Saturday, September 25, 2010

XOXO

Rasanya baru Selasa lepas update blog kononnya assignment berlambak dan test bersusun.Alih-alih nak update pasal Gossip girl.Tapi memang banyak keje pun.Alhamdulilah semua dah settle.Hmm, abis sume tu I berjaya menghabiskan Gossip Girl season 3.yeahh..:) Kalau yang pasal cite cepat je habis, cuba kalau baca buku?? Tak terjawab den..:P



Apa kata layan gambar dorang ni...

Ed Westwick (Chuck Bass----> nama dlm Gossip girl) I love his eyes!


Leighton Meester (Blair Waldrof). Gorgeous!


Mereka sweet couple dalam cite ni but at the end of this season Chuck spoil everything..


Next, Blake livery(Serena Van Der Woodsen). Dia memang di"spotted" by gossip girl..


Mereka bestfriend forever..


Saya paling suka yang ini...Chase Crowford (Nate Archibald)


Maybe ada yang 'khatam' awal cite ini dari I, congrats..haha.Tapi bukan selalu I dapat habiskan cite yang ada series ni.Banyak lagi cite korea on the list yang tak abis tengok lagi.For me,cite ni memang best tapi just tak suka ending for this season je.Ada spoil..Tak sabar nak tengok the next season..

xoxo, Nadya..

Tuesday, September 21, 2010

Mari Bertapa

Sekarang ini rasanya semua dah balik kampus masing-masing. Seperti biasa life getting hectic. Assignment dah macam mangkuk tingkat. Test bersusun-susun. Dan yang paling penting persaingan makin sengit.Jom bertapa untuk study.Tinggalkan Facebook kejap.Focus yaw! Ramai yang nampak nak compete tapi compete dalam diam. Yela,semua nak berjaya kan. Tapi, janganlah pijak orang lain ya!

Tak payahlah pakai cara kotor yang keji lagi hina tu ye. Guna cara bersih dan selamat. Masing-masing happy and no fight. Oklah nak pergi bertapa. Ada assignment akaun ,english,marketing dan banyak lagi.







LOVE, NADYA...

Friday, September 17, 2010

Hari Lebaran

I notice ktaorang je kot yang lambat update pasal hari raya. Orang lain semuanya dah siap update, laju betul korg ni mengupdatekan blog nih.OK before I story pasal hari raya before that allow us Ili Nadiah & Ili Nadirah memohon maaf kalau ada salah dan silap or tersalah kata sepanjang penulisan blog kami. Tak lupa juga nak ucapkan Selamat Hari Raya buat kawan-kawan,cikgu dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.

Tahun ni ktaorg beraya di kampung mak kat Sg petani,Kedah.After sembahyang raya ktaorang ramai-ramai pergi kubur arwah tok wan, first time I pergi kubur time raya. Sampai je kubur dah rasa sebak sangat, I and kakak tak balik masa arwah tok wan meninggal,time tu ktaorg tgh final exam so agak terkilan kat situ. Time baca yasin I dah nangis2 dah tak tahu la kenapa tapi memang rasa sedih sangat masa tu. I tengok mak,angah and farah cousin I pun nangis jugak. Lepas tu ktaorang pergi ziarah kubur moyang dan sedara yang lain pastu baru blk rumah.

Dah balik rumah siap2 nak pergi raya lepas dah salam dengan semua family.Raya ke 2 baru gerak balik kampung ayah pulak kat Negeri Sembilan.



Sisters tapi tak cukup sorang,along I tak raya dengan ktaorang..next year hilang lagi sorang



Nadiah & Nadirah

Tahun ni raya diserikan lagi dengan kehadiran anak buah kitaorang, alya adriana



Dah puas beraya di kampung, hari rabu lepas yana kawan baik kitaorg kat SMKSB ajak raya kat tasik puteri and area selayang.Awal pagi lagi dah gerak takut jalan kat rawang tu jam je.Shafa and zahra tumpang kitaorang sekali coz diorang tak de transport.

time ni tgh tggu Farah datang,tak tahu rumah dia kat mana


Kakak and zahra, depan rumah farah before gerak ke rumah yana..Zahra dah makin cun la..heheee



Kalau ikutkan kitaorang nak pergi raya rumah Sazly tapi dia keje lak, tapi dia ajak datang Domino's Pizza tempat dia keje belanja kitaorang makan..dah macam open house dah kat situ.gambar Sazly takde sebab dia tu macam anak dara taknak amik gambar ngan kotaorang,malu konon.

terima kasih pihak penaja:p

Raya tahun ni boleh dikatakan seronok la jugak tapiii yang tak seronoknya assignment banyyyyakkk sanggggaaaatttt!!!!!!Sekarang ni tengah siapkan sikit,isk2 tak boleh ke bagi ktaorang raya dengan tenang dan aman damai?

