Friday, August 27, 2010

Busy

Memang nak update blog tapi takde masa.Mana taknya, I've been busy all the week! Test and quiz besusun before balik raya. I baru recover dari demam.As Nadyra said, I dapat MC dua hari yaw! Memang rehat betul-betul.Rasa penat sangat.Semalam baru dapat result test Law and Costing.Alhamdulilah, dapat good result.Akhirnya, ubat tidur I bukan sahaja effective bagi sesiapa yang susah tido tapi membantu untuk score.Jadi, bacalah buku Law sebelum tido.(setakat ni xde lagi scientist approve benda ni).

Semalam student dari Perak sampai.So,I jadi famous sekejap..:P Ada seorang mamat ni turun bas je terus tegur I.Dia tanya "kembar ili ek??".Of course la,takkan qarin dia pulak..kuikui..tapi I takdela cakap camtu kat dia.So, dia pun introduce I kat budak-budak lain.Jadi segan jap..ececeh2 padahal suka..hehe..nice to meet them.Rasa lain jap kos dorang bukan kawan I tapi kawan Nadyra.Ada rasa kekok la sikit at first tapi pastu ok je..Thanks adik,bagi I rasa famous jap dengan kawan-kawan you.Dorang pun very the excited jumpa I (sila tekan butang X,kalau rasa nak muntah).Tapi serious,I rasa seronok jumpa diorang.

Tapi biasalah masing-masing akan compare between me and adik. Tak kisahla memang dah biasa kena compare dari kecik.Takpe2 I akan buat entry pasal twins ni,tapi bukan sekarang.Suka duka sepanjang kami berpisah untuk belajar ni...Okla,selamat berpuasa!

Monday, August 23, 2010

Puasa dan demam

Actually tak ada benda sangat nak update..lately ni banyak sangat test so tak sempat nak update pape pun..kalau ikut kan sekarang kat SI ni kejap panas kejap hujan.Nasib baik I demam a week before ramadhan.Time call mak, mak pun demam jugak time tu and I pun cakap dengan mak "mak rindu adik ye sampai demam2".mak I pun layan kan aje anak dia ni " a'ah mak rindu kat korang sampai demam2 ni"..hihiii..

Kelmarin call kakak pun dia cakap dia demam jugak, suhu sampai 39.kakak memang demam tak nak kalah suhu nak tinggi je,sama macam CGPA hahaa..sorry i'm just pulling your leg.Yang bestnya dia dapat MC 2 hari,I tak pernah lagi dapat Mc since duduk kat UiTM ni.Tapi takpe la kalau Mc tak dapat nak belajar lak.

Hujung minggu ni budak2 PERSIDA tempat I nak melawat budak account kat UiTM Dungun,I bukan tak nak pergi tapi ada 2 test utk following week tu.So, korang jangan terkejut lak kalau nampak I kat sana k..I memang boleh pergi semua tempat sekelip mata je tau, takde la tipu je.Kalau kat dungun of course la bukan I yang kat sana.

Hurmm tak sabarnya nak balik rumah next week dah 2 bulan tak jejak KL ni.Gila la kau dyra duduk kat ceruk je,tak balik2 Kl pn :( benda yang I and kakak paling rindu sekali sudah semestinya kelajuan internet kat rumah yang tak payah nak kongsi dengan sape2..selagi ada laptop sendiri kau tak pandang orang lain dah.Lagi satu rindu dengan my niece yang baru je umur 2 bulan tu.Selama ni asyik tengok gambar kat fb je, amboi makin montel lak si alya ni.

Tadi duk kira2 dengan yana bape hari lagi nak balik,isk2 takde kerja lain nak buat mentang2 kelas FAR cancel..tadi kelas MKT habis awal lecturer I takde mood lak,bulan puasa ni bawak2 la bersabar ye Miss..ok la tak nak cakap banyak2 nak buat benda lain lak..

p/s: tengah try khatamkan quran dalam bulan puasa ni..harap2 dapat khatam..insya-Allah

Sunday, August 15, 2010

Semester 5

Baru dapat update blog hari ini. Busy sikit dengan Test Law and Quiz Far300.Entry kali ni nak bercerita tentang my lecturer at Uitm Dungun.Sem ni alhamdulilah dapat lecturer yang best2 belaka.Senior kata,kalau xscore jugak xtaulah…

I briefly tell you guys about my lecture and my subject taken this semester:

