Sunday, December 11, 2011

So Random 10

-please give other people chance to happy like you can happy with your beloved..
-xperlu rasanya nak cantas orang lain punya hapiness. sepatutnya doakan lah kebahagiaan dia bukannya meghancurkan..
-you have your own beloved and please jaga sendiri punya kayhh..xperlu ganggu orang punya bf/crush..sekiannn

Friday, December 2, 2011

tak faham

  1. Aku tak faham kenapa orang suka menunjuk apa yang dia ada
  2. Aku tak faham kenapa orang tak hargai kawan baik dia
  3. Aku tak faham kenapa orang lagi mementingkan handphone dari orang sekeliling dia.cakap dengan dia pun buat tak tahu je.
  4. Aku tak faham kenapa orang suka ambik bf/gf orang lain.kalau dia sendiri tau pulak sentap kalau orang buat kat dia camtu.
  5. Aku tak faham kenapa orang suka berlagak kaya sedangkan dia biasa2 je
  6. Aku tak faham kenapa orang suka rasa dia cantik tapi sebenarnya err
  7. Aku tak faham kenapa orang suka kutuk minat aku terhadap makeup and books.Rasanya aku tak de la pulak mintak duit orang lain nak beli makeup.Baik aku jaga muka dari ambil tahu pasal orang yang tak mendatangkan faedah langsung
  8. Aku tak faham kenapa orang suka jerit2 bila cakap dengan orang lain.Sorry aku belum pekak lagi
  9. Aku tak faham kenapa orang tak suka ckp sorry,please and thank you.Susah sangat ke?
  10. Aku tak faham kenapa orang suka rasa dia betul je.Tolonglah beralah sikit
  11. Aku tak faham kenapa orang tak bersyukur dengan apa yang dia ada.
Apa yang aku cuba sampaikan kat sini bukan la nak cakap sape bagus sapa tak bagus. Sometimes i just don't understand why people so hardly to apologise, suka salahkan kawan baik yg dia dah kawan bertahun2 disebabkan perkara kecik je pun. Tolonglah fikirkan apa kebaikan yg dia dh buat kat kita instead of kita nak marah dia tak tentu hala. Dan cuba la fikir ada tak kita pernah gembirakan kawan kita atau tidak.

I'm not perfect too but i'm also trying to improve myself to become a better person,so do you. Please take note, smile n silent means hurt.Bukannya orang tu takde perasaan bila dia diam dan janganlah sesuka hati pijak kepala orang ya.Fikirkan lah kebaikan seseorang tu dari keburukan dia.

Sorry,this might sound harsh but I just want to tell you please be nice to people and believe in karma.

Friday, November 11, 2011

Review product simply siti :)




Okayhh lama bebenor tak update pasal makeup ni.Sorry ye..busy sikit bila dah masuk degree ni.. hari tu dah lama dah pergi jalan-jalan dekat Ipoh..then masuklah Watson.Bila dah masukk Watson ni dah agak dah mesti keluar dari situ mesti ada je barang yang nak beli..

So, time tu bulan October yeahh ada propmotion simply siti.Selama ni, asyik dok try tester je. Promotion eye color rm 12.90 beli 1 FREE 1 lagi..kami saling berpandangan dan apa lagi? terus rembat. Amik colour purple youuu and smokey green (kalau xsilap sebab x bawak balik eyeshadow tu,lupa namanya apa)

Balik terus TRY eye shadow ni. For me, eye shadow ni a bit dusty but bila apply ia LEKAT!.seriously..selalu yang kalau eyeshadow dusty ni x bpe nak lekat. So, bila nak apply eyeshadow make sure apply loose powder bawah mata dulu tau. sebab bila dusty dia akan jatuh kat bawah mata.Tak nak la smudge2 kan kat bawah mata tu.

Yang tadi tu pasal color purple. Yang ni pulak pasal kaler hijau tu yang smokey. Ini agak menguji kesabaran. Bukan apa, kalau kita apply warna tu kat mata, ia akan nampak macam kaler hitam. Eyeshadow ni ada glitter skit kaler gold. Bagi tak nak nampak rugi bila dah beli eyeshadow ni, aku blend dengan kaler hijau yang lain.Hasilnya, sangat cantik! kena pandai blend tau and kena buat eksperimen campur2 kaler.

here the picture..(tapi kaler hijau tu xde sebab ada kat perakk)



lagi satu kitaorang rembat lipgloss simply siti sebab dengan PWP (purchase with purchase) dapat dengan harga RM 10. Sangat memuaskan hati.Lip gloss sangat cantik. Kitaorang main bantai je apply dengan lipstick kaler apa-apa pun.Suka hati je..:P



Friday, October 7, 2011

Short update..

