Friday, April 15, 2011

Last day class

Hari ni adalah hari terakhir untuk class part 6.So we all decide nak buat makan2 sikit.actually mula2 nak buat untuk class audit je tapi bila dah bincang2 baik jemput semua lecturer so tak payah la nak buat 2 3 kali jamuan.Time ni dah rasa macam jamuan akhir tahun kat sekolah pulak.

Hari Jumaat kitaorang ada satu class je so after dah habis class tax tu terus pergi bilik persida.Tapi jamuan start lambat sikit, so kitaorang main la game sikit, time ni lecturer yang ada Ms Nabilah je.Diorang macam saja je nak kena kan Ms dalam game ni sebab soalan test semalam susah:((..Nasib baik Ms sporting so dia layankan je la kitaorang ni.

Before tu adalah dia cerita2 sikit pengalaman time dia belajar dulu.Dia budak fast track patutlah muda2 dah jadi lecturer.Time umur 17tahun dah masuk fast track,habis degree dalam umur 21 tahun.Sekarang dia dah ada Master and ACCA.Memang salute habislah kat dia coz dapat habiskan ACCA dalam masa setahun je.Kalau I yang amik tak tau la bila nak habis.Sekarang ni pun still consider nak amik ke tak ACCA ni bila dah habis degree nanti.

Bila dah semua lecturer sampai baru kitaorang start majlis.Lecturer ada dalam 4 orang je,Pn Bahiyah tak dapat join coz ada hal. Dah lepas lecturer bagi ucapan,nasihat dan kata2 terakhir baru la start makan.Menu hari ni Nasi Tomato,sedap sangat ayam semua besar2,memang terbaikkk lahh!!




ada la sikit snek..dadih tu ailin yang buat..sedapp


Ni la Ms Nabilah a.k.a Lecturer Finance kitaorang.Tak silap I dia ni sebaya dgn kakak I yang sulung.

Semua student part 6 sangat2 la berterima kasih kat semua lecturer yang ajar kitaorang.Halalkan lah semua ilmu yang diberi dan doakan lah kejayaan kitaorang time final ni. Hopefully semua orang dapat grade on time.Aminn..Sedih la pulak dah nak habis part 6,dulu punya la tak sabar2 nak habis:)))

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...