Friday, November 16, 2012

Review: NYX Round Lipstick


Yay! finally it's here. I've been waiting for this lipstick for about a month. Actually memang dah lama nak beli lipstick ni tapi tak tahu nak beli kat mana. Kalau baca blog makeup overseas ramai yang review pasal lipstick ni. Now it's my turn to review about this lipstick.

For your information, lipstick NYX ni takde jual kat Malaysia lagi, biasanya orang akan beli online including me. Dan selalunya barang2 NYX ni adalah pre-order, jarang sangat ada ready stok. Range colour untuk lipstick ni tersangat la banyak, diorang ada 150+ colour,if i'm not mistaken.

Tapi, aku and nadya beli 2 colour je dulu itupun based on our research ramai yang pakai colour ni.  Colour yang kitaorang beli adalah THALIA and TEA ROSE. Dua-dua colour ni tersangat la cantik dan nampak natural je bila kita pakai, sesuai la dengan kita yang memang suka colour2 yang sweet and nude je.

Okay, now let me explain apa yang best sangat dengan lipstick ni:

  • Harga yang murah dan sangat berpatutan.Aku beli rm12 je, so far kat sini je yang aku jumpa jual murah, kat tempat lain aku tak tahu. ( Aku beli kat sini )
  • Ada banyak pilihan warna
  • Tak melekit bila pakai, rasa macam tak pakai lipstick je
  • Tekstur yang sangat lembut, bibir rasa lembab je bila pakai.
Next is kelemahan lipstick ni:
  • First time apply kat lip rasa mcm sabun, tapi aku tak kisah sangat. Ada setengah orang tak suka.
  • Masa korang dapat je lipstick ni dari courier, jangan terus buka. Let it cool for a couple of time sebab NYX lipstick ni sangat2 lembut like a butter, so they easily melt bila cuaca panas. Kalau macam aku, aku letak kejap kat dalam fridge then baru aku keluarkan.
Overall aku bagi 4.5/5 kat lipstick. Would  I repurchase? my answer definitely yes, I'm even have a list for the next spree haha..

Nadya is wearing THALIA
me in TEA ROSE


Till then peeps!xoxo..

Sunday, October 7, 2012

Review: Produk As Sauda Softgel

Salam readers...



                                       
Kali ni nak review pasal produk Habbatus Sauda yang memang bagus untuk semua. Seperti yang kita sedia maklum, habbatus sauda ni memang boleh merawat macam-macam penyakit kecuali maut. Aku nak share kan sikit pengalaman aku sendiri.

Masa awal tahun ni, doktor sahkan aku ada thyroid. Thyroid ada dua jenis hyper and hypo. Aku kena yang hyper. Antara symptom2 nya, mata sakit (membengkak dan nampak terbeliak), kerap makan, asyik lapar tapi berat tak naik, berdebar-debar, cepat berpeluh dan macam-macam lagi.

At first aku ingat semua tu normal. Sebabnya aku study kat tempat yang memang panas. Maka, tak heranlah aku cepat berpeluh. Lagi satu pasal kuat makan tu, time tu study week. Selalu stay up malam2. Kul 3 pun x tido lagi. Bila tido lambat, perut senang lapar. Asyik nak makan je. Lagi satu symptom, insomnia. Memang susah gila nak tidur. Buatlah macam mana pun, mata still tak mengantuk.

Lepas je habis exam, aku jumpa doktor sebab tak tahan mata sakit. Nasib baik doktor yang check aku tu memang dah biasa dengan family aku. Doktor ni perempuan. Bila dia check dia suruh bukak tudung. Dia suruh aku telan air liur, then bila telan tu nampak kat kerongkong/leher ke apa ntah cam ada something menonjol kat situ. Senang citer kalau lelaki kan ada halkum kan, so kat area situ lah ada benjolan tu. Sorry, I dont know the correct medical term..

Aku memang takut bila doktor bagitau camtu plus siap nangis lagi. Patutlah berat turun mendadak, muka cengkung, susah nak tido and macam-macam lagi. Even doctor kata benda ni biasa tapi aku still risau. Aku follow up dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Doktor check darah and memang ada thyroid dalam result darah aku. Then, doktor bagi ubat semua. Banyak gila ubat dia bagi sebab stok untuk sebulan.

Tapi mak aku ikhtiar cari supplement lain. Aku cuba macam-macam. Yang mahal, yang murah sampai jumpa
Produk As Sauda ni. Kalau dulu aku memang tak sanggup nak minum minyak habbatus sauda sebab bau and kepekatan dia. Padahal minum macam tu lagi elok. Tapi since dah di inovasikan kepada softgel, memang senanglah nak makan.

