Thursday, May 31, 2012

Product review: Revlon Beyond Natural Smoothing Primer

Okay actually dah lama dah nak buat review pasal makeup primer ni tapi tak sempat la pulak and aku pun tak pernah cuba lagi so macam mana nak buat review kan?

So, hari tu aku ada gi Ampang Park then guardian ada buat warehouse sale, time aku tengah belek2 barang aku jumpa la makeup primer ni. Sebenarnya aku dah lama dah cari primer ni lepas baca blog kak anna sha (makeup artist). Dia ada gak cakap primer ni ada jual kat watson or guardian tapi dah merata aku cari tak jumpa2 gak.

Alhamdulliah akhirnya dapat jugak, dah la harga pun ok. Kalau ikut kak anna dia cakap range dalam rm 50 tapi aku dapat beli dengan harga rm15 je! that's y aku terus je amik sebab dah murah sangat. Kalau korang tengok gambar kat atas ni pun eyeshadow in 2 it tu pun rm6 je. Kalau normal price memang aku malas la nak beli.

Cara nak pakai primer ni adalah after kita pakai moisturizer and before apply foundation. Antara kebaikan kita pakai primer ni adalah untuk jadikan foundation yang kita pakai tu lagi cantik dan flawless. Bila pakai primer ni yang aku perasan nak pakai foundation pun senang coz permukaan kulit kita jadi licin. Selain itu, dia akan menjadikan mekap kita lebih tahan lama. Ada yang aku baca kata ia juga boleh mengecilkan pori2 kita.

Kalau ikutkan semua MUA sarankan pakai M.A.C prep + prime or strobe cream coz this is the best makeup primer ever even my friends said so. But buat masa ni kedua-dua2 benda ni aku tak merancang nak beli lagi dan takde dalam budget lagi insya Allah ada rezeki boleh beli sikit2.

Then, another best makeup primer yang ramai jugak orang suggest ialah brand Smash box, ada yang kata tekstur lebih kurang macam revlon. Kalau tengok review orang lain, diorang cakap kalau nak murah pakai Revlon pun dah ok. kalau ada yang nak beli brand smash box ni kalau tak silap kat Sephora ada jual.

Tu je la kot yang aku nak share pasal makeup primer ni. Setakat ni puas hati la dengan brand Revlon ni. Nanti kalau aku ada guna yang brand lain aku share lagi kat sini.:))

15 comments:

  1. tgh carik primer..leh la try yg nih hihi..thanks ye ;)

    ReplyDelete
  2. hye yunk...PY singgah n follow sini...

    ReplyDelete
  3. @miss klanika: yup itu mmg tak dpt disangkal lagi

    ReplyDelete
  4. @ana admi: kalau yg 30ml berapa rm ya?

    ReplyDelete
  5. saya kirim dgn kwn yg blaja obersi...RM45 termasuk postage dear, it can last for over 2months, revlon primer ni pun best, and strobe cream especially yg disarankan Mua. kalau minat boleh email saya, ada satu lagi tinggal dgn sy

    sue.admi@gmail.com

    ReplyDelete
  6. @Ana admi: seriously?murahhnyya..yg tu berapa ml punya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak let go mac strobe cream 50mls.baru pakai sikit.ada lgi 99%.retail price rm130.saya nak let go rm50 x termasuk pos.sesiapa berminat boleh contact saya 0193951174(call/sms)

      Delete
  7. saya nak let go mac strobe cream 50mls.baru pakai sikit.ada 99%.x sesuai ngn kulit.rm50 x termasuk pos.retail price rm130.
    sape berminat,contact saya 0193951174,fizah.

    ReplyDelete
  8. hey i was wondering where i could buy the Revlon Beyond Natural Smoothing Primer? i live in malaysia please help!!

    ReplyDelete
  9. where can i buy the Revlon beyond natural smoothing primer in malaysia. i couldn't understand the blog because it was in malay. HELP?!

    ReplyDelete
  10. hai doha mahir, i am so sorry cause you are not understand my blog because it is in Malay. previously i bought the revlon beyond natural smoothing primer in Guardian. i do not know any other places that sell this primer.sorry :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...