- Dah lama tak post any entry since dah masuk belajar...harap bersabar sebab kami tiada broadband tapi cyber cafe belakang rumah jerr..

- Yeay,dapat belajar satu campus sama-sama. Kami dua-dua sekarang di Seri Iskandar, Perak...

sekian dari kami..xoxo..

Friday, September 9, 2011

Apa-apa jelahhh..

1. Aku suka pergi beraya dan suka je orang beraya rumah aku.Yang aku tak sukanya bila orang sibuk nak meng"up"kan diri sendiri.Anak you amik apa? anak I ni bijak sangat amik course yang susah2...*so sengal.Pastu suka menilik orang dari atas sampai bawah..lagi sengal..

2. Pergi beli barang kat Tesco, pastu nampak dua orang awek rambut perang gilerr.Yang lawaknya, gaya dah urban dan metropolitan tapiiiiiiiii speaking kedah...ommmmjayyyy, apakah?? lagi best, adik aku cakap dengan mak aku since mak aku pun orang kedah, dia cakap "sedaq la diri tu sikit,dahla dari kodiang" (tiru gaya matluthfi dalam vlog dia)...haha..jangan marah orang kedah..aku pun half kedah jugakkk..

3. tax prepaid 6%.kecoh kat fb semua. bertambahlah lagi syllabus taxation aku.tiap-tiap sem akan berubah syllabus dari segi percent, calculation dan sebagainya..

4. comel giler "the smurf". ececehhh,mentang2 baru menang contest tu. tapi betul lah comel..

5. Kecewa betul bila pergi KRU studio, tak jumpa KRU pun.Orang lain pergi at least jumpalah salah sorang.Niat di hati nak jumpa Yusry tapi maybe Yusry sibuk dating dengan Lisa Surihani.. :p

6. baru terasa aura nak masuk belajar.naik lemau duduk rumah. cuti dah habis bro..haha.

7.Finally dapat jugak kitaorang belajar satu kampus.Seri iskandar,here i come!!!!

Thursday, September 8, 2011

Menang contest lagi..Alhamdulilah thanks KRU TV.

Assalamualaikum.Hye guys! Rasanya dah lama gila tak update blog, busy sgt dengan raya,reunion sekolah rendah,preparation for degree and macam2 lagi lah.
 Dalam beberapa hari nak raya haritu aku ada la masuk contest filem "Smurf" kat KRU TV.Seperti biasa aku saje2 la try join contest ni, lagipun simple je contest dia walaupun aku tak tau sangat citer "Smurf" ni camner. Alhamdulilah, Isnin lepas masa aku on9 fb diorang dah umumkan pemenang dan aku adalah salah seorang pemenangnya.

Lepas dah bagi details, staff diorang call tanya boleh tak collect hadiah dekat KRU Studios,Cyberjaya.Aku pun cakap je la boleh lagipun nak jugak tengok macam mana rupa studio baru diorang. Jauh jugak Cyberjaya ni tapi kitaorang ikut Highway MEX so cepat sikit la sampai.Thanks to Nadya coz bawak aku kat sini.Mula2 macam nak sesat tapi nasib baik sampai jugak kat situ.

Yang aku tak boleh blah tu guard kat KRU ni pun dengar lagu diorang masa aku nak tulis buku pelawat tu, masa tu aku dengar diorang pasang lagu "3 kata", overall aku happy la jugak dapat pergi sini tapiii aku tak jumpa pun norman,edry or yusry maybe diorang busy kot.Agak terkilan kat situ,aku pun segan nak tanya staff kat situ. Kalau dapat jumpa diorang mesti lagi best,manatau boleh terserempak Yusry tengah dating dengan Lisa ke,hihii.Takpe lah takde rezeki.


ni lah contest yang aku masuk tu




Staff kru ni mintak aku pegang hadiah coz diorang nak amik gambar.Katanya nak letak dalam Fb diorang.
nama aku yang no.2
























Sunday, September 4, 2011

Raya 2011

Selamat hari raya aidilfitri buat semua..walaupun dah raya ke berapa dah ni. Honestly, memang malas nak update.Bukan apa agak buzy sikit di hari raya ni. Tahun ni kitaorang raya dekat kampung Negeri Sembilan. So, kalau dah raya sini memang malas nak lawa-lawa sangat. Mekap ala kadar je.Paling best pakai tudung ekspress je.