Thursday, September 16, 2010

Kad Raya

Dulu masa kecik-kecik dulu selalu berlumba-berlumba dengan my siblings hantar kad raya pada kawan-kawan. Beli banyak-banyak kad raya, tulis dan hantar atau bagi kat sekolah. Ayat yang selalu ditulis dalam kad mesti begini:

-Baju raya berapa pasang?
-Banyak buat kuih raya? @ Berapa jenis kuih raya buat tahun ni?
-Raya di mana?
-Baju raya kaler ape?
-Pose penuh tak?
-etc..

dan mesti diakhiri begini:

"pecah kaca pecah gelas,
lepas baca harap balas."

Dalam adik beradik, angah kitaorang yang selalu dapat paling banyak kad raya. Kitaorang memang selalu kalah dengan dia.Dia memang ada ramai kawan dan fans..haha..:) Hari-hari memang tunggu postman datang dan semua berebut nak amik surat.



Masa sekolah menengah dulu, kitaorang ada jugak hantar kad raya kat artis. Saja suka suka nak hantar sebab tengok kad raya dorang cantik-cantik. Dulu hantar kat Amy Mastura dan dia balas balik.Lawa kad raya dia. Pastu bila musim Af2, ada gak hantar kat Farah dan Zahid. Artis lain ade gak cam Erra Fazira,Siti Nurhaliza, Misha Omar,Mawi (time ni ramai orang jeles,kitorang dapat kad raya dari Mawi),DJ Hotfm,Ezlynn.Tu jela kot.

Tapi ada gak orang kata "Alah artis-artis tu balas random je, bukan dorang yang tulis pun.Manager dorang yang tolong balaskan". Biarlah, janji dorang balas. Kitaorang kisah pe kan? :P

Sayangnya, ada kad raya tu x ingat letak kat mana. Ni jelah yang kitorang jumpe.



Sekarang dah kurang orang bagi kad raya. Zaman dah moden kan. Ada e-card, sms ,wish through Facebook dan macam-macam lagi. Da kurang orang jual kad raya. For me, kad raya its the best. Boleh simpan. Sms dan e-card selalu di"delete"kan. Sekarang ni simpan la, abis raya dah xsimpan dah.

ini sahaja untuk enry ni.Thanks for reading..bye..bye..:)

p/s: kad kawen camna lak??

Tuesday, September 14, 2010

Lagu Raya

Before balik ke KL hari tu, I memang tak nak dengar langsung lagu raya even dah 15 hari puasa.Ni semua disebabkan oleh assignment and test yang berlambak2 tu.So bila dah balik KL baru mood raya tu ada.

I sebenarnya lagi suka lagu raya yang lama2 dari yang baru coz lagi best and ada maksud yang tersendiri.Lagu2 baru memang tak leh nak challenge la lagu2 lama nih.

Ok,let's us see the best song for raya (for me lahhh!!)

1. Elina & Anuar Zain : Suasana Hari Raya
2. Awie & Ziana Zain : Halaman Asmara
3. Hail Amir & Uji Rashid : Seloka Hari Raya
4. Fazley : Seribu Kemaafan
5. Raihan : Gema Takbir
6. Siti Nurhaliza : Nazam Lebaran, Sesuci Lebaran & Air Mata Syawal
7. Mamat: Ku Pohon Restu Ayah Bonda
8. P.Ramlee : Dendang Perantau
9. Sudirman : Balik Kampung (lagu ni kalau dengar bukan masa raya pun boleh jugak coz tak de lak dalam lirik cakap pasal hari raya :p )

Sebenarnya banyak lagi lagu raya yang I suka tapi tak ingat tajuk lagu la pulak, but ada 1 lagu baru raya yang I suka iaitu lagu dari kumpulan Hujan & Raihan : Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda.

