Baru-baru ni ada Pesta Buku 1 Malaysia. Seperti biasa, kalau ada apa-apa event kat PWTC aku memang suka pergi. Aku kalau boleh akan pergi banyak kali.Selagi tak abis event, selagi tulah kalau boleh hari-hari aku nak pergi. Pesta Buku 1 Malaysia ni 2 kali je aku pergi...:p
Mula-mula aku pergi sebab nak serang booth FIXI. Aku beli 3 buku sebab ada promosi. 3 buku=RM 50. Kira murahlah kan. Lagi-lagi siapa yang belum beli buku KELABU lagilah untung. Sebab KELABU sahaja adalah dalam RM 20 something then boleh campur mana-mana buku. Aku beli buku SUMBAT, CERPEN (NADIA KHAN) and CERPEN (KHAIRULNIZAM BAKERI)...
So far, buku SUMBAT memang tak mengecewakan. Nervous jugak bila baca buku ni. Cerita yang penuh dengan tanda tanya.PESANAN: JANGAN SKIP BILA BACA BUKU NI..sebab kalau skip korang memang terlepas flow cerita ni..
Buku CERPEN (NADIA KHAN) aku tak baca lagi. Tapi CERPEN BY KHAIRULNIZAN BAKERI (penulis buku PECAH) boleh tahan best. Aku baru baca separuh tapi adik aku dah habis baca. Genre dia korang dah boleh agak sebab lebih kurang pecah.(tengok cover pun boleh tau). Sangat kreatif dan berbakat penulis ini. Tahniah ya..
With brader lep lep...:P
With imam muda Asyraf....suka dengar ustaz bagi ceramah..:)
No comments:
Post a Comment