah. Tapi yang penting eyeshadow elianto dah banyak yang cantik2 and lekat bila pakai. Aku beli satu je,beli banyak2 tak terpakai lak. Yang ni pun aku tak try lagi. Cara aku cakap pasal elianto ni macam dah 10 tahun tak pergi sana kan? huhuu.Harga aku tak ingat la,rm 8 kot.


Yang ni colour toffee brown

Last but not least, aku beli creamy eyeliner miss rose atau pun orang panggil eyeliner kajal. Aku beli kat KWC, so far aku puas hati la dengan eyeliner ni coz sangat la pekat even dia smudge sikit. Kalau tak nak smudge kena blend dgn eyeshadow colour gelap baru dia okay.





p/s: nak cakap thanks kat sesapa yg ada send email kat aku, appreciate sangat2.sorry kalau aku lambat reply ke apa, kadang2 tak perasan.

Monday, July 16, 2012

Friendly Fashion


Do you ever heard about this site, friendly fashion .com? Friendly fashion is the place for you to swap, sell or giveaway your preloved items, clothes, shoes and accessories.

Diasaskan oleh dua orang adik beradik Nadzirah dan Diyana in fact they just won the Online Shop of The Year 2012 in Digi Wwwow Award. Apa yang menarik tentang website ni kita boleh jual preloved item kita kepada pengguna yang lain. Kita boleh tengok barang2 yang ditawarkan oleh member yang lain dekat homepage website. Korang just click kat gambar yang korang berkenan tu dan kat situ ada stated semua details barang tersebut. Macam gambar kat bawah ni.


Okay mula2 aku ingat kat sini jual preloved clothes and shoes je, rupanya2 tak okay. Ada jugak preloved cosmetics, benda yang paling aku suka! heee..Haruslah excited sebab harga yag ditawarkan sangat2 la berpatutan. Rambang mata aku tengok nak pilih yang mana satu.

Website ni bukan je jual preloved items, ada jugak forum yang boleh korang join untuk tahu tips-tips tentang trends terkini dan sebagainya. How cool is that?. Ini antara items yang ada under women categories:
So, korang boleh la tengok kat sini apa2 barang yang korang tak guna dah tu jual kat sini dan jadi member diorang sekarang. =)

Thursday, May 31, 2012

Product review: Revlon Beyond Natural Smoothing Primer

Okay actually dah lama dah nak buat review pasal makeup primer ni tapi tak sempat la pulak and aku pun tak pernah cuba lagi so macam mana nak buat review kan?

So, hari tu aku ada gi Ampang Park then guardian ada buat warehouse sale, time aku tengah belek2 barang aku jumpa la makeup primer ni. Sebenarnya aku dah lama dah cari primer ni lepas baca blog kak anna sha (makeup artist). Dia ada gak cakap primer ni ada jual kat watson or guardian tapi dah merata aku cari tak jumpa2 gak.

Alhamdulliah akhirnya dapat jugak, dah la harga pun ok. Kalau ikut kak anna dia cakap range dalam rm 50 tapi aku dapat beli dengan harga rm15 je! that's y aku terus je amik sebab dah murah sangat. Kalau korang tengok gambar kat atas ni pun eyeshadow in 2 it tu pun rm6 je. Kalau normal price memang aku malas la nak beli.

Cara nak pakai primer ni adalah after kita pakai moisturizer and before apply foundation. Antara kebaikan kita pakai primer ni adalah untuk jadikan foundation yang kita pakai tu lagi cantik dan flawless. Bila pakai primer ni yang aku perasan nak pakai foundation pun senang coz permukaan kulit kita jadi licin. Selain itu, dia akan menjadikan mekap kita lebih tahan lama. Ada yang aku baca kata ia juga boleh mengecilkan pori2 kita.

Kalau ikutkan semua MUA sarankan pakai M.A.C prep + prime or strobe cream coz this is the best makeup primer ever even my friends said so. But buat masa ni kedua-dua2 benda ni aku tak merancang nak beli lagi dan takde dalam budget lagi insya Allah ada rezeki boleh beli sikit2.

