Monday, September 30, 2013

Review Lipstick Silky Girl

Hari ni nak review lipstick Silky Girl.Actually memang dah lama cari lipstick colour peach tapi tak nak yang terang sangat. Puas survey sana sini.Dah berkenan dengan lipstick brand MUA tapi takde stockkk..Frust gilerrr. Nak beli lipstick NYX, tapi seller tak bukak pre-order lagi.

Baca banyak review, dorang kata lipstick NYX code Femme tu cantikk..takpe-takpe kumpul duit dulu sementara nak tunggu pre-order.Boleh buat collection banyak-banyak. Semalam pergi jalan-jalan dan macam biasa wajiiibbb masuk Watson. Puas dok calit lipstick yang ala-ala colour peach tapi semua lebih ke arah pink.

Then, cari dekat brand silky girl terjumpa jenis code "33" ada tulis happy moisture rich lipstick..Murah je dalam rm 16..

                                                  

Pro:

-Colour peach yang memang cantik

-Natural look

-Sangat suka sebab semua orang kata warna dia lawaaaa dan nampak fresh je bila pakai

-Harga sangat affordable.

Cons:

-Lipstick ni a bit dry

-Tak lembabkan bibir (mungkin sebab saya suka pakai foundation dulu before pakai lipstick)


Tapi overalll saya suka dan ok je dengan lipstick ni. Satu je pesan, bila beli barang kita tengok harga barang tu dulu. Macam lipstick ni harga rm 16, so berpatutan dengan kualitinya. Janganlah expect lebih-lebih. Lainlah kalau kita beli lipstick yang RM 20 keatas kualitinya memang berbeza.Tapiii kalau yang mahal tapi kualiti rendah, memang bikin panasss..haha


p/s: Jualan tabita masih macam biasa. Grabbb sekarang. Trial set RM 140, Regular RM 290, Exclusive RM320. Semua harga dah termasuk postage yaaa..:) sms 013-3621872(nadia)


p/s: tiba-tiba my entry tentang tudung FAREEDA melonjak naik lepas keluar berita

 Mawar FAREEDA nak kahwin dengan Fizo Omar...tetiba je padahal entry tu dah lama...hehe..peace :P

Monday, September 23, 2013

ATTENTION: HARGA BARU TABITA SKINCARE

Assalamualaikum. memandangkan ada yang keliru dengan harga tabita, kami update lagi new entry.harap2 tak ada lagi yang confuse lagi. Tapi takpe boleh je tanya dekat kami. Kitaorang tak marah :)

Kami juga nak mohon maaf kalau service kami tak memuaskan hati sesetengah pihak.sorry sangat.sepanjang bulan february-julai 2013 kami tengah buat praktikal. so agak busy lagi2 praktikal dekat audit firm balik pun nak dekat malam. so this is one of the reason kenapa kadang2 kami lambat reply mesej customer.

Sebenarnya kami lagi selesa kalau customer text/whatsapp sahaja, kami tak berapa prefer 'call ' lebih2 lagi sekarang kami dah start class balik, takut tak sempat nak angkat nanti customer ingat kita tak nak layan pula.sorry ya.apapun try text/whatsapp dulu insya Allah kami cuba reply.

Sekarang ni kami dah tak buat service C.O.D dah, first reason masa sangat terhad.masa berpraktikal hari tu kami gagah kan jugak nak buat C.O.D tapi sekarang memang tak sempat.semua urusan melalui postage sahaja. second reason adalah keadaan sekeliling yang tak selamat, alhamdulilah setakat ni semua customer nadya + nadyra semuanya baik-baik sahaja. Tapi apa pun kami kena ambil langkah berjaga-jaga jugak.

Lagi satu masa nak dekat raya hari tu ramai sangat yang bertanya kan SUPRA foundation.yang ni pun kami mintak maaf sebab tak dapat nak proses order. please ya customer2 ku sayang, kalau boleh order awal bukan apa ada yang nak pakai esok tapi order hari ni. memang tak sempat nak sampai. reminder ni apply dekat semua produk yang kami jual. bukan apa kami tak nak customer tak dapat barang diorang tepat pada masanya. :))

Last but not least thanks a zillion untuk semua customer Nadya + Nadyra kerana sudi berurusan dengan kami :)


1. Trial set RM 140 termasuk postage  (tahan unutk sebulan)


2. Regular set RM 290 termasuk postage  (tahan sehingga 3-4 bulan )


3. Exclusive set RM 340 termasuk postage ( tahan sehingga 4-5 bulan )



any inquiry please sms/whatsapp @ 013-3621872(nadya) or 013-3466909 (nadyra)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...