Thursday, September 16, 2010

Kad Raya

Dulu masa kecik-kecik dulu selalu berlumba-berlumba dengan my siblings hantar kad raya pada kawan-kawan. Beli banyak-banyak kad raya, tulis dan hantar atau bagi kat sekolah. Ayat yang selalu ditulis dalam kad mesti begini:

-Baju raya berapa pasang?
-Banyak buat kuih raya? @ Berapa jenis kuih raya buat tahun ni?
-Raya di mana?
-Baju raya kaler ape?
-Pose penuh tak?
-etc..

dan mesti diakhiri begini:

"pecah kaca pecah gelas,
lepas baca harap balas."

Dalam adik beradik, angah kitaorang yang selalu dapat paling banyak kad raya. Kitaorang memang selalu kalah dengan dia.Dia memang ada ramai kawan dan fans..haha..:) Hari-hari memang tunggu postman datang dan semua berebut nak amik surat.



Masa sekolah menengah dulu, kitaorang ada jugak hantar kad raya kat artis. Saja suka suka nak hantar sebab tengok kad raya dorang cantik-cantik. Dulu hantar kat Amy Mastura dan dia balas balik.Lawa kad raya dia. Pastu bila musim Af2, ada gak hantar kat Farah dan Zahid. Artis lain ade gak cam Erra Fazira,Siti Nurhaliza, Misha Omar,Mawi (time ni ramai orang jeles,kitorang dapat kad raya dari Mawi),DJ Hotfm,Ezlynn.Tu jela kot.

Tapi ada gak orang kata "Alah artis-artis tu balas random je, bukan dorang yang tulis pun.Manager dorang yang tolong balaskan". Biarlah, janji dorang balas. Kitaorang kisah pe kan? :P

Sayangnya, ada kad raya tu x ingat letak kat mana. Ni jelah yang kitorang jumpe.



Sekarang dah kurang orang bagi kad raya. Zaman dah moden kan. Ada e-card, sms ,wish through Facebook dan macam-macam lagi. Da kurang orang jual kad raya. For me, kad raya its the best. Boleh simpan. Sms dan e-card selalu di"delete"kan. Sekarang ni simpan la, abis raya dah xsimpan dah.

ini sahaja untuk enry ni.Thanks for reading..bye..bye..:)

p/s: kad kawen camna lak??

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...