Sunday, December 11, 2011

So Random 10

-please give other people chance to happy like you can happy with your beloved..
-xperlu rasanya nak cantas orang lain punya hapiness. sepatutnya doakan lah kebahagiaan dia bukannya meghancurkan..
-you have your own beloved and please jaga sendiri punya kayhh..xperlu ganggu orang punya bf/crush..sekiannn

Friday, December 2, 2011

tak faham

  1. Aku tak faham kenapa orang suka menunjuk apa yang dia ada
  2. Aku tak faham kenapa orang tak hargai kawan baik dia
  3. Aku tak faham kenapa orang lagi mementingkan handphone dari orang sekeliling dia.cakap dengan dia pun buat tak tahu je.
  4. Aku tak faham kenapa orang suka ambik bf/gf orang lain.kalau dia sendiri tau pulak sentap kalau orang buat kat dia camtu.
  5. Aku tak faham kenapa orang suka berlagak kaya sedangkan dia biasa2 je
  6. Aku tak faham kenapa orang suka rasa dia cantik tapi sebenarnya err
  7. Aku tak faham kenapa orang suka kutuk minat aku terhadap makeup and books.Rasanya aku tak de la pulak mintak duit orang lain nak beli makeup.Baik aku jaga muka dari ambil tahu pasal orang yang tak mendatangkan faedah langsung
  8. Aku tak faham kenapa orang suka jerit2 bila cakap dengan orang lain.Sorry aku belum pekak lagi
  9. Aku tak faham kenapa orang tak suka ckp sorry,please and thank you.Susah sangat ke?
  10. Aku tak faham kenapa orang suka rasa dia betul je.Tolonglah beralah sikit
  11. Aku tak faham kenapa orang tak bersyukur dengan apa yang dia ada.
Apa yang aku cuba sampaikan kat sini bukan la nak cakap sape bagus sapa tak bagus. Sometimes i just don't understand why people so hardly to apologise, suka salahkan kawan baik yg dia dah kawan bertahun2 disebabkan perkara kecik je pun. Tolonglah fikirkan apa kebaikan yg dia dh buat kat kita instead of kita nak marah dia tak tentu hala. Dan cuba la fikir ada tak kita pernah gembirakan kawan kita atau tidak.

I'm not perfect too but i'm also trying to improve myself to become a better person,so do you. Please take note, smile n silent means hurt.Bukannya orang tu takde perasaan bila dia diam dan janganlah sesuka hati pijak kepala orang ya.Fikirkan lah kebaikan seseorang tu dari keburukan dia.

Sorry,this might sound harsh but I just want to tell you please be nice to people and believe in karma.

Friday, November 11, 2011

Review product simply siti :)




Okayhh lama bebenor tak update pasal makeup ni.Sorry ye..busy sikit bila dah masuk degree ni.. hari tu dah lama dah pergi jalan-jalan dekat Ipoh..then masuklah Watson.Bila dah masukk Watson ni dah agak dah mesti keluar dari situ mesti ada je barang yang nak beli..

So, time tu bulan October yeahh ada propmotion simply siti.Selama ni, asyik dok try tester je. Promotion eye color rm 12.90 beli 1 FREE 1 lagi..kami saling berpandangan dan apa lagi? terus rembat. Amik colour purple youuu and smokey green (kalau xsilap sebab x bawak balik eyeshadow tu,lupa namanya apa)

Balik terus TRY eye shadow ni. For me, eye shadow ni a bit dusty but bila apply ia LEKAT!.seriously..selalu yang kalau eyeshadow dusty ni x bpe nak lekat. So, bila nak apply eyeshadow make sure apply loose powder bawah mata dulu tau. sebab bila dusty dia akan jatuh kat bawah mata.Tak nak la smudge2 kan kat bawah mata tu.

Yang tadi tu pasal color purple. Yang ni pulak pasal kaler hijau tu yang smokey. Ini agak menguji kesabaran. Bukan apa, kalau kita apply warna tu kat mata, ia akan nampak macam kaler hitam. Eyeshadow ni ada glitter skit kaler gold. Bagi tak nak nampak rugi bila dah beli eyeshadow ni, aku blend dengan kaler hijau yang lain.Hasilnya, sangat cantik! kena pandai blend tau and kena buat eksperimen campur2 kaler.

here the picture..(tapi kaler hijau tu xde sebab ada kat perakk)



lagi satu kitaorang rembat lipgloss simply siti sebab dengan PWP (purchase with purchase) dapat dengan harga RM 10. Sangat memuaskan hati.Lip gloss sangat cantik. Kitaorang main bantai je apply dengan lipstick kaler apa-apa pun.Suka hati je..:P



Tuesday, November 8, 2011

Friday, October 7, 2011

Short update..

