Saturday, December 15, 2012

Review: Buku Fixi

Holla readers...

Pernah dengar tak pasal publisher buku nama FIXI? bukan basikal fixie tu yea..:P Alah yang ada keluarkan novel KELABU yang super duper awesome books tu lahhh... aku rasa aku agak terlambat jugak tau tentang kewujudan buku-buku genre dia lain dari yang lain ini. Aku tau pasal kewujudan buku FIXI ni masa pertengahan tahun ni, around bulan 6 or 7 camtu (maybe)...


               
                                             
                                                   
First buku yang aku baca adalah KELABU. Actually aku ada nampak ada seorang budak ni pegang buku-buku FIXI antaranya KELABU. Dan aku agak tertarik antara banyak-banyak buku yang dipegang tu adalah novel KELABU. Sebab? cover dia lain dari yang lain. Mostly aku baca review Novel KELABU, ramai yang tertarik nak baca disebabkan "cover buku" itu sendiri. Time aku nampak buku tu, tempat yang aku nampak tu ada wireless.Aku terus google review novel KELABU. Bila baca review ramai kata besttt.

Bila aku balik KL, merata aku cari buku tu. Banyak kedai tak jual buku FIXI, if ada pun susah nak cari( pada masa tu yea, sekarang dah ada banyak jual. even kedai buku 1 Malaysia pun ada jual). Last2 aku jumpa dekat kedai buku depan SOGO, Pustaka Mukmin kot nama kedai tu. Kejap, nak puji sikit kedai ni. Aku sangat impress dengan uncle kat situ. Dorang memang ingat every single book kat situ. Bukan setakat tajuk2 novel yang berlambak-lambak je, buku-buku universiti yang lain pun dorang ingat siap tau nama penulis! (maybe bagi korang biasa je, tp aku memang salute dengan dorang). Lagi satu, masa nak bayar aku gamble je tanya ada diskaun ke tak padahal dorang memang takde pun buat sale ke apa. Tapi uncle dengan baik hati terus bagi diskaun 10%..hehe..Nasib baiklah aku bertanya,kalau tak tak dapatlah diskaun.

 Back to my story about KELABU, aku mula-mula agak takut nak baca sebab takut tak best...My twins baca dulu then baru aku baca. Dia kata besttt giler. Yup, memang best. Serius best. Lain dari yang lain. Aku ada pendapat sendiri bila baca  buku ini. Penulis (Nadia Khan) ada sesuatu yang dia nak sampaikan pada readers dia. Buku ni memang awesome. Kisah yang sangat santai, bahasa yang sangat lepak dan jalan cerita yang "fresh". Perjalanan cerita "Amir" yang akhirnya berubah sangat terkesan pada aku. Jarang orang buat novel pasal pengkid. Balik-balik pasal tomboy, tak pun kena kahwin paksa then jadi cerita yang sweeet and happily ever after.

                                      

Lepas KELABU, aku start beli buku-buku keluaran FIXI yang lain. Macam JERAT, MURTAD, TABU, PECAH, HILANG and BOLA (antologi cerpen). Aku macam dah 'addict' nak baca buku-buku dorang. Aku sendiri tak percaya, aku dah berubah genre. Maksud aku, baca novel yang bukan lagi konsep cinta sepenuhnya. Macam Pecah lebih ke arah banyak aksi dan strategi nak rompak bank, MURTAD- memburu orang murtad. Owh, aku suka novel ni sebab kelakar and macam MEN IN BLACK and the best part Hero dia TWINS (like we are, Akhil and Adam would you be our boyfriend??? haha..) Kalau rajin aku buat review kay.

Korang patut try baca novel-novel macam ni. Tak rugi beli banyak yang korang boleh tau dari novel macam ni. Quote 'dont judge book by its cover' memang sesuai untuk buku-buku FIXI ni. Tapi sebelum nak baca, korang kena betul-betul "open" kan mind korang sebab ni bukan macam novel2 biasa yang kita selau baca. Kalau memgharapkan cerita cinta yang sweet,loving and romantik, FIXI bukanlah yang sesuai untuk korang. Buku dorang pasal REALITI dan apa yang berlaku sekeliling kita. Ada kritikan sosial dan mesej tertentu nak disampaikan. Read at your own risk. Kita dah besar untuk menilai mana yang baik dan buruk.(siapa yang dah baca buku2 FIXI akan faham apa yang aku tulis ni)...amik yang positive je kay...


Adios...

p/s: lepas ni nak citer pasal buku-buku "LEJEN' pulak...:P

Saturday, December 8, 2012

Dinner Part 6


Assalamualaikum and hai korang! Rasanya dah lama tak update pasal aktiviti kitaorang kan, asyik product review and So random je. Just nak share dengan korang last 2 weeks kitaorang ada dinner kat Heritage Hotel, Ipoh. FYI, kitaorang wajib attend dinner setiap sem, kalau masa diploma suka hati je kalau nak pergi ke tak tapiii bila dah degree tak boleh dah macam tu.

Dinner pada sem ni di organizekan oleh batch kitaorang sendiri, kitaorang takde lah pegang apa2 jawatan pun just jadi ajk sambutan tu pun last minute orang ajak. hehee..Dinner kali ni bertemakan "Nostalgia P.Ramlee". Kalau tema macam ni, what come across my mind is kebaya, tapi kalau ikut trend sekarang peplum dress sangat2 la in trend. Sebenarnya aku tak tahu pun yang peplum ni trend orang dulu2 tau, bila tunjuk kat mak aku, dia cakap "eh, dulu Saloma pakai macam ni lah"..kalau kat Fb aku tengok Scha Alyahya suka pakai peplum,cantik sangat. Kalau ikut aku, nak pakai baju kurung je, kalau kebaya memang tak muat la. Peplum yang aku n Nadya pakai dijahit sendiri oleh Nadya and mak aku. Thanks to both of them.



Dinner kali ini alhamdulilah aku tak kelam kabut sangat macam dinner2 yang dulu, kalau dulu mesti aku tak sempat nak makeup coz busy siapkan orang lain. Kali ni aku sempat bermakeup ke dinner, coz aku makeup berapa orang je, lucky me coz having Nadya dia lah yang banyak tolong aku makeupkan kawan2 aku yang lain. Nasib baik la aku ada ajar dia sikit2 pasal makeup ni, aku tengok dia pun banyak improve makeupkan orang.

Overall, okay la dinner kali ni. First time, aku jadi usher and sambut VIP sambil pegang bunga pahar (ye kot nama dia) padahal tak cukup suka kalau kena suruh pegang hantaran. Apa pun great experience lah..By the way aku suka la makeup primer Revlon tu, nampak smooth je makeup bila pakai.

Last but not least, thanks kat semua orang exspecially Nadya and housemate yang sanggup tunggu aku siap sebab aku adalah orang terakhir yang siap, sorry kalau aku lambat. Terima kasih atas kesabaran korang *hugs*..Thanks jugak kat kawan2 yang mintak tolong aku makeupkan diorang, terima kasih atas kepercayaan korang kat aku *terharu*

p/s: banyak lagi yang aku kena improve dalam makeupkan orang ni.
Hai, saya Nadyra!
Nadya+Nadyra
Housemate :-)


emcee of the day is atyn.makeup ny me


me and syeda
-Bella-makeup by Nadya
classmate
with gorgeous Zaza

Thursday, December 6, 2012

So Random 18


Holla readers...

Just nak share situasi atau cerita yang mungkin pernah terjadi antara kita semua. Ada kawan aku mengadu tentang kawannya yang suka meniru or "caras" apa yang dia buat. Boleh katakan setiap pergerakan dia orang tu akan ikot. Dia beli benda tu, orang tu ikot.Dia buat fesyen tudung lawa sikit orang tu ikot. Yang tak boleh blahnya ada jugak benda yang tak logik pun orang tu nak ikot..what the? come on lah people..turn off lahh.

