Tuesday, August 2, 2011

Ketika Cinta Bertasbih-Ramadhan Special


Sekarang tengah melayan sinetron ketika cinta bertasbih-ramadhan special ni dekat astro Bintang -saluran 141. Channel ni free sampai 14 Ogos jekk. Channel ni dalam pakej Indo Pack. Sekarang semua nak kena langgan.Elok je dulu dalam astro Prima dengan Ria tapi semua nak kena asing..mencik doe camni (gaya anwar hadi)..:P

Aku memang tengok citer ni dari movie lagi.Ada 2 movie, ketika cinta bertasbih 1 dan ketika cinta bertasbih 2. Lagu dia pun feveret aku jugakk. Bagi aku citer ni ada banyak mesej. Semua pelakon kena pergi casting dulu before berlakon dalam movie ni. Dorang memang nak pelakon yang pakai tudung dan betul-betul ada ilmu dalam agama untuk berlakon dalam movie ni. Kalau tengok movie pertama dekat last-last tu ada tunjuk camne dorang semua terpilih jadi pelakon.

Ketika Cinta Bertasbih-ramadhan special ni actually dah keluar kat Indonesia last year (2010). So, lepas 14 Ogos ni aku dah tau nak tengok kat mana citer ni. Bye astro..hehe

Apa yang aku suka dengan sinetron ni:

- banyak mesej
- dalam dialog mereka ada diselitkan hadis dan ayat Al-Quran mengikut kesesuaian situasi mereka masa itu. (Al-Quran memang seharusnya dijadikan panduan hidup)
- aku suka tengok Husna yang bijak menyusun kata-kata dan pandai memberi nasihat tanpa memaksa seseorang berubah.
-aku suka tengok Furqan sebab dia ada dimple yang cute.~out of topic~
-menyedarkan diri sendiri. Terasa kerdil bila tengok citer ni.Rasanya banyak kekurangan berbanding mereka yang lagi tinggi ilmu agamanya.

Apa yang aku tak suka:

-bila movie jadi drama lagi banyaklah dramanya. Cuma dalam citer ni takdalah melalut cam sinetron yang lain.

- makin banyak episod berjela-jela.

Apa pun yang baik dalam citer ni bolehlah diikut. Tak silap aku penulis buku ni pun ada berlakon jugakk (citer ni diadaptasi dari buku)...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.~hadirmu di nanti,pergimu di tangisi~

6 comments:

  1. Sama suka tgk drama ni..
    Ni la 1st drama Indon yg sy rse xmelalut spt drama2 indon yg laen..
    straight to the point lah..
    Plakon2 mmg bgs..even watak adek beradek atau suami isteri..plakon xbersentuh pon..laen dgn drama msia..wpon pakai tudung..tp bila bab2 adek beradek ke..suami isteri..mesti ade sentuh2 gak wpon salam tgn...
    Drama ni pon xla byk..52 episod aje..tp itu la..kne langgan lak kan indo pek..
    semata2 drama ni..rasa nya tak laaa...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sokong....ni la drama pertama yg saya paling sokong

      Delete
  2. haslinda: ya mmg betul dlm drama ni diorang tak bersentuh pun.drama kat msia pelakon2 diorang suka sangat nak jadi watak yg betul2 dalam skrip tu sampai sanggup mengenepikan agama dan batas2 yg sepatutnya.btw,rasanya kat youtube ada citer ni.

    ReplyDelete
  3. Saya pun tengok gak KCB ni...MEME best arrr...Pelakon2nya pun bagus2 ;D

    ReplyDelete
  4. saya pun suke tgk. terasa bertapa jahilnya diri dlm bab agama bila tgk citer nie. byk beri pengajaran pada sy...pas nie kena tgk kat youtube je r...nak langgan astro indo pek semata-mata nak tgk citer nie....tak mungkin...

    ReplyDelete
  5. drama ni memang bagus utk ditonton.cara dakwah yang mudah dan bukannya dipaksa-paksa.Senang untuk orang menerima..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...