Wednesday, June 29, 2011

Wedding photoshoot..

Dah lama tak tengok korea since habis lepas exam haritu. Bukan tak nak tengok tapi tau jela bila dah mengadap korea 1 jam bukannya cukup. Macamlah takda kerja lain nak buat kan. So, banyaklah drama series yang kononya aku peram sebelum exam dengan niat cuti ni nak khatamkan semuanya aku tak tertengok. Yang paling best ada yang aku dah delete.

Maka, aku amik keputusan untuk tengok realiti show je. Aku layan We Got Married-Khuntoria je. Dorang sangat sweet and loving. Nickhun sendiri cakap dia memang suka Victoria dan harap ia akan jadi kenyataan. Dia jugak kalau boleh tak nak hentikan show ni.

Maybe aku yang agak lambat share benda ni sebab episode dia sangat banyak dan aku gigih mencarinya. Tau-tau dorang dah shoot untuk wedding photoshoot. Aku suka gambar dorang.

Gambar ni cameraman tu suruh tiru gaya dlm filem spiderman masa
part spiderman kiss heroin kat wall.Siapa yang tengok tau la.

Lame story,perhaps...

Allow me to share something i have been reading or what i've been thinking of. But dont take this seriously okay, lagi-lagi dari orang yang belum ditauliahkan dengan apa-apa gelaran nih..huhu. Orait, let's start!

* Smartphone
Menurut Mstar, hanya 15% rakyat Malaysia betul-betul mengunakan semua aplikasi yang terdapat dalam handphone mereka. Yang lain hanya guna untuk call and sms only. Sebabnya, di Malaysia hanya untuk mengikut trend semata-mata. Maybe ramai yang tak gunakan smartphone lagi so teknologi tu tak berkembang sangat. Yela, handphone canggih ni bukannya murah dan tak semua mampu nak beli. Lagi-lagi orang macam aku memang susah nak beli phone. Kalau beli pun akan pakai untuk jangka masa yang panjang. So, bilalah pakcik aku tu nak tukar handphone lain.Handphone dia sangat awesome! Application yang sangat bessttt. Siap suggest kat aku suruh beli. Owhh, aku student lagi mana mampu nak beli. Ok, ni antara orang terdekat aku yang memang guna semua application dalam phone dan laptop dengan sebaiknya. Kiranya bukan tau beli je.

Nak ikutkan memang tak terkejar dengan teknologi sekarang ni.Ni baru duduk Malaysia belum duduk tempat lain. Macam sekarang ni trend orang pakai DSLR. So, semua orang berfikir untuk tangkap gambar haruslah ada DSLR. Semua ada impian untuk ada satu. Kalau rm29.90 dah lama aku rembat..haha..

Lagi apa ek aku baca...erm, owh by the way twitter bukan laman sosial. Ia lebih macam internet messaging camtu.Macam sms tapi ni through online camtu. Sebab laman sosial ni macam FB, Myspace. Tula bila aku tengok twitter ni aku ada terpikir lak jugak dulu asal cam sms je. *correct me if i'm wrong*.

Monday, June 27, 2011

Spill it out...

i feel soooooooo relieved when i spill everything out...i meet someone that i always can be trusted and shared with. Thanks a lot, Tuhan kurniakan yang terbaik dalam hidupku.Alhamdulilah, everything went well..

How do you feel if you know a news from third party? Then, the 3rd party act like a jerk and make you feel so annoying. Hurt? definetly yes, heaven.. I dont have a lover,bf, ..etc, i only have God, family,friend, fb and blog to spill everything i feel.

However, i'm still grateful with everything i have. At least I have wonderful family, fabulous siblings and fantastic friends. Thank God..:) Thanks for everything..zillion thanks...peace :)

Friday, June 17, 2011

Entry di hari jumaat..

Lama tak update blog. Fb pun aku malas nak update status. Aku tak tau nak tulis apa kat status tu. Ada satu hari tu adalah dalam 2 or 3 hari aku tak on FB.Bila bukak home FB aku cam pelik "eh,bila pulak aku bukak profile orang ni,tak silap tadi aku log in pakai ID aku." Rupa-rupanya, orang tu yang update status paling banyak kat FB die.So,bila kat home aku tu banyaklah naik status update die. Aku tak rajin camtu..huhu.

Banyak benda sebenarnya aku nak tulis. Tapi entahla aku rasa susah nak share kat sini.Aku citer yang basic2 jela. Aku dah kawan lama gak dengan sorang ni. Adalah bertahun jugak.Even takdelah sampai 10tahun.Tapi makin lama aku rasa tawar hati dengan dia. Aku pun ada kelemahan aku dan camtu jugak dengan dia. Nobody's perfect kan?

Aku bukan apa dia macam tak habis nak rendahkan family aku.Tu yang buat aku sedih. Macam nak pertikaikan lifestyle family aku. Lebih tepat macam nak kata kuno la. Kadang-kadang aku terfikir salah ke kalau kita nak ke arah kebaikan? Nak cari ketenangan Ilahi, nak buat sesuatu yang lebih baik..salah ke?

Since parents aku balik Haji banyak benda yang mengajar kami adik beradik. Lebih pentingkan solat dan macam-macam lagi.Sekarang ni ayah aku banyak tegur pasal solat. Even kitaorang dah tanggung dosa sendiri, ayah aku kata dia still bertanggungjawab atas apa yang kitaorang buat. Sampai ayah aku pernah cakap tak kesian ke kat ayah nak tanggung dosa anak-anak dia.Contoh if tak pakai tudung, parents kita dapat saham jugak.Padahal dorang dah tegur,kira cam tak adil kita yang buat tapi dorang pun dapat sama.

