Monday, May 14, 2012

Review: Etude House; BB Magic Cream



- BB Magic Cream -


Finally, dapat jugak nak share 'experience" pakai bb cream Etude House nih.. Harga xmahal. Dalam RM 20 sahaja. Kalau diikutkan beauty consultant dekat etude house tak berapa nak suggest BB Magic Cream dekat customer. Bukan sebab harga dia yang murah tapi sebab it's too basic.. Yang paling bagus adalah " Precious Mineral BB Cream". Itu menurut kata mereka lahh.


-Precious Mineral BB Cream-


Tapi tu lah yang selalu aku kata "depends" jugak dekat jenis kulit seseorang. From my view, i think this product is not bad lah. Product ni bagi banyak coverage di seluruh muka. Bb cream jenis ni agak tebal sedikit berbanding jenama yang lain. Ada satu jenama ni, tekstur bb cream agak tipis dan ringan. Tapi berlainan dengan BB magic cream ni. Dengan tekstur yang agak pekat, kita perlu pakai sedikit sahaja. Apply di tangan dulu. Picit perlahan-perlahan since bb cream ni guna pam. Jangan dok syok memicit sampai membazir.

Macam aku, memang selalu pakai moisturizer sebelum pakai apa-apa bb cream/ foundation. So, kulit nampak ok je. Rasanya tak nampak berbelak atau bercapuk. Lepas tu, pakai bb cream dan tekap bedak padat ke seluruh muka dengan penuh gentle...

Untuk memudahkan pembacaan review ni aku akan bahagikan "pro" and "cons" bb magic cream ni...(ni based on my experience taw, lain orang lain hasilnya)

Pro's :
- sesuai untuk kulit yang kering atau normal.
- gives full coverage
- jimat since boleh pakai sikit je
-tahan lama
- gives "glow" skin.

Con's:
- Untuk jenis ni xde SPF..ada yang aku baca mereka kata untuk BB magic cream ni ada 2 jenis, satu ada SPF dan satu lagi takde SPF. If yang ada SPF harganya berbeza sikit.
- Ada satu pilihan warna sahaja. Mungkin tak berapa sesuai untuk kulit yang tidak cerah.

Rata-rata yang pernah try produk ni mereka kata ok je. Takde masalah besar sangat pun. Just untuk yang terbaik belilah yang "precious mineral bb cream". Ada banyak kelebihan untuk yang 'precious mineral bb cream" ni. Harga pun lebih lah sedikit. Around RM 70 kot, kalau tak silap. Tapi tak sure kalau tu harga time sale or tak. Kalau etude house ada buat promotion, harga dia boleh tahan best dan sangat berbaloi untuk membeli.

Kalau anda peminat K-pop, Etude House maybe product yang sesuai untuk anda kumpul barangan "exclusive" artis k-pop yang anda minati. Sebagai contoh, buat masa ini Shinee menjadi DUTA untuk produk mereka. Haritu masa beli, ada promotion beli RM 30 ke atas (lebih kurang) dapat Shinee folder.. me like! aku memang minat shinee. Rasa macam nak beli je semua lip balm Shinee. My BFF rembat semua jenis ( ada 5 jenis) plus bb cream shinee. Dia kata best pakai bb cream shinee. Untuklip balm dia tak pakai lagi sebab sayang nak guna..




Shinee lip balm...

p/s : orang Korea memang sangat suka pakai BB cream. Boleh katakan mereka wajib pakai BB cream bila keluar rumah. Sebab itulah banyak produk kecantikan di Korea seharusnya ada BB cream di rangkaian produk mereka...:)

6 comments:

  1. amboiiiii kemain dgn kpopnya. heehhe. saya aritu ada jenguk etude house ni. wah wahhh. boleh dikatakan semuanya rm 20 keatas. hahaha pokaiiii pokaiii :P. Kena tunggu 18thn la. bru boleh keluarkan duit sndiri. Baru2 ni ada beli honey bb cream kat The Face Shop. Tersgt bgus dan amat sesuai utk kulit kering. LOveee it

    ReplyDelete
  2. @nur fatin adilah: haha tu la minat dgn kpop punya pasal..kalau face shop tak pernah try lagi,takut mahal huhuu..next time bole la kot kalau nak try.thanks for the info

    ReplyDelete
  3. Can I ϳust say what а reliеf to uncоνеr someone that genuinely knoωs ωhat theу aгe talking about on the wеb.
    You actually rеalize hoω to bring an іssuе to light аnԁ make іt importаnt.
    Μore and more peοple neеd to cheсκ this out and understand this ѕіԁe of уour stоry.
    It's surprising you are not more popular because you definitely have the gift.
    Check out my webpage ; Noni

    ReplyDelete
  4. Hai semua juz nak share je..dulu i pernah gak pakai bb cream ni...ok but i prefer guna naturactor foundation sekarang. coz keje i tiap- tiap hari kat luar jumpa org so muka i ni byk jerawat actually ..so i perlu naturactor foundation untuk cover semua jerawat i plus naturactor foundation ni tak berminyak tau tahan sehingga 12 jam so i tak payah nak touch up selalu..

    So from now on naturactor foundation ni jadi best friend i...Cuma kalau u all nak beli naturactor foundation ni i suggest beli kat
    http://riasanggunbeautyconcepts.blogspot.com

    I beli kat cni..kalau u all beli kat tempat lain takut u all terbeli yang fake taw

    ReplyDelete
  5. @perunding unit amanah hai, thanks for your comment. saya pun guna naturactor juga tapi tak lah hari-hari. kadang-kadang bila saya rajin je hehe al maklum la saya student lagi so kadang-kadang tu tak sempat nak siap lama-lama. tu yang pakai bb cream je :)

    ReplyDelete
  6. Cuba tengok BB Cream Korea buatan Kolmar, kilang produk kecantikan dan kesihatan terbesar dan tertua di Korea serta di dunia. BB Cream 40 ml cuma RM31 saja. Ada Money Back Guarantee lagi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...