Dekat kampung ni tak ramai orang sangat plus fikir nak buat kerja bagai dekat dapur membuatkan aku malas nak melawa sangat.Petang raya pertama dah choww pergi kedah pulak.Ya,tiap-tiap tahun kami akan balik kedua-dua kampung.Selalunya aku dengar orang akan balik 1 kampung je tapi tidak dengan family aku.Parents aku akan balik dua-dua kampung. For them,bila lagi nak berbakti ibu bapa.Takkan bila dah takda baru nak balik kampung??? menyesal tak sudah je nanti.Bila dah balik bolehlah sediakan keperluan apa yang patut kat kampung tuuu.

Sangat sederhana raya tahun ni.Biasa-biasa je.Bukan bermakna kita berhabis banyak kita happy.Ni kadang-kadang tak beringat habis kat baju je dah beratus.Shopping tak ingat dunia.Buat-buat mampu.Lepas raya ikat perut.Tula biar papa asal bergaya katanya.Kalau tak kacau orang takpe, ni takkk..

Entry ni aku tak letak gambar lagi dan aku tak tau lagi nak letak ke tak.Gambar tak transfer lagi ni.Nak edit lagi( bukan nak edit beria pun! ).Owh ya, raya ni tuk kedah aku paling happy sebab family bersatu kembali.Alhamdulilah..Raya ketiga buat kenduri kesyukuran dekat kampung kedah.Sekali lagi dari pagi duduk bertapa dekat dapur.Muka berlemuih masing-masing..Akhir kata Salam Aidilfitri semua!!!!


Thursday, August 25, 2011

Beraya bersama Maybelline..


Setelah berjanggut kami tunggu hadiah dari Maybelline akhirnya semalam rabu (24/8) sampai juga postman ke rumah.

Our parcel.They put in together since we inform we're twins.


Our prize. from left (top): mascara magnum volume express, bb cream
(natural),eyebrow pencil, lip smooth colour bloom pink blossom and peach
blossom..

Baru ingat nak beli lip smooth colour bloom since dorang kata besstt kat fb Maybelline.Tapi fikir balik macam dah banyak jerr lipstick plus lipcare yang dah ada.So, ku pendamkan hasrat tu dulu. Last2 dapat freeeeeeeee ...alhamdulilah :) sama jugak dengan bb cream ni.Aku dah try dan sangat sesuai dengan kulit. Untuk kulit sawo matang or just so-so je, kaler natural memang sesuai. Rasanya tengah ada diskaun untuk bb cream ni ..

Anyway,thanks Maybelline NY Simply Fabulous facebook..:) Lepas ni rajin-rajinlah tengok page dorang.Mana tau turn korang pulak menang...

Tuesday, August 23, 2011

So Random 9






Pagi ni aku boring, so aku bukak makeup box aku then conteng2 la muka aku ni.Aku mintak tolong kakak amik kan gambar.Gambar ni kat luar rumah je,malas nak gi jauh2.I'm still need to improve my makeup skill,yeah i'm still in learning process.Tak expert pun takat nak makeup light2 tu boleh la.Aku pakai naturactor je malas nak guna kryolan nanti lama lak aku nak remove makeup ni.

Friday, August 19, 2011

Kad Raya yang semakin pupus..

I'm still kad raya lover even there no kad raya in future.Masih lagi teringat feel masa dapat kad raya dulu, sanggat happy. Sambil tukar-tukar kad raya dengan kawan-kawan.Hari-hari tunggu postman datang, semangat nak tengok ada kad raya untuk kita tak.

Even sekarang ada e-card,sms dan mms tapi macam tak berapa nak feel dan tak berapa nak samapi maksudnya. Sebab? Orang lain yang buatkan sms tu pastu kita forward je kat semua orang.Lepas habis raya delete.So,macam takde something yang boleh disimpan. Aku tau kad raya a bit costly.That's why orang tak nak hantar kad raya sekarang.