1.FAR 300 (Financial Accounting 5)
-Ini adalah core subject untuk student accountancy.Lecturer sem ini adalah Pn Musliha.For me,she’s the best lecturer ever because she also my lecturer for FAR 150(Financial Accounting 2).Agak garang jugak, tak pernah kitaorang tak siap assignment bila masuk kelas dia.Cara beliau mengajar juga amat bagus.Dia terrer menyenangkan topic yang susah.Contohnya,topic ‘disposal’.Masa sekolah dulu memang tak faham langsung topic ni,tapi dengan beliau memang faham abis. Luckily ,jumpa lagi sem ni.Dia suka cakap kat student camni “Can you???” (bercakap dengan nada geram,sebab kitaorang cam blur je..hehee)


2.LAW 346 (Intro to Partnership & Company Law)
-Belajar Law cam best je.Tapi bila attend class rasa cam class “bedtime story” je ( I je kot rasa camtu,tak taula orang lain :p) My lecturer,Pn Rosmawati sedaya upaya nak bagi kitaorang faham pe yang dia ajar.Dia suka cakap “x aci la macam tu”.Contohnya,dalam Law kan ada contoh kes,so dia akan tanya “aci tak partner dia buat camtu kat partner lain?” cam comel je cakap camtu.Peace..:)…..Kalau xleh tido,memang amik buku law dan baca…( ubat tido paling effective)


3. TAX 320 ( Taxation)
-When it comes to taxation class,everybody will sigh.It is because,the class is so boooringg…huhuhu.Wahai Miss Suraya,tolonglah bagi kami minat pada subjek tax ni.Semua cam blur je.The best thing is, her pronunciation is a bit weird. We all notice about that. She always said that ‘you have to “memorize” all this section’.
(she pronounce memorize a bit weird).Hmm..*sigh again*


4. BEL 313 (Intro To Critical Thinking)
-This is critical thinking subject.Daya penarik untuk dating ke kelas adalah lecturer itu sendiri.Pn Su sangat comel dan cantik.Semua budak laki amazed with her beauty.Tak berkelip mata pandang.Dorang cam frust je bila tau dia dah kawen..kui3.Kitaorang yang perempuan ni pun dah terpegun,laki apatah lagi.Ni kitaorang curi-curi amik gambar dia dalam kelas.Comel tak??





5. MKT 243( Fundamental Of Marketing)
-Subjeck marketing.The one and only lecturer lelaki yang ajar kitaorang sem ni,En Irwan.Pernah keje sebagai sales manager Celcom.So,bila bagi contoh pasal marketing,balik-balik Celcom.I tak terkejut kalau final nanti semua bagi contoh Celcom bila soklan suruh bagi contoh..haha.Ada citer menarik pasal En Irwan ni,my classmate add dia kat FB and surprisingly dia dah ada girlfriend yang sangat cantik.(actually he just so-so,jadi semua cam terkejut beruk bila awek dia lawa gila).Semua orang kata,memang sesuai jadi lecturer marketing because he knows how to market himself!(yela pandai promote diri sendiri,that’why dapat awek lawa…:P)


6.MAF 320 (Information For Managing Resourse)
-Last but not least,my costing lecturer Pn Syuhaila. Dalam kelas dia, not jeans allowed for girls.Semua kena pakai baju kurung dan mematuhi sahsiah rupa diri pelajar UITMT.Kitaorang belajar memang macam “keretapi” coz dia memang ajar laju.Tapi dalam laju2 tu pun still concern about her student.She will come to our desk and explain more detail..:))
Finally,I hope all my lecturer will not read this.I glad that I have all this kind of lecturer.Harap-harap semua ini dapat mendorong dan membantu untuk score sem ni,Insya-Allah…


P/S: Dengar cite pasni semua campus cawangan akan konvo di kampus masing-masing…WUAAA camne I dengan adik nanti??? Tak kan nak konvo asing??

Wednesday, August 4, 2010

Makeover

Siapa yang tak nak cantik, semua orang nak nampak cantik dan jadi cantik. I suka bila tengok orang cantik tipu la kalau cakap tak jealous dengan orang yang cantik-cantik belaka ni. Masa I part 1 I ada pergi satu program iaitu “bengkel persona” anjuran fakulti business kalau tak silap. Kat bengkel ni diorang ajar basic makeup and dinner makeup. Kat bengkel ni, Pn Siti yang bagi talk kat kitaorang cakap kat dunia ni semua orang cantik, tak ada makhluk yang Allah jadikan kat muka bumi ni tak cantik. So, kita kena yakin dengan diri kita sendiri, banyakkan cakap benda yang positif je kat diri kita.

Ok,actually I nak cakap macam mana I boleh minat dalam dunia makeup ni. I memang bercita-cita nak jadi professional makeup artis even I study course accounting kat UiTM. I ingat lagi masa I form 3 i duduk hostel, bila weekend balik rumah I terjumpa lip gloss yang along and angah I beli. Then, i try2 I rasa cam best la lip gloss ni, so bila tiap kali nak keluar mesti nak pakai lip gloss ni. Time tu kakak2 I ni beli brand Silkygirl je, selain murah colour dia pun cantik.