Bagi aku, bila parents tegur pasal agama ni means dorang sayangkan kita. Parents aku pun bukanlah jenis yang mewahkan anak. Shopping tiap-tiap bulan memang tak selalu pun lagi-lagi nak bagi hadiah mahal atau berjenama. Tapi tula kayu pengukur orang sekarang, aku ada barang brand ni, kau ada? owhhhhhhhh, speechless haku.

Dalam Solusi pun ada kata parents bila sayang anak-anak bukanlah dengan memberi material things sepatutnya dengan menerapkan unsur-unsur kerohanian dalam diri anak-anak. Dalam kubur tu takde siapa yang boleh tolong dorang. *you may say i'm kuno again.

Aku sedih. Seriously aku sedih. Aku ada baca satu blog yang mana blogger tu baru pakai tudung.Dia kata dulu dia selalu kata pakai tudung ni nampak macam akak-akak,macam makcik-makcik la.Tapi ada satu benda yang buat dia insaf and dia realise.Dia kata dekat sisi Allah takde pun istilah akak-akak,makcik-makcik atau kuno ni. Manusia yang pandai-pandai buat istilah camtu.

Aku pun bukanlah baik sangat.Aku still nak perbaiki diri aku. Banyak benda yang perlu aku cari dan pelajari lagi. Tapi aku sedihlah bila orang cakap macam tu. Kawan aku pernah cakap bila dia tengok orang pakai tudung labuh dia rasa respect sangat.Kadang-kadang dia rasa segan pulak dengan dorang.Yela segan sebab kita tak macam dorang.

Aku tulis entry ni untuk luahkan rasa kecik hati aku ni. Aku sebenarnya tak kisah pun orang nak kata apa.Tapi kita ni ada perasaan. Mesti rasa sedih.suka dan macam lagi. Kalau ada yang terasa hati aku MINTAK MAAF banyak-banyak.Aku takda niat nak buat orang terasa. Aku manusia biasa, kalau nak kata orang banyak-banyak pun aku bukanlah perfect pun. I'm sorry...:) Peace no war..

Friday, June 10, 2011

Yang jauh mari dekatt, yang dekat kasi rapat..ada berita panas nak bagitau nih..




Actually mysis ada buat satu bisnes ni. Namanya De Herbs Healthy Marketing. Ini produk baru di pasaran. Yang paling penting produk ni bukannya "rebranding" produk. My sis adalah pengedar di sekitar Selayang, Gombak, Batu Caves, Sentul dan Kuala Lumpur. Setakat ni sambutan amat menggalakkan..

Sesiapa yang berminat nak jadi pengedar amatlah dialu-alukan. Boleh tambah pendapatan korang. Silalah contact my sis Zahratul Muna 013-2087276. Siapa yang dekat Kelantan boleh contact mysis lagi sorang Ana 013-3943209. Jangan malu-malu kayhh.. Nanti dorang bagitau caranya..

Ada macam produk yang ditawarkan antaranya:

1. Diamond Foundation


Ini sebagai bedak asas sebelum kita pakai bedak compact. Ada SPF35 yang boleh melindingi kulit dari sinaran UV. Foundation ni jugak boleh merawat kulit dan meningkatkan keanjalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit. Kalau korang pakai foundation ni kulit korang takkan nampak "bertepung atau berdebu"bila korang pakai bedak compact nanti. Nampak natural gitu..


2. Bedak compact "Aura Pesona Bintang".


Selepas pakai Diamond foundation tadi bolehlah pakai bedak compact ni. FYI, bedak ni 2 way cake foundation. So, korang bolehlah ambil span dan basahkan sedikit span tu dan apply bedak ni kat muka :) Ada dua pilihan warna mocha dan natural..

3. Premium Diet Plus Fibre

Ni untuk sesipa yang nak diet yang sihat. Sebabnya ia 100% ekstrak tumbuh-tumbuhan. Ia boleh membuang lemak dalam badan dan membuang toksik.

4. Jus Perawan Plus Collagen

Untuk penjagaan dalaman dan luaran untuk wanita. Sesuai untuk orang yang dah kahwin dan juga yang belum berkahwin. Produk yang mesti dicuba!!

5. Herbal Detox.

Ni yang tampal kat kaki before tidur tu. Lepas korang bangun tu bila bukak pelekat tu adalah toksik yang kaler hitam dekat pelekat tu. Detox ni boleh mengurangkan alahan, sakit sendi, sakit kepala,migrain dam macam-macam penyakit lagi.

6. Lipstick Collagen.

Lipstick ni memang my favourite. I memang suka apa-apa berkaitan lipstick,lip gloss and lip care. Yang ni memang I suggest kat korang sebab lipstick ni memang besttt. Sebabnya selalu bila kita pakai lipstick lain, ia boleh menghitamkan bibir kita bila lama-lama kita pakai. Tapi lipstick ni tak. Sebab ia ada collagen. Ia boleh mengurangkan bibir yang kering dan merekah.

Lipstick ni ikut suhu badan dan warna darah kita. Kiranya bila korang apply kat bibir ia akan bertukar kaler ikut suhu badan korang. Jangan risau ia takkan jadi kaler merah menyala sebab I dah try lipstick ni :p




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...