Then, another best makeup primer yang ramai jugak orang suggest ialah brand Smash box, ada yang kata tekstur lebih kurang macam revlon. Kalau tengok review orang lain, diorang cakap kalau nak murah pakai Revlon pun dah ok. kalau ada yang nak beli brand smash box ni kalau tak silap kat Sephora ada jual.

Tu je la kot yang aku nak share pasal makeup primer ni. Setakat ni puas hati la dengan brand Revlon ni. Nanti kalau aku ada guna yang brand lain aku share lagi kat sini.:))

Monday, May 14, 2012

Review: Etude House; BB Magic Cream



- BB Magic Cream -


Finally, dapat jugak nak share 'experience" pakai bb cream Etude House nih.. Harga xmahal. Dalam RM 20 sahaja. Kalau diikutkan beauty consultant dekat etude house tak berapa nak suggest BB Magic Cream dekat customer. Bukan sebab harga dia yang murah tapi sebab it's too basic.. Yang paling bagus adalah " Precious Mineral BB Cream". Itu menurut kata mereka lahh.


-Precious Mineral BB Cream-


Tapi tu lah yang selalu aku kata "depends" jugak dekat jenis kulit seseorang. From my view, i think this product is not bad lah. Product ni bagi banyak coverage di seluruh muka. Bb cream jenis ni agak tebal sedikit berbanding jenama yang lain. Ada satu jenama ni, tekstur bb cream agak tipis dan ringan. Tapi berlainan dengan BB magic cream ni. Dengan tekstur yang agak pekat, kita perlu pakai sedikit sahaja. Apply di tangan dulu. Picit perlahan-perlahan since bb cream ni guna pam. Jangan dok syok memicit sampai membazir.

Macam aku, memang selalu pakai moisturizer sebelum pakai apa-apa bb cream/ foundation. So, kulit nampak ok je. Rasanya tak nampak berbelak atau bercapuk. Lepas tu, pakai bb cream dan tekap bedak padat ke seluruh muka dengan penuh gentle...

Untuk memudahkan pembacaan review ni aku akan bahagikan "pro" and "cons" bb magic cream ni...(ni based on my experience taw, lain orang lain hasilnya)

Pro's :
- sesuai untuk kulit yang kering atau normal.
- gives full coverage
- jimat since boleh pakai sikit je
-tahan lama
- gives "glow" skin.

Con's:
- Untuk jenis ni xde SPF..ada yang aku baca mereka kata untuk BB magic cream ni ada 2 jenis, satu ada SPF dan satu lagi takde SPF. If yang ada SPF harganya berbeza sikit.
- Ada satu pilihan warna sahaja. Mungkin tak berapa sesuai untuk kulit yang tidak cerah.

Rata-rata yang pernah try produk ni mereka kata ok je. Takde masalah besar sangat pun. Just untuk yang terbaik belilah yang "precious mineral bb cream". Ada banyak kelebihan untuk yang 'precious mineral bb cream" ni. Harga pun lebih lah sedikit. Around RM 70 kot, kalau tak silap. Tapi tak sure kalau tu harga time sale or tak. Kalau etude house ada buat promotion, harga dia boleh tahan best dan sangat berbaloi untuk membeli.

Kalau anda peminat K-pop, Etude House maybe product yang sesuai untuk anda kumpul barangan "exclusive" artis k-pop yang anda minati. Sebagai contoh, buat masa ini Shinee menjadi DUTA untuk produk mereka. Haritu masa beli, ada promotion beli RM 30 ke atas (lebih kurang) dapat Shinee folder.. me like! aku memang minat shinee. Rasa macam nak beli je semua lip balm Shinee. My BFF rembat semua jenis ( ada 5 jenis) plus bb cream shinee. Dia kata best pakai bb cream shinee. Untuklip balm dia tak pakai lagi sebab sayang nak guna..




Shinee lip balm...

p/s : orang Korea memang sangat suka pakai BB cream. Boleh katakan mereka wajib pakai BB cream bila keluar rumah. Sebab itulah banyak produk kecantikan di Korea seharusnya ada BB cream di rangkaian produk mereka...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...