Saturday, March 23, 2013

Cara-cara pemakaian TABITA skincare

Okay seperti yang dijanjikan disini saya nak share cara pemakaian tabita skincare. Sebenarnya saya mula pakai produk tabita ni masa bulan September 2012. Saya beli yang exclusive set dan kongsi dengan kembar saya.

Masa saya pakai produk ni lagi 2 minggu je nak masuk uitm., masa tu takut la jugak kan kalau kulit muka masih menggelupas.

Masa 1st day pakai takde rasa apa2 lagi. Time tu rasa "mesti tak menggelupas kulit aku ni".. tapi sebenarnya menggelupas jugak.

Hari kedua, masa cuci muka tu rasa muka macam pedih je. Memang cepat2  basuh muka, lepas dah basuh muka saya tak terus lap muka. Saya tunggu muka kering sendiri. Ramai yang bagi tips kalau nak muka cepat kering, duduk je depan kipas. #jangan lap dengan tuala tau


Lepas muka dah kering saya apply toner, masa tu Ya Allah pedihnya muka! masa tu rasa macam takut la jugakkan. Then saya terus apply krim siang.

Untuk malam pun saya buat benda yang sama. Contohnya cuci muka-biar kering sendiri-toner-krim malam.
Hari yang seterusnya, lepas cuci muka je mesti rasa tegang dan pedih lagi. kulit pun dah start menggelupas. Bila mak tengok muka kitaorang macam tu mak macam dah risau takut ada apa2 effect.

Time tu saya banyak la juga baca review kat blog lain yang pernah pakai tabita juga, ramai yang advice tunggu dulu 2 minggu lepas tu kulit jadi ok balik..Ya masa tu memang tabah la jugak dlm 2 minggu then lepas tu dah takde menggelupas ke apa.

Ada jugak yang bagi tips, kalau tak nak pedih @ meggelupas boleh kurangkan toner. 

Alhamdulilah masa sambung study balik kulit dah jadi normal dah. Kulit pun jd cerah and jerawat pun kurang.

Pada sesiapa yang tanya "kalau stop pakai kulit jd teruk ke?" Okay macam ni kalau macam saya, saya pernah je terlupa nak pakai tabita ni, biasalah life as a student memang busy. Kadang2 buat assignment sampai tengah malam saya terus tertido so memang terlupa lah nak pakai. Pagi pun macam tu kelam kabut nak pergi kelas tak sempat nak pakai krim ke apa.

So far, kulit takde effect apa2 pun. Tabita ni bukanlah produk yang 'ikat' kita. Maksud saya kalau kita stop pakai kulit jadi teruk, bila kita teruskan pakai kulit ok pulak. Tabita bukan macam tu ya.

Okay itu je saya sharekan hari ni, insya Allah saya akan share muka sebelum pakai tabita. Saya juga mengalu-alukan sebarang pertanyaan kepada saya.
 email saya di dyadyra.biz@gmail.com  atau sms 013-3621872 (nadia)

Till then.xoxo


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...