Marilah mulakan post terbaru dgn bismillahirrahmanirrahim,ceh2 sempena entry yang suci lagi bersih dan2 mula dengan doa padahal selalu main redah je..
Orait,Sabtu lepas angah I dah pun selamat di ijabkabulkan,alhamdullilah sekali lafaz je.So,dah jadi Puan sekarang orang lain tak boleh masuk line lagi.Tapiii jangan risau ada lagi 4 kosong (apakah mempromotekan diri??)
makeup by KCT.Highly recommended sebab KCT makeup memang cantik dan dia sangat professional.KCT suka makeup kan orang natural je but still cantik.Dia tak suka merubah wajah asal seseorang tu sangat.Kalau nak belajar makeup dengan dia pun boleh coz I pun student dia jugak:)
Gambar kat atas ni semua, masa akad nikah.Jom tengok gambar time reception pulak.Dimulakan dengan member SAMER yang datang awal,bagus2 time ni I tak busy lagi, boleh la sembang sikit2.Serious tak sangka korang datang jugak.
Sisters, Hey soul sister, ain’t the Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain’t fair, you know!
Hey soul sister, I don’t want to miss a single thing you do… tonight
Hey, hey,hey
Aimi dan Ain,member SAMER jugak diorang ni pun I tak sangka diorang datang
BFF,Fifi!! We are friends since primary school lagi.
Kawan-kawan Puan Ana yang havoc lagi sporting
Kak Dija yang cantik dan langsing,dia dah kahwin tau anak dah 2 kalau tak silap tapi badan tetap maintain ,nak kulit cantik macam dia??Pakailah Pola Sakura veil:p
Alya Adriana,semua benda dia nak tarik
Kedatangan 3 orang jejaka ni lagi la unexpected.Agak kesian tak ade orang entertain diorang kat pintu masuk.Diorang datang nak dekat last2 majlis.Angah(pengantin) yang tegur diorang, "Cari siapa dik?". "Kitaorang kawan Ili Nadiah boleh,Ili Nadirah pun boleh"..Then Angah pun panggil I,"Adik,ni kawan kau datang ni"..Masa I datang kat diorang, dalam hati dah terdetik "Isk, diorang ni bukan kawan aku"..I tengok diorang betul2 baru perasan yang diorang member sekolah rendah I.Memang tak cam, yelah time sekolah dulu semua muka innoncent je,dah besar mestilah berubah sikit.Time tu rasa nak dush2 je diri sendiri.hehee..Thanks to Zahir,Hilmi and Tarmizi yang sudi datang..
Esoknya pergi Kg Baru untuk outdoor photoshoot.Masa ni turn I pulak yang makeupkan angah,seriously I nervous sangat tangan mengigil pegang eyeliner.Sampai angah cakap "Dik,janganlah rushing"..Huhuu I tak rushing,adrenaline yang rush.Dah lah fake eyelash tu buat hal,tak nak melekat pulak..
Rumah kat Kg Baru ni memang selalu jadi tempat shoot filem or drama,yang I perasan dalam cerita Dalil Cinta,rumah yang Sharifah Amani duduk tu.Semua gambar ni malas nak edit beria sangat,terus upload je.Nanti update yang kat Kelantan pulak.
No comments:
Post a Comment