For me, memang serious letih nak melayan orang camni. Tak tau apa motif sebenar dia. Jealous much?? maybe lah kot..atau yang lagi tepat "TAK BOLEH ORANG LEBIH SIKIT DARI DIA".  (ramai bersetuju tentang ni)... apa yang kau dapat dengan buat camni? puas dapat sakitkan hati orang? seronok ke? kurang kasih sayang? nak perhatian?  buat habis duit adalah. yela, sebab dah compete benda yang bukan-bukan. Contoh, kalau orang tu mampu pakai brand mahal, kau pun beli yang lagi mahal walauuuupunnn duit nan hado! tak ke kesian? serious pathetic orang camni!

aku serious malas nak layan orang camni.Just kesian kat kawan aku ni. tension je dia. dia bukan niat nak jelous kan orang pun. tapi orang tu yang suka nak ikot. Bukanlah nak kata, aku sorang je boleh pakai, orang lain tak boleh. Tapi situasi ni lain...ni belum masuk suka caras kerja orang, sailang boyfriend or crush orang. eh ada lagi satu ex orang pun dia nak..apalah masalah kau ni?

boleh tak kau biarkan orang lain bahagia dengan amannya? orang lain tak pernah nak kesah dengan dia, apatah lagi nak ambik tau/sibuk hal dia. tapi kenapa ya camni? (banyak betul persoalan entry nih!). Aku just teringat satu quote ni " people jealous towards you because you have something they dont have" (lebih kurang camnilah quote nya)  betol tak?

pandai cakap orang lain camtu camni padahalll diri sendiri hati lagi busuk. Tak boleh tengok orang bahagia langsung.. aku tau jarang aku luahkan perasaan kat sini. Tapi ini memang dah melarat.gerammm sangat2.
sabar orang pun ada batasnya. Ingatlah karma tu ada. Dia akan cari bila-bila masa je. Mungkin sekarang seronok buat orang camni, esok lusa if jadi kat diri sendiri jangan meraung pulakk...

Adios...:p



Friday, November 16, 2012

Review: NYX Round Lipstick


Yay! finally it's here. I've been waiting for this lipstick for about a month. Actually memang dah lama nak beli lipstick ni tapi tak tahu nak beli kat mana. Kalau baca blog makeup overseas ramai yang review pasal lipstick ni. Now it's my turn to review about this lipstick.

For your information, lipstick NYX ni takde jual kat Malaysia lagi, biasanya orang akan beli online including me. Dan selalunya barang2 NYX ni adalah pre-order, jarang sangat ada ready stok. Range colour untuk lipstick ni tersangat la banyak, diorang ada 150+ colour,if i'm not mistaken.

Tapi, aku and nadya beli 2 colour je dulu itupun based on our research ramai yang pakai colour ni.  Colour yang kitaorang beli adalah THALIA and TEA ROSE. Dua-dua colour ni tersangat la cantik dan nampak natural je bila kita pakai, sesuai la dengan kita yang memang suka colour2 yang sweet and nude je.

Okay, now let me explain apa yang best sangat dengan lipstick ni:

  • Harga yang murah dan sangat berpatutan.Aku beli rm12 je, so far kat sini je yang aku jumpa jual murah, kat tempat lain aku tak tahu. ( Aku beli kat sini )
  • Ada banyak pilihan warna
  • Tak melekit bila pakai, rasa macam tak pakai lipstick je
  • Tekstur yang sangat lembut, bibir rasa lembab je bila pakai.
Next is kelemahan lipstick ni:
  • First time apply kat lip rasa mcm sabun, tapi aku tak kisah sangat. Ada setengah orang tak suka.
  • Masa korang dapat je lipstick ni dari courier, jangan terus buka. Let it cool for a couple of time sebab NYX lipstick ni sangat2 lembut like a butter, so they easily melt bila cuaca panas. Kalau macam aku, aku letak kejap kat dalam fridge then baru aku keluarkan.
Overall aku bagi 4.5/5 kat lipstick. Would  I repurchase? my answer definitely yes, I'm even have a list for the next spree haha..

Nadya is wearing THALIA
me in TEA ROSE


Till then peeps!xoxo..

Sunday, October 7, 2012

Review: Produk As Sauda Softgel

Salam readers...



                                       
Kali ni nak review pasal produk Habbatus Sauda yang memang bagus untuk semua. Seperti yang kita sedia maklum, habbatus sauda ni memang boleh merawat macam-macam penyakit kecuali maut. Aku nak share kan sikit pengalaman aku sendiri.

Masa awal tahun ni, doktor sahkan aku ada thyroid. Thyroid ada dua jenis hyper and hypo. Aku kena yang hyper. Antara symptom2 nya, mata sakit (membengkak dan nampak terbeliak), kerap makan, asyik lapar tapi berat tak naik, berdebar-debar, cepat berpeluh dan macam-macam lagi.

At first aku ingat semua tu normal. Sebabnya aku study kat tempat yang memang panas. Maka, tak heranlah aku cepat berpeluh. Lagi satu pasal kuat makan tu, time tu study week. Selalu stay up malam2. Kul 3 pun x tido lagi. Bila tido lambat, perut senang lapar. Asyik nak makan je. Lagi satu symptom, insomnia. Memang susah gila nak tidur. Buatlah macam mana pun, mata still tak mengantuk.

Lepas je habis exam, aku jumpa doktor sebab tak tahan mata sakit. Nasib baik doktor yang check aku tu memang dah biasa dengan family aku. Doktor ni perempuan. Bila dia check dia suruh bukak tudung. Dia suruh aku telan air liur, then bila telan tu nampak kat kerongkong/leher ke apa ntah cam ada something menonjol kat situ. Senang citer kalau lelaki kan ada halkum kan, so kat area situ lah ada benjolan tu. Sorry, I dont know the correct medical term..

Aku memang takut bila doktor bagitau camtu plus siap nangis lagi. Patutlah berat turun mendadak, muka cengkung, susah nak tido and macam-macam lagi. Even doctor kata benda ni biasa tapi aku still risau. Aku follow up dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Doktor check darah and memang ada thyroid dalam result darah aku. Then, doktor bagi ubat semua. Banyak gila ubat dia bagi sebab stok untuk sebulan.

Tapi mak aku ikhtiar cari supplement lain. Aku cuba macam-macam. Yang mahal, yang murah sampai jumpa
Produk As Sauda ni. Kalau dulu aku memang tak sanggup nak minum minyak habbatus sauda sebab bau and kepekatan dia. Padahal minum macam tu lagi elok. Tapi since dah di inovasikan kepada softgel, memang senanglah nak makan.

Aku memang konsisten makan produk As Sauda ni. Lagi konsisten dari makan ubat doktor. Kalau ubat doktor ni, kadang-kadang makan kadang2 tak makan. Tapi As Sauda memang tak tinggal. Bila aku follow up, doktor kata symptom dah kurang. Bila buat ujian darah pun, dah kurang sel-sel thyroid.Again, aku fail dalam nak describe medical term ni..huhu..

Yang paling obvious part mata aku. Dah tak nampak terbeliak dah. Dulu orang kata mata aku nampak macam pakai contact lens.Padahal aku pakai spec mata.Takkan pakai contact lens then pakai spec lagi, mau tak pening aku. Tapi camtulah nak diceritakan bertapa besar mata aku time tu. Sekarang dah reduce sikit. Belah kirii dah ok, cuma belah kanan lambat sikit surut. Apa-apa pun aku akan teruskan makan sampai aku recover.
                                   
Ada nenek sedara aku makan jugak As Sauda ni. Dia memang ada kencing manis dan darah tinggi. Dia pun consistent makan. Alhamdulilah bila check dengan doktor, kencing manis dengan darah tinggi dia dah takda. Aku share semua ni sebab nak tolong orang lain jugak. Produk ni bagus jugak untuk:

-masalah senggugut
-migraine
-lelah
-insomnia
-gout

dan macam-macam lagii..

Disebabkan keberkesanan produk ni, maka mak aku pun turut menjual produk ni. FYI, mak dan ayah aku pun turut gunakan produk ni. Untuk siapa-siapa yang berminat dengan produk ni boleh pm saya...ni emailnya


dyadyra.biz@gmail.com


~Thanks for reading~

Thursday, September 6, 2012

Berhentilah menghina kerjaya orang...