Tahun ni aku memang ada hantar kad raya dekat kawan-kawan. Susah kemain nak cari kad raya ni. Mula-mula aku fikir mesti dorang kata aku old school,lame or cliche.Tapi aku memang nak bagi dan apa yang aku tulis tu betul-betul aku maksudkan begitu.

Aku tak harap balasan just i hope they will keep that card and accept my apology...tu je.Nothing much i can ask.

Tuesday, August 16, 2011

Kisah Ikan Keli

Semalam kitaorang pergi bazaar ramadhan dekat rumah aku jerr.Nak kata bazaar tak jugak tapi bolehlh kot dipanggil bazaar. Aku belilah kerabu perut dalam RM2. Then,makcik sebelah aku tanya kakak yang jual tu harga ikan keli masak sambal tu berapa? tau tak berapa? RM 4 hennggett. Padahal tak besar mana pun

Murah ke mahal? aku tak taulah korang rasa murah sebab kitaorang memang penggemar ikan keli yang setia sehinngga berjaya mempengaruhi rakan-rakan yang lain ikut serta menjadikan ikan keli menu wajib untuk makan tengahari :) So, memang dah boleh tau range harga yang akan dijual.Paling murah pernah makan RM 1.50.Tapi kalau kat KL memang tak dapatlah derr harga ni. Paling mahal pun maybe dalam RM 3-RM3.50. Tapi yang ni memang besar gilerr ikan tu. Memang berbaloi lah kan beli.

Yang aku tengok ni memang macam sedapp tapi agak kecik nak kata sederhana pun tak jugak.Kalau ikan keli percik RM5...Paling mahal aku pernah makan pun ikan keli bakar dekat belakang masjid Negara tu.Kat situ ada medan selera dan orang semua kata sedapp.Aku tak tau berapa harga dia sebab ayah aku yang bayar in total..

Kalau beli kat pasar borong (belum masak lagi) sekilo adalah dalam RM4. Kalau dorang jual rm4 seekor ikan keli,memang sanggattt lahh untunnngggg. Bagi aku lah, ada sesetengah peniaga time bulan pose ni jela dorang berniaga,so time nilah dorang nak kaut untung banyak2. Tu kadang-kadang, tengok je kat bazaar ramadhan banyak gerai jual makanan tapi bukan semua sedap pun.Sebab apa? sebab dorang tak biasa buat dan tak biasa berniaga.

Ya,aku tau berniaga memang bagus.Islam pun galakkan. Tapi agak-agaklah sampai nak untung melampau-lampau sangat. Tu tak bagus.


Wednesday, August 10, 2011

So Random 8

1. Pergi Giant nak beli barang, semangat benor dah pasang lagu raya bagai. Bila balik bukak FB, tengok status kawan aku "baru 9 hari puasa tapi pasang lagu raya macam tinggal 9 hari lagi nak raya!" samalah situasi kita :)

2. Tak habis-habis pasal gosip orang putus tunanglah, nak kawen grandlah. Biarkanlah mereka itu.Yang tak boleh blah,kadang-kadang orang yang takde kena mengena yang emo lebih.

3. Sekarang aku dok layan lagu ost "ketika cinta bertasbih-ramadhan special". Aku kan tak sabar, so aku pergilah tengok kat youtube,pastu tok second part drama tu dorang tukar lagu Wali Band-Ya Allah. Sangat terkesan lagu tu di hati.Sangat syahdu..Harap-harap dapat memberi manfaat pada semua...aminnn...

4. Patutnya bukak puasa dengan anak yatim kat Menara TM tapi tak jadi sebab CEO of my heart macam tak berapa nak sihat..takde rezeki kali ni..

5. Tahun ni Insya-Allah raya Negeri 9 dulu pastu baru balik Kedah. So, tak dapatlah nak berbuka puasa di highway.Sangat best bukak puasa dekat RnR ni. Yang tak bestnya waktu bukak puasa belah utara biasanya lambat dari KL.

6. Mak dah suruh cari baju untuk konvo. Ingat nak beli siap je.Kelas ko..haha.Tapi mak kata kalau baju cantik pun bukannya nampak sebab pakai jubah konvo kan..

7. Kalau boleh nak settle hal masuk degree dalam bulan ni jugak sebab nak pergi beraya rumah kawan-kawan.Dah lama tak rasa beraya sejak sambung belajar. Mana taknya,time raya tulah ada assignmentlah.Tak pun cutinya sangat sekejap..

