Friday, November 26, 2010

Kenapa ya?


Ramai yang tanya "kenapa tulis UNDANGAN MAJLIS KESYUKURAN bukannya MAJLIS PERKAHWINAN?"
dan ada juga yang ingat ia bukannya majlis perkahwinan.Oklah, I make it clear. Sebenarnya,kami sebagai tuan rumah tak mahu tetamu semua bersusah payah memberi sumbangan seperti mana yang selalu dilakukan. Alah,yang biasanya mak-mak kita isi dalam sampul duit raya,pastu bila salam dengan tuan rumah selit sekali sampul duit tu.

Actually, dalam Islam memang dah menjadi kewajipan atau tanggungjawab tuan rumah untuk menjamu tetamunya dan kedatangan tetamu itu adalah untuk memeriahkan majlis serta sekaligus menghebahkan pada mereka siapa yang berkahwin.

Tetapi sudah menjadi kebiasaan dalam adat Melayu, bila time kenduri kita bagi sumbangan untuk tuan rumah untuk ringankan beban mereka. Sebenarnya, tak perlu bagi pun takpe. Bagi family kitaorang, memang niat ikhlas nak jemput sedara-mara,kawan-kawan dan jiran tetangga datang ke kenduri tanpa mengharapkan balasan apa-apa pun. Kalau ada yang bagi juga itu belakang kira..(rezeki namanya)

Clear sume? itulah sebab kenapa ditulis 'Undangan Majlis Kesyukuran'...anda-anda semua hanya perlu membawa perut sahaja ya! Bila kamu-kamu semua kenyang, itu dah cukup gembirakan hati kami...


p/s: the solemization of angah berlangsung esok..insya-Allah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...