Salam readers...

today nak update pasal entry yang tengah "panas" di kalangan guru. Tapi orang tu dah delete blognya (mana taknya ramai cikgu2 dah hentam dia balik). Walaupun dia dah delete, jangan risau ramai yang sempat copy apa dia tulis.. Sebagai seorang anak cikgu, aku agak terhina dengan statement dia. If korang rasa apa yang aku tulis selepas ni 'berat sebelah" disebabkan aku anak cikgu, terserahlah. Ni apa yang aku nampak, rasa dan mendengar pandangan cikgu sendiri. Tak patut menilai kerjaya guru dari segi luaran saja tanpa melaluinya sendiri. Asyik-asyik cikgu dipersalahkan. Actually ramai cikgu dah "reply post" kepada entry beliau..dan aku sendiri tak rasa ada orang kutuk/hina kerjaya dia sebagai seorang "engineer "(katanya). Bagi aku sendiri, tu rezeki masing2, tak perlulah nak dengki dengan kerjaya orang lain..

Antara point2 yang boleh dibidas:

1. Pasal gaji cikgu..
-tak faham kenapa orang nak dengki sangat dengan gaji cikgu nih.. dalam banyak2 gaji orang, gaji cikgu jugak orang nak jeless..apakah?? pastu nak kata cikgu kerja half day je dah boleh dapat gaji camtu. Amboii hang, cakap takda fakta betull. Suka hati je kata lagu tu. Memang balik tengah hari dalam pukul 2 camtu, tapi petang2 ada latihan sukanlah, aktiviti koko lah, kelas tambahan lagi..ada awak tau?? tak kan..lagi lawak dia compare gaji cikgu dengan operator kilang..adoii takkan tak leh pikir kot bezanya dua kerjaya tersebut??

2. Pasal cuti berlambak-lambak..
weh standardlah, dah kata cikgu cuti pun ikot cuti sekolah lah..pasal annual leave tu, kerja mana-mana ada annual leave. cikgu pun manusia biasa jugak.kadang-kadang ada hal emergency jugakk. Abis tu kalau nak sakit ke, nak mati ke boleh ke nak pilih time cuti sekolah je..jangan gatal-gatal nak sakit time bukan cuti sekolah.camtu ke?

3.Pasal cikgu update blog, fb, berniaga ..etc
Salah ke cikgu ada blog, fb? Orang lain kerja sambil tu update status kat fb.Cikgu nak update bila masanya?? kelas berderet, nak mengajar lagi. Update blog pun bukan sepanjang hari. Cikgu sekarang dah celik IT. Kalau dorang tak upgrade diri dorang, student kata ketinggalan zaman pulak.. Pasal jual-jual tu, asalkan tak ganggu P&P sudahlah..Memang ada yang join MLM or berniaga sampai terabai kerja tapi tu hanya SEGELINTIR sahaja. Tak wajar kalau nak kata SEMUA cikgu macam tu. Kalau yang buat tu pandai-pandailah dorang jawab kat akhirat sok.

4. Pasal cikgu berlumba-lumba nak hantar student pergi hospital sebab nak skip kelas

Habis tu takkan nak biar kalau budak tu dah injured?? tak pasal2 parents marah cikgu balik. Cikgulah punca, cikgu ini, cikgu itu. Nanti tau2 surat saman sampai sekolah sebab kelalaian cikgu. Dah tu kan tanggungjawab cikgu. Awak ingat cikgu suka sangat ke nak pergi hospital?? nak tunggu kat hospital tu bukan sekejap. Lama tau tak? Nak pikir apa nak cakap kat parents student tu apa jadi, nak explain kat dorang lagi..

Kalau pasal isi markah student tu, sekarang ni cikgu isi online. Takde nak suruh student tolong buat dah..aku dulu tolong je cikgu isi markah tapi takdelah bising cam awak tu.Nampak sangat tak ikhlas tolong cikgu ko dulu..(pandai cakap cikgu tak ikhlas, dia tu ikhlas sangat ke?)

Silap besarlah dia cari pasal dengan cikgu. Tak pasal2 kena hentam dengan cikgu2 satu malaysia. Nampak tak semua cikgu bersatu hati dalam hal ni? Sape yang jadi cikgu ko, mesti malu ada anak murid macam ko.Sorry to say la kan. Ingat senang ke nak mengajar. Satu kelas ada 40 orang, cikgu sorang mengajar kat depan. Macam-macam ragam ada. Ada yang nak belajar, ada yang main2, ada yang kacau orang..macam-macam lagi. Belum masuk yang ada masalah peribadi bawak masalah tu pergi sekolah. Cikgu jugak kena settlekan..Orang tau nak salahkan cikgu je, Cikgulah kena didik anak bangsa, cikgulah kena membentuk anak muridlah. Senang ke nak didik orang?

Ramai cikgu komen kat forum2 atau entry2 yang lain. Banyak komen2 yang menceritakan penat lelah menjadi seorang guru. Orang suka nampak kesenangan orang lain je. Bersyukurlah dengan kerjaya sendiri. Tak perlu nak nampak kerjaya orang ni senang, kerjaya orang ni nampak rilekk je. Setiap kerjaya ada cabaran masing-masing.

p/s: Difahamkan ada entry maaf dari beliau.

Wednesday, August 29, 2012

So Random 17

holla readers..

actually aku lagi suka buat entry random daripada tertumpu dari satu entry yang specific (takde idea lah katakan..:P).. sebabnya bila aku nak tulis, aku boleh terus tulis. If korang perasan aku lately ni asyik entry review jerr. Apa yang aku baru beli aku review. Untuk entry diri sendiri aku tak berapa nak gemar nak share. Mungkin sebab terlampau pikir apa orang nak kata. Contohnya, bila aku tulis entry aku makan kat satu restaurant ni, adalah suara-suara yang akan kata "ek eleh kecohlahhh, makan KFC je ponggg"..ok fine. kang bila update makan kat restaurant mahal kata riak pulakk kan.

Orait, next random story. Cuti sem ni aku rasa cuti sem paling best sebab dapat kumpul all my siblings. Since angah pindah klate, kitaorang jarang ada masa bersama. So, bila berkumpul ni memang ber"gossip girl" lah kitaorang. Share story, share ilmu and macam-macam lagi.. Then, timbulah satu isu "bila bercinta/bertunang tak perlulah dibesar-besarkan". yes, aku tau akan ada yang sentap. tapi betullah if gebang sangat kat fb or laman sosial yang lain selalunya tak .....(korang boleh teka ayat yang sepatutnya). Ni based on experience orang2 dewasa sekeliling aku. Macam kawan kakak aku sendiri ramai yang putus tunang. Seriously, aku pun terkejut. Kadang-kadang kita tak fikir apa yang kita letak kat fb akan menjadi kesan yang lagi buruk. Tak semua orang suka bila tengok kita bahagia. Secara tak langsung ada yang mendoakan perkara yang tak baik. Macam ada aku baca kat blog ni. (boleh klik untuk refer entry tersebut). Aku agak setuju 100 percent apa yang ditulis.

Terserah lah if nak kata aku jeles ke hape ke. jeles? langsung tak. Jodoh masing-masing, rezeki masing-masing, kubur pun masing-masing (macam orang selalu kata). Cukuplah masing-masing tau isi hati pasangan sendiri. Ya, ni juga peringatan untuk aku sendiri...Adios

Tuesday, August 28, 2012

Product review: elianto and eyeliner miss rose

Assalamualaikum, hye peeps! rasanya tak terlambat nak wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kat korang semua.Sorry kalau ada salah dan silap selama kami ber blogging ni. Mana lah tahu kalau ada yang kurang senang dengan penulisan kami, ampun maaf dipinta ya.