8. Ada nak bagi something untuk kawan-kawan.Ikhlas dari hati. I really mean it. Aku tak tau kenapa tapi memang nak bagi. Tunggu jelah nanti...Hope dorang suka dan aku tak mintak balasan pun :)

Monday, August 8, 2011

Baju Kurung

Jujur aku memang tak reti nak beli baju kurung readymade. Bukan apa sebab biasanya memang mak aku yang jahit. Mak aku seorang yang multi-tasking. Menjahit boleh,mengemas boleh, memasak lagilah boleh! hehe.

Kadang-kadang teringin gak nak beli baju readymade.Tapi bila dah try2 mesti tak kena.Tangan labuh tapi baju singkat.Kain takde masalah sangat cuma baju je problem. Lebarlah, singkatlah,besarlah macam2. Maybe sebab tak biasa beli.

Kalau jahit sendiri bolehlah beli kain mahal sikit.I mean yang berkualiti sikit. Bolehlah pakai lama sikit. Sayang je nak beli siap sedangkan kita tau jahit sendiri. Bila beli kain biasanya kitaorang tak fikir-fikir.Sampai orang jual kain pun tegur "akak ni tailor ke?" Mak aku jawab "a'ah, tapi biasanya jahit baju anak-anak je.Amik tempahan pun sikit-sikit je sebab takde masa nak jahit.kenapa?"."Takdelah saya tengok akak beli kain grab je nak yang mana.Tak kisah harga.Selalunya orang fikir-fikir.Contoh, kalau kain rm60 kena fikir upah jahit lagi.biasa customer saya macam tu kak"..alkisahnya..:)

Baju yang aku beli readymade ada 1 je kot. Kalau tak silaplah. Tu pun time angah aku kawen.Kononnya nak seragam,so semua pakai baju kurung moden chiffon.Siap ada manik lagi. Kalau baju camni mak aku bagilah beli sebab nak jahit sendiri memang bole berapi. Sebab kain chiffon tau jelah susah nak jahit pastu nak buat lining lagi plus nak jahit manik lagi.Baik beli siap.



p/s: tapi nak beli baju readymade jugak tahun ni..tengoklah nanti..:p

Thursday, August 4, 2011

Dari Dia kita datang,dari Dia jugalah kita pergi




Antara koleksi novel Liana Afiera yang aku ada

Semangat pergi rumah dia mintak autograph lepas balik dari book fair:)


Siapa yang pernah baca novel Liana Afiera Malik?Aku one of her fan.Aku ingat lagi aku start beli novel dia time darjah 6 dalam tahun 2002.Aku share beli novel "Eh iye ke ni?" dan "Jealous la pulak" dengan kakak(Nadya).First time kot aku baca novel time tu, dah la masa tu dah nak dekat UPSR. Boleh pulak aku simpan dulu novel tu konon2nya nak baca habis UPSR nanti, tapi aku curi2 baca sikit2 masa exam PSRA.hehee

Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh tertarik dengan novel tu. Maybe cerita dia pasal kembar kot yang aku rasa tertarik sangat nak baca.Nama pun unik jugak Yonna dan Yonni. Masa tu aku tak tahu novel ni jenis bersambung, aku main beli je. Sepatutnya baca "Eh iye ke ni?" then "1,2,3 I love you", "Jealous la pulak", "Dah kata dah" and "Sakitnya rindu ini". Tak silap aku novel yang "jealous la pulak" tu aku beli dua kali.Sape tah pinjam tak tahu nak bagi balik.

Lepas tu aku ada baca gak novel dia yang tebal gila tu iaitu "Bukan Puteri Lindungan Bulan".Novel ni aku tak beli pun just pinjam kat kawan ke senior aku tah.Aku sendiri dah tak ingat. Then, satu hari tu ayah aku bagitahu aku yang Liana Afiera ni jiran aku. aku tak tahu la pulak coz aku ni jarang keluar rumah and masa Form1 sampai form 3 aku sekolah asrama so aku tak de banyak masa kat rumah.