Aku memang konsisten makan produk As Sauda ni. Lagi konsisten dari makan ubat doktor. Kalau ubat doktor ni, kadang-kadang makan kadang2 tak makan. Tapi As Sauda memang tak tinggal. Bila aku follow up, doktor kata symptom dah kurang. Bila buat ujian darah pun, dah kurang sel-sel thyroid.Again, aku fail dalam nak describe medical term ni..huhu..

Yang paling obvious part mata aku. Dah tak nampak terbeliak dah. Dulu orang kata mata aku nampak macam pakai contact lens.Padahal aku pakai spec mata.Takkan pakai contact lens then pakai spec lagi, mau tak pening aku. Tapi camtulah nak diceritakan bertapa besar mata aku time tu. Sekarang dah reduce sikit. Belah kirii dah ok, cuma belah kanan lambat sikit surut. Apa-apa pun aku akan teruskan makan sampai aku recover.
                                   
Ada nenek sedara aku makan jugak As Sauda ni. Dia memang ada kencing manis dan darah tinggi. Dia pun consistent makan. Alhamdulilah bila check dengan doktor, kencing manis dengan darah tinggi dia dah takda. Aku share semua ni sebab nak tolong orang lain jugak. Produk ni bagus jugak untuk:

-masalah senggugut
-migraine
-lelah
-insomnia
-gout

dan macam-macam lagii..

Disebabkan keberkesanan produk ni, maka mak aku pun turut menjual produk ni. FYI, mak dan ayah aku pun turut gunakan produk ni. Untuk siapa-siapa yang berminat dengan produk ni boleh pm saya...ni emailnya


dyadyra.biz@gmail.com


~Thanks for reading~

Thursday, September 6, 2012

Berhentilah menghina kerjaya orang...

Salam readers...

today nak update pasal entry yang tengah "panas" di kalangan guru. Tapi orang tu dah delete blognya (mana taknya ramai cikgu2 dah hentam dia balik). Walaupun dia dah delete, jangan risau ramai yang sempat copy apa dia tulis.. Sebagai seorang anak cikgu, aku agak terhina dengan statement dia. If korang rasa apa yang aku tulis selepas ni 'berat sebelah" disebabkan aku anak cikgu, terserahlah. Ni apa yang aku nampak, rasa dan mendengar pandangan cikgu sendiri. Tak patut menilai kerjaya guru dari segi luaran saja tanpa melaluinya sendiri. Asyik-asyik cikgu dipersalahkan. Actually ramai cikgu dah "reply post" kepada entry beliau..dan aku sendiri tak rasa ada orang kutuk/hina kerjaya dia sebagai seorang "engineer "(katanya). Bagi aku sendiri, tu rezeki masing2, tak perlulah nak dengki dengan kerjaya orang lain..

Antara point2 yang boleh dibidas:

1. Pasal gaji cikgu..
-tak faham kenapa orang nak dengki sangat dengan gaji cikgu nih.. dalam banyak2 gaji orang, gaji cikgu jugak orang nak jeless..apakah?? pastu nak kata cikgu kerja half day je dah boleh dapat gaji camtu. Amboii hang, cakap takda fakta betull. Suka hati je kata lagu tu. Memang balik tengah hari dalam pukul 2 camtu, tapi petang2 ada latihan sukanlah, aktiviti koko lah, kelas tambahan lagi..ada awak tau?? tak kan..lagi lawak dia compare gaji cikgu dengan operator kilang..adoii takkan tak leh pikir kot bezanya dua kerjaya tersebut??

2. Pasal cuti berlambak-lambak..
weh standardlah, dah kata cikgu cuti pun ikot cuti sekolah lah..pasal annual leave tu, kerja mana-mana ada annual leave. cikgu pun manusia biasa jugak.kadang-kadang ada hal emergency jugakk. Abis tu kalau nak sakit ke, nak mati ke boleh ke nak pilih time cuti sekolah je..jangan gatal-gatal nak sakit time bukan cuti sekolah.camtu ke?

3.Pasal cikgu update blog, fb, berniaga ..etc
Salah ke cikgu ada blog, fb? Orang lain kerja sambil tu update status kat fb.Cikgu nak update bila masanya?? kelas berderet, nak mengajar lagi. Update blog pun bukan sepanjang hari. Cikgu sekarang dah celik IT. Kalau dorang tak upgrade diri dorang, student kata ketinggalan zaman pulak.. Pasal jual-jual tu, asalkan tak ganggu P&P sudahlah..Memang ada yang join MLM or berniaga sampai terabai kerja tapi tu hanya SEGELINTIR sahaja. Tak wajar kalau nak kata SEMUA cikgu macam tu. Kalau yang buat tu pandai-pandailah dorang jawab kat akhirat sok.