Sebenarnya entry ni sepatutnya di publish before raya lagi tapi biasalah aku pun tak tahu aku busy dengan apa so entry ni dah tertangguh. Aku log in je blogger ni tapi bila nak update blog sendiri mood hilang tah ke mana padahal kalau ajak berjalan tu ada je mood :p

okay straight to the point lah, baru2 ni aku ada pergi elianto coz nak beli bronzer baru. Bronzer lama aku hidup segan mati tak mahu dah. Tapi disebabkan bronzer lama aku tu edition tahun bila tah sebab dah lama tak pergi elianto sebenarnya, dah takde dah jenis tu. kecewa di situ ya. Tapi takpe, staff elianto tu suggest kat aku yang 'brand new' punya, siap tolong buatkan shading kat hidung lagi.Tapi yang ni bukan bronzer ya,ni blusher tapi boleh jugak kalau nak buat shading. So bila dah puas hati aku beli je la. Harga tak silap rm30++ kot, tak ingat dah aku coz ada discount masa ni.




Next is aku beli eyeshadow, staff diorang la ni pergi tanya 'taknak tambah apa2 lagi ke?'.hehe salahkan orang pulak aku ni. So, aku tengok2 la eyeshadow, sekarang elianto dah bertambah maju eyeshadow diorang pun ada banyak range dah.kalau dulu semua rm 5, sekarang ada yg rm8 dah tak sama harga dah. Tapi yang penting eyeshadow elianto dah banyak yang cantik2 and lekat bila pakai. Aku beli satu je,beli banyak2 tak terpakai lak. Yang ni pun aku tak try lagi. Cara aku cakap pasal elianto ni macam dah 10 tahun tak pergi sana kan? huhuu.Harga aku tak ingat la,rm 8 kot.


Yang ni colour toffee brown

Last but not least, aku beli creamy eyeliner miss rose atau pun orang panggil eyeliner kajal. Aku beli kat KWC, so far aku puas hati la dengan eyeliner ni coz sangat la pekat even dia smudge sikit. Kalau tak nak smudge kena blend dgn eyeshadow colour gelap baru dia okay.





p/s: nak cakap thanks kat sesapa yg ada send email kat aku, appreciate sangat2.sorry kalau aku lambat reply ke apa, kadang2 tak perasan.

Sunday, August 12, 2012

Review: NYX Jumbo Eye Pencil


Holla readers..

Kali ni nak review pasal NYX jumbo eye pencil. Dah lama aim nak beli tapi biasalah nak tunggu offer baru nak grab. Beli jumbo pencil ni dekat Cosmo beaute' fair 2012 dekat PWTC bulan lepas. Ada offer 3 pencil=RM 50. Tapi kitaorang rembat dua je sebab tak tau nak pilih kaler apa untuk lagi satu tu. Kaler yang dibeli adalah code 604 Milk and warna pink (yoghurt kot nama code dia).

Tapiii baru try yang code Milky tu je. Kalau korang biasa tengok tutorial makeup kat youtube, dorang biasanya guna jumbo pensil-Milk as a eyeshadow base. Aku dah try. I can say that it doing well on your eyes! Seriously..:P senang nak apply sebab its so creamy. Apply pakai jari tau, then apply pulak eyeshadow pilihan korang.

Boleh jugak guna as waterline (untuk bagi efek mata besar-guna eyeliner brush bila nak apply) tapiii it is not advisable to use if mata korang asyik berair je bila apply eyeliner bawah. Sebabnya teksturnya kan creamy. So, it's does not last longer and it could be smudge and not smooth when you apply black eyeliner on top of it. Faham ke idokk?? ----> antara kekurangan this product.

This product work it best at corner of your eyes and highlight under your brow. Jangan letak banyak-banyak dekat part sini. Antara tips untuk pakai this jumbo pencil is BLEND dengan sebaiknya terutamanya masa korang guna sebagai eyeshadow base. Sebab ada yang complain ia akan crease lepas a few hour. For me, lain orang lain efeknya. Mungkin yang cepat berpeluh or duduk dekat tempat panas, ia akan mudah crease sebab sekali lagi teksturnya yang CREAMY.

Overall, aku boleh kata this product it worth to buy. Jumbo pencil-Milk ni multifunction. Kena rajin practise untuk hasil yang terbaikk...Adios...:)

Thursday, August 2, 2012

Quick update

First of all nak ucapkan salam ramadhan to all the reader...memang nak update blog tapi rasa malas mengatasi segala-galanya. Ada a few review yang mahu dikongsikan bersama macam review makeup, books and macam-macam lagi. Tapi bila nak ambik gambar tu yang menjadi masalah. Camera yang ada sudah di'setting'kan mengikut setting pro, so bila time haku nak guna dah tak reti nak adjust balek. Acaner tu? Last but not least (ayat buku betol!), hopefully i can update this blog sekerap yang mungkin..:P




Wednesday, July 18, 2012

Featured as Wonderful Women Bloggers: Friendly Fashion

Hye Peeps! If you read my previous post you will know what is friendly fashion is all about. I just wanna share with you that me has been selected by them to be featured as Wonderful Women Bloggers in their website.Yay! Thank you to Nadzirah Hashim for giving me a chance. Have you sign up as their members?What are you waiting for?





or you can view from their website and you will find a lot of bloggers share their thought on fashion. Here's the link

Monday, July 16, 2012

Friendly Fashion


Do you ever heard about this site, friendly fashion .com? Friendly fashion is the place for you to swap, sell or giveaway your preloved items, clothes, shoes and accessories.

Diasaskan oleh dua orang adik beradik Nadzirah dan Diyana in fact they just won the Online Shop of The Year 2012 in Digi Wwwow Award. Apa yang menarik tentang website ni kita boleh jual preloved item kita kepada pengguna yang lain. Kita boleh tengok barang2 yang ditawarkan oleh member yang lain dekat homepage website. Korang just click kat gambar yang korang berkenan tu dan kat situ ada stated semua details barang tersebut. Macam gambar kat bawah ni.


Okay mula2 aku ingat kat sini jual preloved clothes and shoes je, rupanya2 tak okay. Ada jugak preloved cosmetics, benda yang paling aku suka! heee..Haruslah excited sebab harga yag ditawarkan sangat2 la berpatutan. Rambang mata aku tengok nak pilih yang mana satu.

Website ni bukan je jual preloved items, ada jugak forum yang boleh korang join untuk tahu tips-tips tentang trends terkini dan sebagainya. How cool is that?. Ini antara items yang ada under women categories:
So, korang boleh la tengok kat sini apa2 barang yang korang tak guna dah tu jual kat sini dan jadi member diorang sekarang. =)

Thursday, May 31, 2012

Product review: Revlon Beyond Natural Smoothing Primer

Okay actually dah lama dah nak buat review pasal makeup primer ni tapi tak sempat la pulak and aku pun tak pernah cuba lagi so macam mana nak buat review kan?

So, hari tu aku ada gi Ampang Park then guardian ada buat warehouse sale, time aku tengah belek2 barang aku jumpa la makeup primer ni. Sebenarnya aku dah lama dah cari primer ni lepas baca blog kak anna sha (makeup artist). Dia ada gak cakap primer ni ada jual kat watson or guardian tapi dah merata aku cari tak jumpa2 gak.

Alhamdulliah akhirnya dapat jugak, dah la harga pun ok. Kalau ikut kak anna dia cakap range dalam rm 50 tapi aku dapat beli dengan harga rm15 je! that's y aku terus je amik sebab dah murah sangat. Kalau korang tengok gambar kat atas ni pun eyeshadow in 2 it tu pun rm6 je. Kalau normal price memang aku malas la nak beli.

Cara nak pakai primer ni adalah after kita pakai moisturizer and before apply foundation. Antara kebaikan kita pakai primer ni adalah untuk jadikan foundation yang kita pakai tu lagi cantik dan flawless. Bila pakai primer ni yang aku perasan nak pakai foundation pun senang coz permukaan kulit kita jadi licin. Selain itu, dia akan menjadikan mekap kita lebih tahan lama. Ada yang aku baca kata ia juga boleh mengecilkan pori2 kita.