Disebabkan adik beradik semuanya perempuan, jadi memang senang sangat nak influence dengan barang2 mekap. I boleh cakap I terpengaruh dengan kakak I untuk pakai mekap. Bila I naik form 4, I tukar ke sekolah harian, masa kat sekolah baru I masuk kelab boling so tiap2 minggu kena pergi selayang mall untuk practise boling ni. By this time tahun 2007 tu, elianto baru je bukak branch baru kat selayang mall tu. I pun gatal2 la try blusher kat situ, pastu rasa cam sesuai je terus beli. Elianto kan barang2 dia affordable.

Ha! I baru ingat I memang suka tengok muka orang yang pakai mekap terutamanya cikgu tuisyen I, Miss Kamsinar. Dia memang pandai mekap, tiap2 hari colour eyeshadow mesti lain2. I pun tak sabar2 nak pergi kelas dia sebab nak tengok dia pakai eyeshadow colour apa arini. Tapi korang jangan silap, walaupun dia melawa pergi kelas tapi dia pandai mengajar tau.

Dalam semua adik beradik I la yang paling obses dengan mekap ni, twins I pun minat gak mekap ni tapi takde la macam I sangat, dia lebih kepada natural makeup. I seronok sangat bila along cakap nak sponsor pergi kelas mekap, sebab time tu along nak tunang so dia tak nak la bazir duit untuk bayar kat orang lain untuk makeup kan dia, baik amik adik sendiri je kan.
I pun pergi la kelas mekap ni, kak siti and kak yati yang ajar. Diorang guna produk Mary Kay masa ajar I, produk ni best tau coz bila kita pakai nampak natural je, tak nampak tebal sangat.

Baru-baru ni, I pergi bridal makeup pulak.Kali ni dengan makeup artis yang famous iaitu Nurin Makeover. Kalau korang tak familiar dengan nama dia boleh la selak2 majalah dara.com,nur and yang terbaru majalah Pengantin keluaran Julai. Dalam kelas ni I lah student yang paling muda kat situ, kat sini I banyak belajar benda baru macam jenis2 bedak untuk mekap pengantin,do and don’t time nak mekap orang contohnya kita kena budget masa mekapkan pengantin, kalau kita asyik sibuk berborak dengan pengantin tu memang tak cukup masa lah. I pergi kelas ni pun sebab nak mekapkan angah I pulak yang tunang. Bila dah pergi lebih dari 1 kelas adalah improvement sikit.

I sangat2 bersyukur sebab family I sangat2 supportive bila I pergi kelas mekap. In fact, ayah I pun ok je, siap tolong hantarkan I lagi. I pun beruntung ada twins coz muka dia adalah eksperiment untuk I improve kan lagi skill yg ada..thanks you so much you all!

Lagi satu I nak tekankan kat sini, I pakai mekap bukan lah dengan niat nak menunjuk-nunjuk dekat orang lain tapi lebih kepada untuk tingkatkan confidence diri. I takde la pakai mekap tebal2 bila pergi kelas, cukuplah dengan hanya eyeliner dan lipgloss je..kalau I tak pakai eyeliner pergi kelas, i rasa macam tak presentable, muka nampak macam tak sihat dan pucat je.


kak siti my partner kat kelas bridal

my touch with my neighbour on my sis face

Tuesday, August 3, 2010

Ramadhan datang lagi...

Syahdunya,bila Ramadhan datang lagi.Amat terasa kehadirannya,especially I yang di perantauan ini(Dungun je kott).Tapi yang specialnya,this year my angah cabar kitaorang adik beradik khatam Al-Quran.Amat menarik ya! Insya-Allah,memang ada niat camtu pun.Harap-harap tidak separuh jalan je.

Angah siap tawarkan hadiah yang menarik.Tapi bukan hadiah yang dikejar,yang paling penting pahala yang ingin ditambah.Hadiah sekadar pembakar semangat.I bukanlah baik sangat,tapi apa salahnya ajak orang buat kebaikan kan?

Bila lagi nak buat baik,bukan selalu ada bulan Ramadhan ni.Dari sekarang I memang dah kena prepare because my schedule memang agak memenatkan.Mana taknya,boleh katakan hampir tiap-tiap hari kelas abis pukul 6.20 ptg.Tengah pikir macam mana nak manage masa bila bulan puasa ni.Nak buat camne,cobaan...

Orait,got to go..Selamat Berpuasa pada minggu hadapan ya!

P/s: Rasa cam awal pulak entry ni..:))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...