Lepas dah tahu dia jiran aku, kitaorang pergi rumah dia sembang2 sikit pasal novel dia.Ada gak aku tanya apa dah jadi kat Kuzer Kushairi dalam novel tu.Dia cakap dia sendiri pun tak tahu coz dia suka buat cerita tergantung.Perangai kak Liana gila2 gak sama macam watak dalam novel dia. Tahun bila tah dia pregnant anak first lelaki yang bestnya nama anak dia pun Kuzer gak tapi Kuzer Hakimi lah. Sekarang dia dah ada 3 orang anak.

Personally aku tak lah berapa rapat dengan dia sangat tapi adik aku rapat dengan adik dia.Even dia dah pindah rumah adik aku still contact2 dengan adik dia. Ahad lepas adik aku bagitahu yang Kak Long dah meninggal.( kitaorang panggil Liana, Kak Long). Aku macam terkejut la jugak, khabarnya dia dikebumikan dekat perak sebelah kubur mak dia. Alfatihah.

Wednesday, August 3, 2011

Not so independent..

Aku rasa aku jarang citer kisah hidup aku dekat dalam blog ni. Aku macam tak suka sangat nak share personal dengan orang. Memang ada orang suka share tapi tu cara dia. Aku share mana yang patut jela.

Dalam meniti kehidupan seharian aku yang makin dewasa (waaah,ayat mintak sepak! haha), aku discover banyak benda aku lakukan sendiri. Berdiri diatas kaki sendiri = berdikari. Nak buat apa-apa buat sendiri. Yang aku tau ayah aku tinggal nak sain je. Dulu parents isikan borang, bila nak beli kasut ayah duduk sebelah aku, tengok kaki muat ke tak tapi kan dah besar. GET REAL lah! takkan nak buat semua tu lagi. Buatlah sendiri.Tu aku bagi contoh yang macam ridiculous je kalau still nak suruh parents buatkan untuk kau.

Lepas habis SPM, semua aku buat sendiri dengan pertolongan adik beradik.Lagi-lagi bila belajar jauh dengan kawan-kawan jela kita bersama. Nak uruskan urusan yang penting pergi sendiri,bayar sendiri and etc..Aku banyak belajar dari mak aku jugak. Betullah orang kata parents memang role model.

Mak aku tak pernah harapkan ayah aku.Kalau kawan-kawan aku bil semua ayah dorang uruskan. Aku tak, ayah bagi duit pergilah bayar sendiri. Yang penting pergi settlekan. Macam mana caranya pandai-pandailah. Mula-mula aku terfikir asal lak nak suruh-suruh,pergi jela lagi-lagi satu jalan.Tapi bila pikir balik memang patut pun.Kalau tak sampai bila tak reti nak buat sendiri.

Aku ada baca kat majalah,paper yang banyak wanita yang bercerai totally lost dengan hidup dorang.Mana taknya before this semua husband yang uruskan.Bila dah takde pape kelam kabut hidup.Oklah, bukan kata bercerai je.Let say if husband tu meninggal? sama je kan situasinya.

Uruskan hal sekolah, urusan perbankan, uruskan tax, cakaplah apa-apa pun semua mak aku buat sendiri.Maybe sebab mak aku cikgu, so ada banyak masa nak uruskan hal-hal penting ni. Aku rasa ayah aku saja je suruh aku pergi bayar bil supaya aku sedar pasal tanggungjawab semua.Bila aku tengok aku terfikir,bila zaman aku jadi parents nanti, aku ada ke duit sebanyak tu untuk tanggung family?

Senang je kan nak mintak DSLR satu, laptop satu macam mintak teh tarik.Padahal parents susah-susah cari duit,kita senang je nak mintak. Aku kalau boleh nak guna duit sendiri.Shopping duit sendiri, cari duit sendiri untuk beli barang impian aku...

Aku belajar pun buat loan.Tak payah tanya loan apa kan.Ada orang kata tak nak pinjam loan sebab hutang, tak independent harap duit orang and whatsoever. Masing-masing ada pendapat sendiri. Bagi aku, aku memang tak nak guna duit parents aku.Bila dapat duit tu aku manage betul-betul finance aku dan alhamdulilah cukup sampai akhir sem.

Aku tak perlu segan/serba salah nak mintak duit kat parents, tak perlu rasa bersalah kalau result tak seberapa so takdalah kedengaran seperti "ayah dengan mak penat2 tanggung kau belaja tapi kau main-main" hehe..maybe ada sesetengah parents camtu.Parents aku tak lah just bila kau dah masuk U pandai-pandailah fikir masa depan sendiri.