Kalau ikutkan semua MUA sarankan pakai M.A.C prep + prime or strobe cream coz this is the best makeup primer ever even my friends said so. But buat masa ni kedua-dua2 benda ni aku tak merancang nak beli lagi dan takde dalam budget lagi insya Allah ada rezeki boleh beli sikit2.

Then, another best makeup primer yang ramai jugak orang suggest ialah brand Smash box, ada yang kata tekstur lebih kurang macam revlon. Kalau tengok review orang lain, diorang cakap kalau nak murah pakai Revlon pun dah ok. kalau ada yang nak beli brand smash box ni kalau tak silap kat Sephora ada jual.

Tu je la kot yang aku nak share pasal makeup primer ni. Setakat ni puas hati la dengan brand Revlon ni. Nanti kalau aku ada guna yang brand lain aku share lagi kat sini.:))

Friday, May 18, 2012

Gratitude

The power of gratitude. Apa tu? bersyukur. So simple. Percaya tak kita boleh buat magic dalam hidup kita dengan bersyukur. Saya percaya dengan itu. Kenapa? bila kita bersyukur semua benda jadi mudah.
Kalau tak bersyukur, tu yang asyik rasa tak cukup je. Asyik rasa kurang je dalam hidup, rasa tak puas hati orang lain dapat lebih, busuk hati dan keep on compare. Cuba fikir orang lain yang lagi susah dari kita. Nak makan pun tak cukup ni kan pulak nak beli gadjet bagai.

Dalam relationship, tak kiralah dengan boyfriend/ friends, kita juga perlu bersyukur. Kalau tak bersyukur, tu yang selalu gaduh. Tak puas hati kenapa bf aku macam ni, tak macam orang lain. kenapa itu, kenapa ini..macam-macam lah..

The power of gratitude works when we appreciate others by say thank you.. Rasanya tak susah nak sebut dua perkataan tu. Nowadays, aku nampak banyak parents dah ajar anak dorang say thank you dari kecik lagi. Even benda ni simple, tapi ianya sangat penting. Tak rugi pun cakap terima kasih. Kenapa? martabat kita akan jatuh ke dengan cakap terima kasih? Jangan rasa diri tu besar sangat. Rezeki Allah yang bagi. bila-bila masa je boleh tarik balik.



Monday, May 14, 2012

Review: Etude House; BB Magic Cream



- BB Magic Cream -


Finally, dapat jugak nak share 'experience" pakai bb cream Etude House nih.. Harga xmahal. Dalam RM 20 sahaja. Kalau diikutkan beauty consultant dekat etude house tak berapa nak suggest BB Magic Cream dekat customer. Bukan sebab harga dia yang murah tapi sebab it's too basic.. Yang paling bagus adalah " Precious Mineral BB Cream". Itu menurut kata mereka lahh.


-Precious Mineral BB Cream-


Tapi tu lah yang selalu aku kata "depends" jugak dekat jenis kulit seseorang. From my view, i think this product is not bad lah. Product ni bagi banyak coverage di seluruh muka. Bb cream jenis ni agak tebal sedikit berbanding jenama yang lain. Ada satu jenama ni, tekstur bb cream agak tipis dan ringan. Tapi berlainan dengan BB magic cream ni. Dengan tekstur yang agak pekat, kita perlu pakai sedikit sahaja. Apply di tangan dulu. Picit perlahan-perlahan since bb cream ni guna pam. Jangan dok syok memicit sampai membazir.

Macam aku, memang selalu pakai moisturizer sebelum pakai apa-apa bb cream/ foundation. So, kulit nampak ok je. Rasanya tak nampak berbelak atau bercapuk. Lepas tu, pakai bb cream dan tekap bedak padat ke seluruh muka dengan penuh gentle...

Untuk memudahkan pembacaan review ni aku akan bahagikan "pro" and "cons" bb magic cream ni...(ni based on my experience taw, lain orang lain hasilnya)

Pro's :
- sesuai untuk kulit yang kering atau normal.
- gives full coverage
- jimat since boleh pakai sikit je
-tahan lama
- gives "glow" skin.

Con's:
- Untuk jenis ni xde SPF..ada yang aku baca mereka kata untuk BB magic cream ni ada 2 jenis, satu ada SPF dan satu lagi takde SPF. If yang ada SPF harganya berbeza sikit.
- Ada satu pilihan warna sahaja. Mungkin tak berapa sesuai untuk kulit yang tidak cerah.

Rata-rata yang pernah try produk ni mereka kata ok je. Takde masalah besar sangat pun. Just untuk yang terbaik belilah yang "precious mineral bb cream". Ada banyak kelebihan untuk yang 'precious mineral bb cream" ni. Harga pun lebih lah sedikit. Around RM 70 kot, kalau tak silap. Tapi tak sure kalau tu harga time sale or tak. Kalau etude house ada buat promotion, harga dia boleh tahan best dan sangat berbaloi untuk membeli.

Kalau anda peminat K-pop, Etude House maybe product yang sesuai untuk anda kumpul barangan "exclusive" artis k-pop yang anda minati. Sebagai contoh, buat masa ini Shinee menjadi DUTA untuk produk mereka. Haritu masa beli, ada promotion beli RM 30 ke atas (lebih kurang) dapat Shinee folder.. me like! aku memang minat shinee. Rasa macam nak beli je semua lip balm Shinee. My BFF rembat semua jenis ( ada 5 jenis) plus bb cream shinee. Dia kata best pakai bb cream shinee. Untuklip balm dia tak pakai lagi sebab sayang nak guna..




Shinee lip balm...

p/s : orang Korea memang sangat suka pakai BB cream. Boleh katakan mereka wajib pakai BB cream bila keluar rumah. Sebab itulah banyak produk kecantikan di Korea seharusnya ada BB cream di rangkaian produk mereka...:)

Sunday, May 13, 2012

My Daily Routine


Kali ni nak share apa yang aku buat untuk penjagaan muka. Actually, xdelah susah sangat pun just kena rajin sikit. Untuk cantik kita kena berkorban sikit dari segi duit dan masa. Kita kena laburkan sedikit "investment" untuk membeli produk-produk yang sesuai dengan kulit kita.

Serious tak rugi pun kalau kita beli benda-benda ni. Yang untung kita jugak. Tak semestinya kena beli produk yang mahal-mahal. Ramai orang silap, even kita pakai yang mahal tapi tak sesuai pun tak guna jugak. Kalau tak nak beli, kita boleh buat sendiri secara tradisional. Haa, ni lagi jimat.

Jom kita start dengan apa yang aku selalu buat (actually benda2 ni sangatlah basic) :

1. Toner


Dulu tak pakai toner pun. Sebabnya selalu rasa toner tu tak penting. Rasa toner ini macam air kosong then letak kat muka pastu takde effect pun. Pendapat ini adalah SALAH sama sekali. Toner sebenarnya membantu membersihkan kekotoran yang xdapat dibersihkan oleh pencuci muka (cuci muka dulu baru pakai toner :P). Kiranya lebihan yang kotor2 tu macam sisa-sisa mekaup, minyak di muka , toner yang tolong settlekan. Toner jugak dapat tutup pori-pori kat kulit muka kita. Boleh pakai kapas muka untuk apply toner. Tapi selalunya aku pakai tangan je then tepuk2 kat muka.

2. Moisturizer


Lepas pakai toner, biarkan kering sekejap baru pakai pelembap muka (moisturizer). Moisturizer dapat balancekan kulit muka kita. Contoh kalau muka kering, ia dapat tambahkan kelembapan kulit. Kulit berminyak pun camtu jugak. * penting memakai moisturizer sebelum "apply" apa-apa makeup macam foundation or bb cream. Sebab if kita tak pakai moisturizer dulu, kemungkinan besar kulit kita akan tumbuh jerawat atau masalah kulit lain akan timbul. Bila pakai moisturizer kulit kita dapat "bernafas" walaupun kita pakai makeup.

