Wednesday, December 29, 2010

Conteng Bakat

Disebabkan masing2 nak balik Dungun dan Perak hujung minggu ni, I nak kena update banyak entry yang tertunggak.Actually banyak sangat nak update tapi memang takde masa.
Hari tu jiran I Su'aidi mintak tolong jadi model dia coz ade orang nak tengok portfolio makeup dia.Dia tak nak lah amik adik dia sebab dah banyak sangat gambar adik dia, so dia nak gak try kat muka orang lain pulak.

Awal pagi jumaat dah bangun sebab dia cakap nak start makeup dalam pukul 10 camtu, kalau petang dia nak keluar pulak.Dia sangat cekap dan tangkas, I nak kena banyak belajar dengan dia ni.Dia sangat mahir guna brush,biasalah budak art kan.Muka orang ni ibarat kanvas je,conteng2 je dah jadi (falsafah Scott Barnes)

Mula2 agak segan la nak amik gambar tapi dia kata tak yah la nak segan2 buat selamba sudahh...




First time pakai fake eyelash kat mata bawah.Nak lawan Rozita Che Wan..hehee


Kalau kat luar jangan harap la nak makeup camni,mau berjam nak siap.



Fine,muka nampak tembam.Takleh nak buat apa dah.Next time,nak ajak diorang shoot kat Ulu Yam or Taman Layang2..Titiwangsa pun sounds good jugak.Thanks for the makeup!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...