4. Pasal cikgu berlumba-lumba nak hantar student pergi hospital sebab nak skip kelas

Habis tu takkan nak biar kalau budak tu dah injured?? tak pasal2 parents marah cikgu balik. Cikgulah punca, cikgu ini, cikgu itu. Nanti tau2 surat saman sampai sekolah sebab kelalaian cikgu. Dah tu kan tanggungjawab cikgu. Awak ingat cikgu suka sangat ke nak pergi hospital?? nak tunggu kat hospital tu bukan sekejap. Lama tau tak? Nak pikir apa nak cakap kat parents student tu apa jadi, nak explain kat dorang lagi..

Kalau pasal isi markah student tu, sekarang ni cikgu isi online. Takde nak suruh student tolong buat dah..aku dulu tolong je cikgu isi markah tapi takdelah bising cam awak tu.Nampak sangat tak ikhlas tolong cikgu ko dulu..(pandai cakap cikgu tak ikhlas, dia tu ikhlas sangat ke?)

Silap besarlah dia cari pasal dengan cikgu. Tak pasal2 kena hentam dengan cikgu2 satu malaysia. Nampak tak semua cikgu bersatu hati dalam hal ni? Sape yang jadi cikgu ko, mesti malu ada anak murid macam ko.Sorry to say la kan. Ingat senang ke nak mengajar. Satu kelas ada 40 orang, cikgu sorang mengajar kat depan. Macam-macam ragam ada. Ada yang nak belajar, ada yang main2, ada yang kacau orang..macam-macam lagi. Belum masuk yang ada masalah peribadi bawak masalah tu pergi sekolah. Cikgu jugak kena settlekan..Orang tau nak salahkan cikgu je, Cikgulah kena didik anak bangsa, cikgulah kena membentuk anak muridlah. Senang ke nak didik orang?

Ramai cikgu komen kat forum2 atau entry2 yang lain. Banyak komen2 yang menceritakan penat lelah menjadi seorang guru. Orang suka nampak kesenangan orang lain je. Bersyukurlah dengan kerjaya sendiri. Tak perlu nak nampak kerjaya orang ni senang, kerjaya orang ni nampak rilekk je. Setiap kerjaya ada cabaran masing-masing.

p/s: Difahamkan ada entry maaf dari beliau.

Wednesday, August 29, 2012

So Random 17

holla readers..

actually aku lagi suka buat entry random daripada tertumpu dari satu entry yang specific (takde idea lah katakan..:P).. sebabnya bila aku nak tulis, aku boleh terus tulis. If korang perasan aku lately ni asyik entry review jerr. Apa yang aku baru beli aku review. Untuk entry diri sendiri aku tak berapa nak gemar nak share. Mungkin sebab terlampau pikir apa orang nak kata. Contohnya, bila aku tulis entry aku makan kat satu restaurant ni, adalah suara-suara yang akan kata "ek eleh kecohlahhh, makan KFC je ponggg"..ok fine. kang bila update makan kat restaurant mahal kata riak pulakk kan.

Orait, next random story. Cuti sem ni aku rasa cuti sem paling best sebab dapat kumpul all my siblings. Since angah pindah klate, kitaorang jarang ada masa bersama. So, bila berkumpul ni memang ber"gossip girl" lah kitaorang. Share story, share ilmu and macam-macam lagi.. Then, timbulah satu isu "bila bercinta/bertunang tak perlulah dibesar-besarkan". yes, aku tau akan ada yang sentap. tapi betullah if gebang sangat kat fb or laman sosial yang lain selalunya tak .....(korang boleh teka ayat yang sepatutnya). Ni based on experience orang2 dewasa sekeliling aku. Macam kawan kakak aku sendiri ramai yang putus tunang. Seriously, aku pun terkejut. Kadang-kadang kita tak fikir apa yang kita letak kat fb akan menjadi kesan yang lagi buruk. Tak semua orang suka bila tengok kita bahagia. Secara tak langsung ada yang mendoakan perkara yang tak baik. Macam ada aku baca kat blog ni. (boleh klik untuk refer entry tersebut). Aku agak setuju 100 percent apa yang ditulis.

Terserah lah if nak kata aku jeles ke hape ke. jeles? langsung tak. Jodoh masing-masing, rezeki masing-masing, kubur pun masing-masing (macam orang selalu kata). Cukuplah masing-masing tau isi hati pasangan sendiri. Ya, ni juga peringatan untuk aku sendiri...Adios

Tuesday, August 28, 2012

Product review: elianto and eyeliner miss rose

Assalamualaikum, hye peeps! rasanya tak terlambat nak wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kat korang semua.Sorry kalau ada salah dan silap selama kami ber blogging ni. Mana lah tahu kalau ada yang kurang senang dengan penulisan kami, ampun maaf dipinta ya.