3. BB cream/ foundation.

Ini aku pakai depends on situation. If xnak tebal2, aku just pakai bb cream. Setakat ni ada dua bb cream, maybelline and etude house. BB cream sangat tipis untuk dipakai tapi ia boleh cover keseluruhan muka. Coverage dia sangat bessttt. Ringan, x heavy, x berminyak dan rasa macam xpakai apa-apa kat muka. You should try it first, then you will feel the difference... Kadang-kadang aku campur bb cream dengan foundation/naturactor. Ok je bila campur-campur.

4. Compact powder
Untuk bedak padat ni, korang just dap2 je kat muka. Jangan kasar2. Buat dengan penuh kelembutan. Kulit muka ni, kita tak boleh kasar-kasar.

5. Eyeliner, blusher, lipstick, etc

Eyeliner memang wajib ku pakai. Kalau rajin bolehlah pakai blusher. Tak perlu terlalu merah sangat. Pakai tipis pun ok.Just nak bagi nampak pipi tu macam "rosy cheeks" je.

Itu jelah kot. Sangat basic. Tapi basic lah yang penting. Lagi-lagi part cuci muka, toner dan mosturizer... apa-apa yang kita pakai perlulah bersesuaian dengan kulit muka kita. Tak semestinya orang lain pakai ok , dekat kita pun ok jugak. Semuanya depend dengan jenis kulit kita, contohnya kulit kering atau berminyak.

Saturday, May 5, 2012

Lelaki: perkara yang aku jeles dengan mereka..



Ada a few things yang aku sangat jeles dengan lelaki. Ya, aku tau kita berbeda tapi when it comes to bab kecantikan, aku memang jeles. Macam mana mereka begitu rajin menjaga muka, rambut dan lain-lain. Zaman dah berubah, mana ada lagi lelaki yang cuci muka pakai sabun mandi. No offense kayh. (ni cerita-cerita yang aku dengar, betul ke tak, aku tak pasti)

Aku memang impress. Ini mungkin disebabkan aku suka tengok orang cantik, handsome dan awesome. Macam ayah aku, sangat menjaga rambutnya. Kalau tengok umur ayah aku dah masuk 50 tahun something, tapi uban tak nampak. Sebab ayah pakai krim rambut untuk takde uban. Setakat ni memang berkesan. Orang selalu kata muka ayah aku nampak muda. Kawan-kawan ayah selalu kata, muka ayah tak berubah dari dulu.

Ini aku nak share pendapat aku tentang apa yang aku jeles dengan mereka (lelaki) :

1. Kulit muka

Aku pantang tengok lelaki yang muka dorang sangat "flawless". Aku macam "seriously?". Aku takdelah sampai kata, perempuan je yang layak muka flawless. Serius bukan camtu.. Like i said before, IMPRESS. Kadang-kadang aku nak je tanya dorang pakai apa. As we know, dorang bersukan dan aktif tapi kulit still terjaga. Aku taklah rasa dorang akan pakai krim muka ke apa. * if ada sila bagitau aku, aku nak tahu juga macam mana dorang pakai skincare*...

sebab selama ni kalau kita tengok iklan kat tv, macam loreal ada aaron aziz, garnier ada fahrin ahmad, vaseline men ada pelakon indonesia kalau tak silap. So, aku kadang-kadang terfikir ada ke orang lelaki yang pakai benda2 alah ni except for pencuci muka. Itu biasa dengar, pencuci muka takdelah luar alam sangat.

Kita tolak tepi dengan orang korea especially artis kpop. Yang ni sebab maybe ada faktor2 plastic surgery yang selalu orang pertikaikan. Aku adore jugak mereka ini. Aku share jelah gambar dorang ..:P



shinee for etude house


Kim hyun joong for face shop

2. Lelaki yang ada "dimple".

dimple ya bukan "pimples". lesung pipit.yang pasti bukan lesung batu..hehe.. xtaw la kan. tapi aku rasa sangat "melampau" bila ada dimple. dah la awak tu dah charming pastu ada pulak dimple, lagilah bertambah-tambah gorgeous!... lagi-lagi kalau ada dua. If ada satu pun, mesti dimple yang dalam. Maybe aku teruja tengok orang ada dimple ni sebab kebanyakan dalam family aku ada dimple. My siblings semua ada dimple.

3. Rambut.

Kalau yang rambut pendek, aku tak kisah sangat. Ni yang rambut panjang. Mesti susah nak jaga. Kalau tengok rockers2 rambut dorang macam smooth je siap ada yanng rebonding lagi.

*Tapi aku lagi suka bila perempuan bertudung pandai jaga rambut dorang. Walau pun bertudung tapi rambut sangat terjaga...

Entry ni bukanlah bertujuan untuk mengatakan aku ni tak PUAS HATI dengan lelaki. Aku hanyalah nak meng'expreess'kan kekaguman aku tentang bagaimana mereka-mereka ni bijak menguruskan dan menjaga kecantikan diri mereka. Sebab nanti ada pulak yang kata "kauu ni pehal?? dorang jaga pun salah ke?'' aku tak kata salah dan aku pun tak kata dorang ni lekeh sangat ke apa.. at least ada jugak inisiatif untuk menjaga kebersihan dan penampilan diri kan?

Saturday, April 28, 2012

So Random 16





" When people hurt you, think of them like a sand paper. They may scratch and hurt you but in the end, you end up polished and they end up useless"

Wednesday, April 25, 2012

So Random 15

Orait dah sampai 15 dah so random aku ni. yang mana aku terlintas nak tulis aku masukkan je under so random. Ni gara-gara minat sangat dengan 'Sonny with a chance'.

okay apa yang aku perasan sekarang ni teknologi is moving fast.In fact aku sendiri tak terkejar, just like fashion changing every day and every week. Kalau sebut pasal teknologi ni obviously orang akan sebut pasal iPad, tablet, android, blackberry and many more. Aku tak guna semua tu melainkan tablet, itu pun bukan aku punya it belongs to my sis.

I'm still using the very last year nokia or people said it 'chokia' or whatsoever. Ada aku kesah? hahaa. Sebab bagi aku keperluan aku adalah sms or call, itu sahaja. I didn't ask more, in fact I have my own mp3 so it shouldn't be my problem. Lagipun kalau aku ada phone yang canggih2 ni tapi hanya untuk online Fb or tweet for me it's like a waste, subscribe internet untuk tahu update orang lain or being a stalker doesn't make me richer. Orang lain dah berjaya and maju ke depan but i'm still in front of my phone by doing nothing. lain la kalau aku online dapat duit berjuta-juta takpe lah jugak, kalau macam tu memang aku subscribe sebulan terus. It's just my opinion, terpulang pada masing2, coz aku bukan pengguna internet tegar, yang akan menggelupur bila seharian tak online. Seriously i'm not that person and please don't ever be.

Tak kisah la orang nak cakap aku ketinggalan zaman ke, tak tahu update ke, aku tak kisah langsung. Biarlah aku tak pernah fikir langsung pasal apa yang orang cakap pasal aku. Aku ada terbaca dalam majalah 'Perempuan', anak seorang jutawan kat Malaysia ni cakap lebih kurang macam ni "Saya tak berapa minat dengan iPad, iphone atau seumpama dengannya sebab saya tak tahu nak guna dan saya tak ada sebab nak gunakannya melainkan blackberry yang saya ada". Hello tu anak jutawan yang cakap macam tu, aku rasa dia mampu je kalau nak beli 10 iPad sekalipun tapi memandangkan itu bukan keperluan dia so dia rasa tak perlu nak ada semua tu.

Tak payah la nak ikut orang sangat, ikut kemampuan masing2. Tak kan la kalau orang ada iPhone 4s, kau pun nak ada jugak. Ada tu sampai bergaduh2 dengan parents nak handphone baru, takkan la sampai macam tu sekali. Memang la parents kau akan belikan tapi mesti dia terasa dengan kita coz sebab handphone kita boleh bergaduh.

Yang penting bagi aku sekarang bila orang sms aku, aku akan reply. Bila orang call, aku akan angkat. The most important thing is i have enough credit to reply my friend message, that's all.
Bukan bila pakai phone canggih2 orang mesej ko, ko reply 3 hari kemudian ya! what a shame, beli phone ada duit tapi reply mesej yang tak sampai 10 sen tu tak ada credit. Pathetic!