Kalau nak kata pasal hutang,banyak je dalam hidup ni kita hutang.Credit card? bukan hutang? beli kereta hutang jugak. Banyaklah lagi. Kalau tak tau/tak pasti tentang sesuatu banyakkan lah cari info.Gunakanlah function google sebaiknya.

Aku tak rasa semua pendapat aku betul. Bagi aku, setiap parents ada cara masing-masing untuk didik anak. Kalau tak takdelah quote " macam mana acuan begitulah kuihnya" ---aku dah macam ingat-ingat lupa full quotation ni..huhu...

Tuesday, August 2, 2011

Ketika Cinta Bertasbih-Ramadhan Special


Sekarang tengah melayan sinetron ketika cinta bertasbih-ramadhan special ni dekat astro Bintang -saluran 141. Channel ni free sampai 14 Ogos jekk. Channel ni dalam pakej Indo Pack. Sekarang semua nak kena langgan.Elok je dulu dalam astro Prima dengan Ria tapi semua nak kena asing..mencik doe camni (gaya anwar hadi)..:P

Aku memang tengok citer ni dari movie lagi.Ada 2 movie, ketika cinta bertasbih 1 dan ketika cinta bertasbih 2. Lagu dia pun feveret aku jugakk. Bagi aku citer ni ada banyak mesej. Semua pelakon kena pergi casting dulu before berlakon dalam movie ni. Dorang memang nak pelakon yang pakai tudung dan betul-betul ada ilmu dalam agama untuk berlakon dalam movie ni. Kalau tengok movie pertama dekat last-last tu ada tunjuk camne dorang semua terpilih jadi pelakon.

Ketika Cinta Bertasbih-ramadhan special ni actually dah keluar kat Indonesia last year (2010). So, lepas 14 Ogos ni aku dah tau nak tengok kat mana citer ni. Bye astro..hehe

Apa yang aku suka dengan sinetron ni:

- banyak mesej
- dalam dialog mereka ada diselitkan hadis dan ayat Al-Quran mengikut kesesuaian situasi mereka masa itu. (Al-Quran memang seharusnya dijadikan panduan hidup)
- aku suka tengok Husna yang bijak menyusun kata-kata dan pandai memberi nasihat tanpa memaksa seseorang berubah.
-aku suka tengok Furqan sebab dia ada dimple yang cute.~out of topic~
-menyedarkan diri sendiri. Terasa kerdil bila tengok citer ni.Rasanya banyak kekurangan berbanding mereka yang lagi tinggi ilmu agamanya.

Apa yang aku tak suka:

-bila movie jadi drama lagi banyaklah dramanya. Cuma dalam citer ni takdalah melalut cam sinetron yang lain.

- makin banyak episod berjela-jela.

Apa pun yang baik dalam citer ni bolehlah diikut. Tak silap aku penulis buku ni pun ada berlakon jugakk (citer ni diadaptasi dari buku)...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.~hadirmu di nanti,pergimu di tangisi~

C.I.N.T.A

Aku tak tau kenapa nak update pasal cinta ni..haha.Obviously, aku bukan nak update pasal kisah cinta aku ke apa.(aku kan single..hehe)..just semalam aku dengar lagu kat radio dengan dengok drama kat tv, semua tajuk lagu dan drama sekarang mesti nak kena ada word "cinta"..

Ni contoh lagu/drama/movie:

-ayat-ayat cinta (lagu/movie)
-stanza cinta (drama)
-atas nama cinta (lagu)
-tahajjud cinta (drama)
-ketika cinta bertasbih (lagu/movie/series)
-tasbih cinta (sinetron)
-kitab cinta (drama)
-ku telah jatuh cinta (drama/lagu-agnes monica)
-terlalu cinta (rossa)
-cinta muka buku (najwa latiff)
-cinta kirana (sinetron)
-cinta melody (sinetron)
-cinta matiku (ost drama hani)
-cinta kristal (famous dalam movie hantu kak limah)
-cinta teragung (hazama)
-ada cinta (irwansyah and acha)
-love is cinta (movie)
- dokter cinta (lagu)
- cinta (lagu/movie)

ni jela yang aku dapat fikir. asal aku buat ni?? ni namanya bosan tahap dewa..:P

Tuesday, July 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Jom kita join sama-sama. Mari bersama-sama kita exchange link dan menambahkan kenalan kita..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...