Sebenarnya entry ni sepatutnya di publish before raya lagi tapi biasalah aku pun tak tahu aku busy dengan apa so entry ni dah tertangguh. Aku log in je blogger ni tapi bila nak update blog sendiri mood hilang tah ke mana padahal kalau ajak berjalan tu ada je mood :p

okay straight to the point lah, baru2 ni aku ada pergi elianto coz nak beli bronzer baru. Bronzer lama aku hidup segan mati tak mahu dah. Tapi disebabkan bronzer lama aku tu edition tahun bila tah sebab dah lama tak pergi elianto sebenarnya, dah takde dah jenis tu. kecewa di situ ya. Tapi takpe, staff elianto tu suggest kat aku yang 'brand new' punya, siap tolong buatkan shading kat hidung lagi.Tapi yang ni bukan bronzer ya,ni blusher tapi boleh jugak kalau nak buat shading. So bila dah puas hati aku beli je la. Harga tak silap rm30++ kot, tak ingat dah aku coz ada discount masa ni.




Next is aku beli eyeshadow, staff diorang la ni pergi tanya 'taknak tambah apa2 lagi ke?'.hehe salahkan orang pulak aku ni. So, aku tengok2 la eyeshadow, sekarang elianto dah bertambah maju eyeshadow diorang pun ada banyak range dah.kalau dulu semua rm 5, sekarang ada yg rm8 dah tak sama harga dah. Tapi yang penting eyeshadow elianto dah banyak yang cantik2 and lekat bila pakai. Aku beli satu je,beli banyak2 tak terpakai lak. Yang ni pun aku tak try lagi. Cara aku cakap pasal elianto ni macam dah 10 tahun tak pergi sana kan? huhuu.Harga aku tak ingat la,rm 8 kot.


Yang ni colour toffee brown

Last but not least, aku beli creamy eyeliner miss rose atau pun orang panggil eyeliner kajal. Aku beli kat KWC, so far aku puas hati la dengan eyeliner ni coz sangat la pekat even dia smudge sikit. Kalau tak nak smudge kena blend dgn eyeshadow colour gelap baru dia okay.





p/s: nak cakap thanks kat sesapa yg ada send email kat aku, appreciate sangat2.sorry kalau aku lambat reply ke apa, kadang2 tak perasan.

Sunday, August 12, 2012

Review: NYX Jumbo Eye Pencil


Holla readers..

Kali ni nak review pasal NYX jumbo eye pencil. Dah lama aim nak beli tapi biasalah nak tunggu offer baru nak grab. Beli jumbo pencil ni dekat Cosmo beaute' fair 2012 dekat PWTC bulan lepas. Ada offer 3 pencil=RM 50. Tapi kitaorang rembat dua je sebab tak tau nak pilih kaler apa untuk lagi satu tu. Kaler yang dibeli adalah code 604 Milk and warna pink (yoghurt kot nama code dia).

Tapiii baru try yang code Milky tu je. Kalau korang biasa tengok tutorial makeup kat youtube, dorang biasanya guna jumbo pensil-Milk as a eyeshadow base. Aku dah try. I can say that it doing well on your eyes! Seriously..:P senang nak apply sebab its so creamy. Apply pakai jari tau, then apply pulak eyeshadow pilihan korang.

Boleh jugak guna as waterline (untuk bagi efek mata besar-guna eyeliner brush bila nak apply) tapiii it is not advisable to use if mata korang asyik berair je bila apply eyeliner bawah. Sebabnya teksturnya kan creamy. So, it's does not last longer and it could be smudge and not smooth when you apply black eyeliner on top of it. Faham ke idokk?? ----> antara kekurangan this product.

This product work it best at corner of your eyes and highlight under your brow. Jangan letak banyak-banyak dekat part sini. Antara tips untuk pakai this jumbo pencil is BLEND dengan sebaiknya terutamanya masa korang guna sebagai eyeshadow base. Sebab ada yang complain ia akan crease lepas a few hour. For me, lain orang lain efeknya. Mungkin yang cepat berpeluh or duduk dekat tempat panas, ia akan mudah crease sebab sekali lagi teksturnya yang CREAMY.

Overall, aku boleh kata this product it worth to buy. Jumbo pencil-Milk ni multifunction. Kena rajin practise untuk hasil yang terbaikk...Adios...:)

Thursday, August 2, 2012

Quick update

First of all nak ucapkan salam ramadhan to all the reader...memang nak update blog tapi rasa malas mengatasi segala-galanya. Ada a few review yang mahu dikongsikan bersama macam review makeup, books and macam-macam lagi. Tapi bila nak ambik gambar tu yang menjadi masalah. Camera yang ada sudah di'setting'kan mengikut setting pro, so bila time haku nak guna dah tak reti nak adjust balek. Acaner tu? Last but not least (ayat buku betol!), hopefully i can update this blog sekerap yang mungkin..:P




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...