Tuesday, April 24, 2012

Falling in Love..



*jatuhcintadenganmereka*

saat entry ni ditulis lagu Falling in love by Siti Nurhaliza menjadi background music..haha..sangat lah propa..:P

Seriously i'm in love with this guy. Kenapalah mereka ini sangat-sangat cute, charming, kacak dan apa2 sahaja word yang describe benda-benda yang awesome boleh diberi pada mereka. Tapi aku suka yang sorang ni.( takkan nak amik semua, aku tak nak tamak..hehe). Nilah orangnya, Zain Malik (Zayn)

Sanggup tengok performance dorang masa dekat X-factor banyak kali. Fyi, dorang ni british-irish boyband dari program realiti X-Factor (dorang dapat nombor 3). Lagu dorang 'What makes you beautiful" berjaya cairkan hati ramai wanita di luar sana. Suka jugak dengan lagu "one thing". OMG, dorang sangat cute dalam music video tuu..even dorang menari cam pelik and look awkward but it still cool. (kalau dah comel, buat apa pun nampak ok)


sila add caption sendiri..:P


his eyes! takterkata...haha

Monday, April 23, 2012

Favourite magazine

pic: sumber google :)
Aku memang suka gilerr baca "Cosmopolitan" magazine. Dulu time sekolah selalu baca Remaja. Tapi sejak meningkat usia dan seiring dengan masa , aku beralih pada cosmo. Suka tagline dia "miss cosmo, miss out!" very the cosmo!

Pastu dalam majalah tu selau suggest produk yg terbaik untuk skincare, makeup, and macam-macam lagi. Dorang suka guna ayat macam ni "pilihan cosmo!, cosmo tu, cosmo ni". Siapa yang baca dorang akan tau. Macam urban je ayat tu. *tak taulah kalau aku je rasa macam tu.

Sekarang dah berwajah baru. sangat suka..my favourite column is editor column, pastu ada yang dorang share 10 things yang menarik (depends on topic) and makeup of course memang favourite.

Baru-baru ni ada terbaca topik yang sangat menarik. Lebih kurang macam ni tajuknya 'laman sosial membawa kepada kemurungan". Contohnya, bila kita log in , kita akan tengok news feed kita. Then, kita tengok kawan-kawan or artis update status mereka pergi melancong, beli gadjet baru, bahagia dengan pasangan masing-masing, show off sana sini, automatik kita akan rasa pressure. Siapa rasa macam tu? kalau tak rasa apa-apa memang terbaik lah.

Untuk lebih jelas, lepas kita tengok semua tu kita akan rasa "down" dengan diri kita sendiri. Kita akan rasa rendah diri, rasa hidup kita macam biasa sangat, pastu rasa terfikir "aku patut tukar phone aku ni, semua dah pakai iphone, android, upload via itu ini. Got the picture?

So, dalam cosmo ada bagi tips untuk overcome problem ni. If rasa macam tak kuat nak tengok or hadapi semua ni better delete/deactive laman sosial anda itu. Tapi if tak nak, just ignore je. Baca sambil tersenyum. The point is dont compare your life with others, You have your own story. Maybe this time, bukan rezeki korang lagi untuk merasai hidup seperti mereka. Jadikan benda itu semua sebagai satu semangat untuk menjalani hidup yang lebih baik. cewaaaaaaah, bukan main lagi ayat aku nih. *pendapat ni aku campur dari macam-macam source.

Nak share satu quote ni dari jejaka yang sangat kacak iatu Syamsul Yusof dari apa yang beliau tulis di ruangannya di berita harian:

" Usah dengki kawan-kawanku. Kita peroleh rezeki dari Pemberi Rezeki yang sama. Masa,tempat dan bentuknya mungkin berbeza, namun hakikatnya semuanya dari Dia"
( quote ini dari twitter Dr Anwar Fazal)



Thursday, April 19, 2012

Coklat

Kalau cakap pasal coklat ni I believe that everyone can't say no to that. Tak ramai yang tak suka coklat. Ex-roomate aku Arisha, dia memang tak suka coklat, satu hari tu member aku bagi 3 biji Big Apple kat aku, semua ada coklat.Aku bagi satu kat dia, alih2 dia buang inti coklat kat dalam tu bagi kat aku, dia kata dia tak makan coklat. Aku cakap kat dia " Untung boyfriend awak tak yah keluar duit beli coklat kat awak banyak2..hehee"..

Masa aku balik tadi mak aku cakap anak murid dia bagi coklat Bery'l. Diorang baru je balik dari kilang dia kat Serdang kalau tak silap aku. Bagus betul diorang ni ingat kat cikgu dia. Yang untung anak cikgu dia jugak.hehee.Memang heaven la aku, minggu ni dapat makan coklat banyak2.

Actually aku sekarang dah suka makan coklat yang brand Dove tu, to be exact yang dark chocolate punya. Hari tu beli kat 7e punya la mahal, harga kat Tesco lagi murah. Biasalah kedai 24 jam mana ada harga murah. Dark chocolate ni tak la pahit sangat, isi dia tebal sikit dari dark chocolate Cadbury. kalau korang perasan Cadbury punya nipis je.
Kalau ikutkan hati nak jugak try coklat Godiva tapi tak mampu la aku kan. Aku pernah baca kat dalam Cosmopolitan, coklat Godiva ni favourite Siti Nurhaliza. Banyak duit takpe makan coklat mahal:p..tak silap kalau kat Malaysia ada kat Pavillion. Amik ko kat tempat high class je ada benda ni. Godiva ni origin from Belgium, memang dari negara pengeluar coklat.

Aku ingat lagi aku pernah tengok Oprah Winfrey show, yang set dia diperbuat daripada coklat. Makan hati tengok Oprah agih-agihkan coklat kat penonton bila show dah habis.







Full set of chocolate





chess anyone? okay i'm melting now

Sunday, April 8, 2012

Bestfriends

Last Friday aku call kawan baik aku masa diploma dulu, Alin nama dia. serious aku rindu kat dia, aku rasa dia kawan aku yang paling baik yang pernah aku jumpa masa diploma dulu. Kitaorang sembang macam2 cerita, how she doing right now, is her friends there treat her well, macam2 lagi la aku tanya.

Aku tak ingat aku start rapat dengan dia sem berapa, tapi kitaorang pernah jadi roomate dalam 3 sem macam tu. Masa diploma aku takde member, macam kawan ramai2 dalam satu group macam tu. Serious aku takde macam tu, so aku hanya ada Alin je bestfriend aku. Kitaorang kelas lain2 tapi tak jadi masalah pun coz kitaorang selalu belajar sama2.

Aku rasa bertuah sangat ada kawan macam dia, dia sangat baik, sangat2 baik. Dia pernah cakap dengan aku biarlah hati dia sakit tapi jangan dia sakitkan hati orang. Aku tengok orang lain suka amik kesempatan atas kebaikan dia. Aku selalu cakap dengan dia jangan macam tu nanti orang pijak kepala. Orang lain bila susah baru cari dia, time senang selalu lupa. Kesian aku tengok dia.

Orang suka discrimate dia sebab dia bersaiz besar, dia cakap dia genetic. Aku tengok dia makan sama je macam aku, kadang2 aku rasa aku lagi kuat makan dari dia. Bagi aku saiz doesn't matter yang penting hati baik.Kalau kurus, cantik tapi suka dengki dengan orang buat apa kan. Aku harap kalau dia baca blog aku, aku nak dia tahu aku sangat2 sayangkan dia. Dia banyak tolong aku.

Bila aku tahu dia dapat kat Segamat, aku rasa sedih. Aku sedih sebab sapa nak ajar aku kalau aku tak paham nanti? sapa nak dengar masalah aku lagi? macam2 aku fikir. Tapi Allah tu Maha Adil, aku dengan kembar aku dapat satu tempat, so ada orang yang teman aku.

