Saturday, December 15, 2012

Review: Buku Fixi

Holla readers...

Pernah dengar tak pasal publisher buku nama FIXI? bukan basikal fixie tu yea..:P Alah yang ada keluarkan novel KELABU yang super duper awesome books tu lahhh... aku rasa aku agak terlambat jugak tau tentang kewujudan buku-buku genre dia lain dari yang lain ini. Aku tau pasal kewujudan buku FIXI ni masa pertengahan tahun ni, around bulan 6 or 7 camtu (maybe)...


               
                                             
                                                   
First buku yang aku baca adalah KELABU. Actually aku ada nampak ada seorang budak ni pegang buku-buku FIXI antaranya KELABU. Dan aku agak tertarik antara banyak-banyak buku yang dipegang tu adalah novel KELABU. Sebab? cover dia lain dari yang lain. Mostly aku baca review Novel KELABU, ramai yang tertarik nak baca disebabkan "cover buku" itu sendiri. Time aku nampak buku tu, tempat yang aku nampak tu ada wireless.Aku terus google review novel KELABU. Bila baca review ramai kata besttt.

Bila aku balik KL, merata aku cari buku tu. Banyak kedai tak jual buku FIXI, if ada pun susah nak cari( pada masa tu yea, sekarang dah ada banyak jual. even kedai buku 1 Malaysia pun ada jual). Last2 aku jumpa dekat kedai buku depan SOGO, Pustaka Mukmin kot nama kedai tu. Kejap, nak puji sikit kedai ni. Aku sangat impress dengan uncle kat situ. Dorang memang ingat every single book kat situ. Bukan setakat tajuk2 novel yang berlambak-lambak je, buku-buku universiti yang lain pun dorang ingat siap tau nama penulis! (maybe bagi korang biasa je, tp aku memang salute dengan dorang). Lagi satu, masa nak bayar aku gamble je tanya ada diskaun ke tak padahal dorang memang takde pun buat sale ke apa. Tapi uncle dengan baik hati terus bagi diskaun 10%..hehe..Nasib baiklah aku bertanya,kalau tak tak dapatlah diskaun.

 Back to my story about KELABU, aku mula-mula agak takut nak baca sebab takut tak best...My twins baca dulu then baru aku baca. Dia kata besttt giler. Yup, memang best. Serius best. Lain dari yang lain. Aku ada pendapat sendiri bila baca  buku ini. Penulis (Nadia Khan) ada sesuatu yang dia nak sampaikan pada readers dia. Buku ni memang awesome. Kisah yang sangat santai, bahasa yang sangat lepak dan jalan cerita yang "fresh". Perjalanan cerita "Amir" yang akhirnya berubah sangat terkesan pada aku. Jarang orang buat novel pasal pengkid. Balik-balik pasal tomboy, tak pun kena kahwin paksa then jadi cerita yang sweeet and happily ever after.

                                      

Lepas KELABU, aku start beli buku-buku keluaran FIXI yang lain. Macam JERAT, MURTAD, TABU, PECAH, HILANG and BOLA (antologi cerpen). Aku macam dah 'addict' nak baca buku-buku dorang. Aku sendiri tak percaya, aku dah berubah genre. Maksud aku, baca novel yang bukan lagi konsep cinta sepenuhnya. Macam Pecah lebih ke arah banyak aksi dan strategi nak rompak bank, MURTAD- memburu orang murtad. Owh, aku suka novel ni sebab kelakar and macam MEN IN BLACK and the best part Hero dia TWINS (like we are, Akhil and Adam would you be our boyfriend??? haha..) Kalau rajin aku buat review kay.

Korang patut try baca novel-novel macam ni. Tak rugi beli banyak yang korang boleh tau dari novel macam ni. Quote 'dont judge book by its cover' memang sesuai untuk buku-buku FIXI ni. Tapi sebelum nak baca, korang kena betul-betul "open" kan mind korang sebab ni bukan macam novel2 biasa yang kita selau baca. Kalau memgharapkan cerita cinta yang sweet,loving and romantik, FIXI bukanlah yang sesuai untuk korang. Buku dorang pasal REALITI dan apa yang berlaku sekeliling kita. Ada kritikan sosial dan mesej tertentu nak disampaikan. Read at your own risk. Kita dah besar untuk menilai mana yang baik dan buruk.(siapa yang dah baca buku2 FIXI akan faham apa yang aku tulis ni)...amik yang positive je kay...


Adios...

p/s: lepas ni nak citer pasal buku-buku "LEJEN' pulak...:P

2 comments:

  1. Ada berminat nak let go mana mana buku fixi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ade buku kacau dengan pakar.nak tak?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...