- Dah lama tak post any entry since dah masuk belajar...harap bersabar sebab kami tiada broadband tapi cyber cafe belakang rumah jerr..

- Yeay,dapat belajar satu campus sama-sama. Kami dua-dua sekarang di Seri Iskandar, Perak...

sekian dari kami..xoxo..

Friday, September 9, 2011

Apa-apa jelahhh..

1. Aku suka pergi beraya dan suka je orang beraya rumah aku.Yang aku tak sukanya bila orang sibuk nak meng"up"kan diri sendiri.Anak you amik apa? anak I ni bijak sangat amik course yang susah2...*so sengal.Pastu suka menilik orang dari atas sampai bawah..lagi sengal..

2. Pergi beli barang kat Tesco, pastu nampak dua orang awek rambut perang gilerr.Yang lawaknya, gaya dah urban dan metropolitan tapiiiiiiiii speaking kedah...ommmmjayyyy, apakah?? lagi best, adik aku cakap dengan mak aku since mak aku pun orang kedah, dia cakap "sedaq la diri tu sikit,dahla dari kodiang" (tiru gaya matluthfi dalam vlog dia)...haha..jangan marah orang kedah..aku pun half kedah jugakkk..

3. tax prepaid 6%.kecoh kat fb semua. bertambahlah lagi syllabus taxation aku.tiap-tiap sem akan berubah syllabus dari segi percent, calculation dan sebagainya..

4. comel giler "the smurf". ececehhh,mentang2 baru menang contest tu. tapi betul lah comel..

5. Kecewa betul bila pergi KRU studio, tak jumpa KRU pun.Orang lain pergi at least jumpalah salah sorang.Niat di hati nak jumpa Yusry tapi maybe Yusry sibuk dating dengan Lisa Surihani.. :p

6. baru terasa aura nak masuk belajar.naik lemau duduk rumah. cuti dah habis bro..haha.

7.Finally dapat jugak kitaorang belajar satu kampus.Seri iskandar,here i come!!!!

Thursday, September 8, 2011

Menang contest lagi..Alhamdulilah thanks KRU TV.

Assalamualaikum.Hye guys! Rasanya dah lama gila tak update blog, busy sgt dengan raya,reunion sekolah rendah,preparation for degree and macam2 lagi lah.
 Dalam beberapa hari nak raya haritu aku ada la masuk contest filem "Smurf" kat KRU TV.Seperti biasa aku saje2 la try join contest ni, lagipun simple je contest dia walaupun aku tak tau sangat citer "Smurf" ni camner. Alhamdulilah, Isnin lepas masa aku on9 fb diorang dah umumkan pemenang dan aku adalah salah seorang pemenangnya.

Lepas dah bagi details, staff diorang call tanya boleh tak collect hadiah dekat KRU Studios,Cyberjaya.Aku pun cakap je la boleh lagipun nak jugak tengok macam mana rupa studio baru diorang. Jauh jugak Cyberjaya ni tapi kitaorang ikut Highway MEX so cepat sikit la sampai.Thanks to Nadya coz bawak aku kat sini.Mula2 macam nak sesat tapi nasib baik sampai jugak kat situ.

Yang aku tak boleh blah tu guard kat KRU ni pun dengar lagu diorang masa aku nak tulis buku pelawat tu, masa tu aku dengar diorang pasang lagu "3 kata", overall aku happy la jugak dapat pergi sini tapiii aku tak jumpa pun norman,edry or yusry maybe diorang busy kot.Agak terkilan kat situ,aku pun segan nak tanya staff kat situ. Kalau dapat jumpa diorang mesti lagi best,manatau boleh terserempak Yusry tengah dating dengan Lisa ke,hihii.Takpe lah takde rezeki.


ni lah contest yang aku masuk tu




Staff kru ni mintak aku pegang hadiah coz diorang nak amik gambar.Katanya nak letak dalam Fb diorang.
nama aku yang no.2
























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...