Friday, October 7, 2011

Short update..

- Dah lama tak post any entry since dah masuk belajar...harap bersabar sebab kami tiada broadband tapi cyber cafe belakang rumah jerr..

- Yeay,dapat belajar satu campus sama-sama. Kami dua-dua sekarang di Seri Iskandar, Perak...

sekian dari kami..xoxo..

Friday, September 9, 2011

Apa-apa jelahhh..

1. Aku suka pergi beraya dan suka je orang beraya rumah aku.Yang aku tak sukanya bila orang sibuk nak meng"up"kan diri sendiri.Anak you amik apa? anak I ni bijak sangat amik course yang susah2...*so sengal.Pastu suka menilik orang dari atas sampai bawah..lagi sengal..

2. Pergi beli barang kat Tesco, pastu nampak dua orang awek rambut perang gilerr.Yang lawaknya, gaya dah urban dan metropolitan tapiiiiiiiii speaking kedah...ommmmjayyyy, apakah?? lagi best, adik aku cakap dengan mak aku since mak aku pun orang kedah, dia cakap "sedaq la diri tu sikit,dahla dari kodiang" (tiru gaya matluthfi dalam vlog dia)...haha..jangan marah orang kedah..aku pun half kedah jugakkk..

3. tax prepaid 6%.kecoh kat fb semua. bertambahlah lagi syllabus taxation aku.tiap-tiap sem akan berubah syllabus dari segi percent, calculation dan sebagainya..

4. comel giler "the smurf". ececehhh,mentang2 baru menang contest tu. tapi betul lah comel..

5. Kecewa betul bila pergi KRU studio, tak jumpa KRU pun.Orang lain pergi at least jumpalah salah sorang.Niat di hati nak jumpa Yusry tapi maybe Yusry sibuk dating dengan Lisa Surihani.. :p

6. baru terasa aura nak masuk belajar.naik lemau duduk rumah. cuti dah habis bro..haha.

7.Finally dapat jugak kitaorang belajar satu kampus.Seri iskandar,here i come!!!!

Thursday, September 8, 2011

Menang contest lagi..Alhamdulilah thanks KRU TV.

Assalamualaikum.Hye guys! Rasanya dah lama gila tak update blog, busy sgt dengan raya,reunion sekolah rendah,preparation for degree and macam2 lagi lah.
 Dalam beberapa hari nak raya haritu aku ada la masuk contest filem "Smurf" kat KRU TV.Seperti biasa aku saje2 la try join contest ni, lagipun simple je contest dia walaupun aku tak tau sangat citer "Smurf" ni camner. Alhamdulilah, Isnin lepas masa aku on9 fb diorang dah umumkan pemenang dan aku adalah salah seorang pemenangnya.

Lepas dah bagi details, staff diorang call tanya boleh tak collect hadiah dekat KRU Studios,Cyberjaya.Aku pun cakap je la boleh lagipun nak jugak tengok macam mana rupa studio baru diorang. Jauh jugak Cyberjaya ni tapi kitaorang ikut Highway MEX so cepat sikit la sampai.Thanks to Nadya coz bawak aku kat sini.Mula2 macam nak sesat tapi nasib baik sampai jugak kat situ.

Yang aku tak boleh blah tu guard kat KRU ni pun dengar lagu diorang masa aku nak tulis buku pelawat tu, masa tu aku dengar diorang pasang lagu "3 kata", overall aku happy la jugak dapat pergi sini tapiii aku tak jumpa pun norman,edry or yusry maybe diorang busy kot.Agak terkilan kat situ,aku pun segan nak tanya staff kat situ. Kalau dapat jumpa diorang mesti lagi best,manatau boleh terserempak Yusry tengah dating dengan Lisa ke,hihii.Takpe lah takde rezeki.


ni lah contest yang aku masuk tu




Staff kru ni mintak aku pegang hadiah coz diorang nak amik gambar.Katanya nak letak dalam Fb diorang.
nama aku yang no.2
























Sunday, September 4, 2011

Raya 2011

Selamat hari raya aidilfitri buat semua..walaupun dah raya ke berapa dah ni. Honestly, memang malas nak update.Bukan apa agak buzy sikit di hari raya ni. Tahun ni kitaorang raya dekat kampung Negeri Sembilan. So, kalau dah raya sini memang malas nak lawa-lawa sangat. Mekap ala kadar je.Paling best pakai tudung ekspress je.