Sebolehnya aku nak selalu keep in touch dengan dia, aku tak nak lost contact. Aku faham kalau dia tak reply mesej aku maknanya dia takde kredit or busy. aku tak fikir pun yang dia lupakan aku ke apa.

Terima kasih Ya Allah kau bagi aku kawan yang sangat baik ni. Aku tak tahu nak balas jasa dia macam mana. terima kasih Alin coz sudi jadi kawan aku, dengar masalah aku, tolong aku, ambil berat pasal aku.

Aku dengan dia tak banyak persamaan tapi kitaorang boleh connect each other. Tipu lah kalau aku cakap aku tak pernah argue dengan dia. tapi kitaorang akan cepat sedar salah masing2 then mintak maaf.Kitaorang tak suka cakap belakang or simpan apa yang tak puas hati lama2. Senang kata kitaorang lebih pada straight forward. Istilah 'kau terasa dengan aku, aku terasa dengan kau' macam tak wujud antara kitaorang. Sebab masing2 tak simpan dalam hati.

Aku sangat sayangkan dia. Aku doakan dia success dalam hidup dia n bahagia dengan family dia.Aminn


Saturday, March 31, 2012

Bed time story

lately ni aku asyik teringat je apa yang mak aku pernah cerita kat aku dulu..okay aku rasa nak share la kat sini..

Mak aku bukan la dari family yang senang so mungkin sebab tu mak aku belajar rajin2 sebab nak ubah keadaan family. Then, masa mak aku spm, mak aku berjaya dapat pangkat satu. Then mak aku terdengar ada orang kat kedai cakap macam ni:

"tengok budak tu naik basikal buruk je tapi boleh dapat pangkat satu"

Bila aku dengar statement tu aku rasa nak nangis, life aku sekarang much better dari mak aku dulu. Buat aku sedar kalau pakai cantik2, fashion beria2 sgt kalau tak pandai memang orang tak pandang.

Orang sekarang dah tak kisah sama ada ko cantik ke tak,ko kaya ke tak..yang orang pandang sekarang adalah pencapaian kita. Buat apa pakai barang mahal2 tapi tak boleh score dalam exam. Memang la orang cakap result tu bukan segala2 tapi in reality kalau nak mintak kerja nanti benda tu yang diorang akan tengok dulu.

kalau boleh biar la kita jadi "beauty with the brain" bukannya jadi "dumb blonde"..Bila kita dapat result yang bagus then kecantikan pasti akan menyusul..

lagi satu selalu bersyukur lah dengan apa yang ada, kalau kita selalu bersyukur kita tak akan ada rasa jealous dengan orang lain. Don't keep comparing your life with other, kalau selalu compare dgn org lain sampai bila kita akan rasa tak cukup. Biar orang lain hidup dengan cara diorang sendiri percaya lah " Allah has a better plan for us ".


Saturday, March 3, 2012

So Random 14

Selalu ada niat/rasa nak update blog.Macam- macam topik dah fikir nak tulis. Ada yang menarik untuk dikongsi, ada juga yang duka untuk di share. tapi bila nak update je mesti rasa malas. Tak pun tiba-tiba blank.

Lagi satu, if nakk sangatt beli sesuatu barang tu bila dah sampai kat kedai yang ingin dituju mesti tak jadi nak beli. Tiba-tiba rasa tak nak beli pulak.*cam hape je kan. Tp bagus jugak at least tak membazir. Satu sifat yang bagus (bukan kedekut serius bukan).

Bak kata IK, tips untuk shopping: tunggu sampai 12 jam. Lepas tu tengok ada tak rasa nak beli ke tak.

p/s : dah nak dekat cuti sem, maybe boleh lah kot nak share apa2 tips yang menarik. :)

Saturday, February 11, 2012

Membebel

Okay hari ni aku boring gila, supposedly aku kena makeup kat pavi tapi cancel la pulak,dah 2 kali postponed, orang tu cakap next week tapi aku la pulak ade wedding time tu.macam mane ni? tak pe maybe bukan rezeki aku lagipun aku dah lama tak praktis ni.

Even though aku boring sangat2 hari ni aku malas jugak nak bukak fb,fb pun mcm dah x best dah. Dah tak banyak contest aku nak join, aku tak tahu la kalau aku je yang tak perasan. Bila aku nak chat dengan kawan aku tgh2 chat hilang camtu je, yang aku peliknya boleh pulak dia 'like' status org,upload gambar bagai tapi nak reply aku punya soalan punya lah susah.pelik..pelik..

Harini mak aku tak masak langsung coz dia kerja arini, pagi tadi aku ngn kakak masak sup, then petang rajin lak buat cream puff, dinner kitaorg masak nasi goreng tom yam je. senang kerja malas nak masak banyak2 lauk.

Sekarang ni aku ade perasan perangai orang kita yang suka menyibuk dan memandai2 tentang orang lain.Aku tahu aku pun bukannya baik sangat tapi benda ni selalu terjadi..

1. kalau orang tu tak kahwin2 lagi sibuk tanya bila nak kahwin.Macam la dia yang nak tanggung kos kahwin kita

2. kalau dah kahwin sibuk tanya bila nak ada anak. tahu tak bila korang tanya soalan tu secara tak langsung korang dah pressure orang tu. Korang mana tahu tah2 diorang sendiri pun tak kisah bila nak ada anak. Pandai cakap 'eh lambat jugak ko nak pregnant eh?', hello cik kak awak tu pun tak kahwin lagi buatnya Allah tu nak uji awak pulak,nanti kau pun kena benda yang sama, tak kat kita maybe family member yang lain, who knows right? Allah tu Maha Adil..

3. bila orang takde boyfriend orang akan cakap kita memilih.(aku selalu kena benda ni)..tell me macam mana aku nak memilih sedangkan pilihan pun takde, nak cakap fikir dulu bole tak? aku tak tahu la kalau orang yang ada boyfriend ni fikir diorang cantik, semua orang nak ke hape, (correct me if i'm wrong). actually aku tak kisah pasal ni sangat tapi bila orang asyik cakap aku jadi stress,sampai aku terfikir 'buruk sangat ke aku ni?' ye la orang cakap macam aku ni tak layak je untuk benda2 ni..

4. then, orang pandai2 pulak nak kenen2 kan aku dengan orang tu dengan orang ni. Sounds like i'm sooooo desperate. oh please, i know your intension nak tolong aku tapi ada sesetengah tu melampau2 sangat caranya. terima kasih buat semua ni but please consider my feeling.

5. Orang yang biasa2 selalu bercerita seperti dia ada semua benda. Orang kaya diam je even diorang pakai barang mahal2..

6. Lumrah manusia suka bercerita apa yang dia ada, aku pun tak terkecuali dalam hal ni. bila bercerita masing2 tak nak kalah, riuh cakap dia pakai brand apa, gadjet apa, kamera apa dan macam2 lagi lah..sedangkan dia tu biasa2 je malah kita tahu keadaan dia macam mana, tapi kenapa nak buat macam tu, kenapa takut ke orang cakap kita tak updated kalau pakai baju takde brand? takut kalau orang cakap kita ni ketinggalan zaman kalau pakai handset yang takde application? kenapa mesti takut dengan apa yang orang cakap, pakai apa yang kita mampu je pun okay apa.bukannya orang lain tu yang bagi kita duit nak beli semua benda tu.

7. Sekarang ni aku tak rajin nak upload gambar aku kat mana2 (buat masa ni lah).nanti mesti ade je yang comment 'eh dah gemok dah sekarang', 'tembam la kau ni'..part tembam tu aku ok lagi, gemok tu aku tak leh terima. aku pelik la, aku ada menyusahkan orang ke kalau aku gemok ke kurus. kalau aku gemok kenapa tak boleh ke, or korang nak sponsor set pelangsing kat aku?

okay tu je la yang aku nak bebel hari ni, boleh kata semua benda kat atas tu pernah terjadi kat aku except yang no.1 and 2 tu la..dua-dua benda tu aku selalu dengar kalau pergi kenduri kahwin..no offense kay aku rasa kebanyakan orang pernah rasa benda yang sama.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...