Siapa yang tak nak cantik, semua orang nak nampak cantik dan jadi cantik. I suka bila tengok orang cantik tipu la kalau cakap tak jealous dengan orang yang cantik-cantik belaka ni. Masa I part 1 I ada pergi satu program iaitu “bengkel persona” anjuran fakulti business kalau tak silap. Kat bengkel ni diorang ajar basic makeup and dinner makeup. Kat bengkel ni, Pn Siti yang bagi talk kat kitaorang cakap kat dunia ni semua orang cantik, tak ada makhluk yang Allah jadikan kat muka bumi ni tak cantik. So, kita kena yakin dengan diri kita sendiri, banyakkan cakap benda yang positif je kat diri kita.
Ok,actually I nak cakap macam mana I boleh minat dalam dunia makeup ni. I memang bercita-cita nak jadi professional makeup artis even I study course accounting kat UiTM. I ingat lagi masa I form 3 i duduk hostel, bila weekend balik rumah I terjumpa lip gloss yang along and angah I beli. Then, i try2 I rasa cam best la lip gloss ni, so bila tiap kali nak keluar mesti nak pakai lip gloss ni. Time tu kakak2 I ni beli brand Silkygirl je, selain murah colour dia pun cantik.
Disebabkan adik beradik semuanya perempuan, jadi memang senang sangat nak influence dengan barang2 mekap. I boleh cakap I terpengaruh dengan kakak I untuk pakai mekap. Bila I naik form 4, I tukar ke sekolah harian, masa kat sekolah baru I masuk kelab boling so tiap2 minggu kena pergi selayang mall untuk practise boling ni. By this time tahun 2007 tu, elianto baru je bukak branch baru kat selayang mall tu. I pun gatal2 la try blusher kat situ, pastu rasa cam sesuai je terus beli. Elianto kan barang2 dia affordable.
Ha! I baru ingat I memang suka tengok muka orang yang pakai mekap terutamanya cikgu tuisyen I, Miss Kamsinar. Dia memang pandai mekap, tiap2 hari colour eyeshadow mesti lain2. I pun tak sabar2 nak pergi kelas dia sebab nak tengok dia pakai eyeshadow colour apa arini. Tapi korang jangan silap, walaupun dia melawa pergi kelas tapi dia pandai mengajar tau.
Dalam semua adik beradik I la yang paling obses dengan mekap ni, twins I pun minat gak mekap ni tapi takde la macam I sangat, dia lebih kepada natural makeup. I seronok sangat bila along cakap nak sponsor pergi kelas mekap, sebab time tu along nak tunang so dia tak nak la bazir duit untuk bayar kat orang lain untuk makeup kan dia, baik amik adik sendiri je kan.
I pun pergi la kelas mekap ni, kak siti and kak yati yang ajar. Diorang guna produk Mary Kay masa ajar I, produk ni best tau coz bila kita pakai nampak natural je, tak nampak tebal sangat.
Baru-baru ni, I pergi bridal makeup pulak.Kali ni dengan makeup artis yang famous iaitu Nurin Makeover. Kalau korang tak familiar dengan nama dia boleh la selak2 majalah dara.com,nur and yang terbaru majalah Pengantin keluaran Julai. Dalam kelas ni I lah student yang paling muda kat situ, kat sini I banyak belajar benda baru macam jenis2 bedak untuk mekap pengantin,do and don’t time nak mekap orang contohnya kita kena budget masa mekapkan pengantin, kalau kita asyik sibuk berborak dengan pengantin tu memang tak cukup masa lah. I pergi kelas ni pun sebab nak mekapkan angah I pulak yang tunang. Bila dah pergi lebih dari 1 kelas adalah improvement sikit.
I sangat2 bersyukur sebab family I sangat2 supportive bila I pergi kelas mekap. In fact, ayah I pun ok je, siap tolong hantarkan I lagi. I pun beruntung ada twins coz muka dia adalah eksperiment untuk I improve kan lagi skill yg ada..thanks you so much you all!
Lagi satu I nak tekankan kat sini, I pakai mekap bukan lah dengan niat nak menunjuk-nunjuk dekat orang lain tapi lebih kepada untuk tingkatkan confidence diri. I takde la pakai mekap tebal2 bila pergi kelas, cukuplah dengan hanya eyeliner dan lipgloss je..kalau I tak pakai eyeliner pergi kelas, i rasa macam tak presentable, muka nampak macam tak sihat dan pucat je.
kak siti my partner kat kelas bridal
my touch with my neighbour on my sis face
No comments:
Post a Comment