Dekat kampung ni tak ramai orang sangat plus fikir nak buat kerja bagai dekat dapur membuatkan aku malas nak melawa sangat.Petang raya pertama dah choww pergi kedah pulak.Ya,tiap-tiap tahun kami akan balik kedua-dua kampung.Selalunya aku dengar orang akan balik 1 kampung je tapi tidak dengan family aku.Parents aku akan balik dua-dua kampung. For them,bila lagi nak berbakti ibu bapa.Takkan bila dah takda baru nak balik kampung??? menyesal tak sudah je nanti.Bila dah balik bolehlah sediakan keperluan apa yang patut kat kampung tuuu.

Sangat sederhana raya tahun ni.Biasa-biasa je.Bukan bermakna kita berhabis banyak kita happy.Ni kadang-kadang tak beringat habis kat baju je dah beratus.Shopping tak ingat dunia.Buat-buat mampu.Lepas raya ikat perut.Tula biar papa asal bergaya katanya.Kalau tak kacau orang takpe, ni takkk..

Entry ni aku tak letak gambar lagi dan aku tak tau lagi nak letak ke tak.Gambar tak transfer lagi ni.Nak edit lagi( bukan nak edit beria pun! ).Owh ya, raya ni tuk kedah aku paling happy sebab family bersatu kembali.Alhamdulilah..Raya ketiga buat kenduri kesyukuran dekat kampung kedah.Sekali lagi dari pagi duduk bertapa dekat dapur.Muka berlemuih masing-masing..Akhir kata Salam Aidilfitri semua!!!!


Thursday, August 25, 2011

Beraya bersama Maybelline..


Setelah berjanggut kami tunggu hadiah dari Maybelline akhirnya semalam rabu (24/8) sampai juga postman ke rumah.

Our parcel.They put in together since we inform we're twins.


Our prize. from left (top): mascara magnum volume express, bb cream
(natural),eyebrow pencil, lip smooth colour bloom pink blossom and peach
blossom..

Baru ingat nak beli lip smooth colour bloom since dorang kata besstt kat fb Maybelline.Tapi fikir balik macam dah banyak jerr lipstick plus lipcare yang dah ada.So, ku pendamkan hasrat tu dulu. Last2 dapat freeeeeeeee ...alhamdulilah :) sama jugak dengan bb cream ni.Aku dah try dan sangat sesuai dengan kulit. Untuk kulit sawo matang or just so-so je, kaler natural memang sesuai. Rasanya tengah ada diskaun untuk bb cream ni ..

Anyway,thanks Maybelline NY Simply Fabulous facebook..:) Lepas ni rajin-rajinlah tengok page dorang.Mana tau turn korang pulak menang...

Tuesday, August 23, 2011

So Random 9






Pagi ni aku boring, so aku bukak makeup box aku then conteng2 la muka aku ni.Aku mintak tolong kakak amik kan gambar.Gambar ni kat luar rumah je,malas nak gi jauh2.I'm still need to improve my makeup skill,yeah i'm still in learning process.Tak expert pun takat nak makeup light2 tu boleh la.Aku pakai naturactor je malas nak guna kryolan nanti lama lak aku nak remove makeup ni.

Friday, August 19, 2011

Kad Raya yang semakin pupus..

I'm still kad raya lover even there no kad raya in future.Masih lagi teringat feel masa dapat kad raya dulu, sanggat happy. Sambil tukar-tukar kad raya dengan kawan-kawan.Hari-hari tunggu postman datang, semangat nak tengok ada kad raya untuk kita tak.

Even sekarang ada e-card,sms dan mms tapi macam tak berapa nak feel dan tak berapa nak samapi maksudnya. Sebab? Orang lain yang buatkan sms tu pastu kita forward je kat semua orang.Lepas habis raya delete.So,macam takde something yang boleh disimpan. Aku tau kad raya a bit costly.That's why orang tak nak hantar kad raya sekarang.

Tahun ni aku memang ada hantar kad raya dekat kawan-kawan. Susah kemain nak cari kad raya ni. Mula-mula aku fikir mesti dorang kata aku old school,lame or cliche.Tapi aku memang nak bagi dan apa yang aku tulis tu betul-betul aku maksudkan begitu.

Aku tak harap balasan just i hope they will keep that card and accept my apology...tu je.Nothing much i can ask.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...