Wednesday, September 8, 2010

Eyeliner

Semalam lepas kemas rumah sewa yang ditinggalkan penuh bersepah, kitaorang pergi shopping satu family except my mum. Jalan-jalan di TESCO baru Sg Petani dan ternampak Watson.So,masuklah kami beramai-ramai.Memang ada niat nak beli eyeliner baru.Kalau boleh nak jenis gel,yang kalau nak pakai kena guna berus kecik.Saja je nak try kos dah boring lak pakai jenis Avon(ni kalau pergi kelas sesuai la,sebab x obvious sangat).Disebabkan nak raya, nak carila yang baru.Jeng jeng jeng...akhirnya kami beli Maybeline Gel Eyeliner.Ada offer ye,bagi sape2 yang nak beli.Harga before offer RM 39, after less dalam RM31.

Dengar cam mahal tapi berbaloi.Lagi2 kitorang adik-beradik semua perempuan(6 orang yaw!).Jadi,boleh share2.Yang paling best eyeliner ini ditaja oleh ayahanda kami tercehnta.Kami berjaya mengepow duitnya..:))...Ni gambar eyeliner tuh..





Hasilnya memang best sangat.Memang pekat dan cantik.Cuma kena pandai apply la dan jangan comot je.Tangan tuh jangan gigil ok. If xbese guna, start dari tengah(untuk mata atas).Okla ini ada video dari maybeline untuk korang makeup untuk hari raya nanti.Simple je makeup dia.Mesti korang boleh ikot.. kelik sini.Kat sini ada ajar cara nak pakai eyeliner tuh..

Monday, September 6, 2010

addiction

lagi 3 hari semua umat Islam akan menyambut hari raya.Bila sebut raya je semua orang excited nak raya.kalau orang lain sibuk cari baju raya,kasut raya,furniture baru, I pulak sibuk duk fikir nak pakai make up color apa tahun ni.Baju raya tahun ni colour pink so dah terbayang dah nak make up macam mana nanti..
So,first sekali kena la pakai foundation kan

1.

Foundation mary kay ni I and kakak paling suka.foundation ni memang buat kulit nampak flawless,tak berminyak dan tahan 8 jam.Satu botol ni boleh tahan dalam 6 bulan.Harga dia lak sangat berbaloi-baloi lah,I dah pernah try foundation brand lain tapi semuanya tak memuaskan macam foundation ni.

2.
I memang suka sangat pakai blusher,dan bila pakai blusher mary kay ni pipi tak de la nampak merah sangat macam clown tu.colour blusher ni sangat2 natural,tak payah nak pakai banyak.

3.
eyeshadow pulak salah satu benda yang akan rush up my adrenaline. Teknik solekan mata yang paling I suka adalah soket dan smokey eyes.kalau pergi class tak de makna I nak pakai eyeshadow sangat coz memang tak sempat.So time kat rumah and event2 tertentu je baru rajin nak apply eyeshadow.Gambar kat atas ni adalah eyeshadow brand elianto,even murah tapi colour dia long lasting and sangat2 cantik

4.

eyeliner ni I wajib ada and wajib pakai bila nak keluar rumah.Kalau tak pakai eyeliner ni rasa mata macam baru bangun tido je.

5.
lipstick maybelline yang I guna ni sebagai pelengkap atau finishing bila dah habis make up kat satu muka.Biasanya I suka guna warna2 yang sweet atau lembut coz kalau make up mata dah heavy,lips tak kan nak heavy jugak kan.Nanti orang yang tengok pun tak tau bahagian mana yang kita nak focus kan.

6.
kalau nak tahu I jarang sangat pakai mascara.Tak tahu la kenapa tak suka pakai,maybe sebab bila pakai asyik termasuk mata je kot.I beli mascara ni pun sebab nak makeup kan orang kalau tak memang tak beli rasanya.

Semua barang2 kat atas ni adalah basic makeup I je,tak termasuk la dengan loose powder,makeup tools,shading and macam2 lagi yang I guna.Biasanya make up kat atas ni untuk light make up,kalau nak hasil yang lagi best I akan guna semua barang yang I cakap tadi.Actually brand bukan lah perkara utama untuk kita pakai makeup,makeup yang murah pun ok jugak.The most important thing is how we apply and blend the colour.Kalau pandai pakai makeup murah pun nampak mahal.So,korang pakai make up tak raya nanti??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...