Wednesday, August 29, 2012

So Random 17

holla readers..

actually aku lagi suka buat entry random daripada tertumpu dari satu entry yang specific (takde idea lah katakan..:P).. sebabnya bila aku nak tulis, aku boleh terus tulis. If korang perasan aku lately ni asyik entry review jerr. Apa yang aku baru beli aku review. Untuk entry diri sendiri aku tak berapa nak gemar nak share. Mungkin sebab terlampau pikir apa orang nak kata. Contohnya, bila aku tulis entry aku makan kat satu restaurant ni, adalah suara-suara yang akan kata "ek eleh kecohlahhh, makan KFC je ponggg"..ok fine. kang bila update makan kat restaurant mahal kata riak pulakk kan.

Orait, next random story. Cuti sem ni aku rasa cuti sem paling best sebab dapat kumpul all my siblings. Since angah pindah klate, kitaorang jarang ada masa bersama. So, bila berkumpul ni memang ber"gossip girl" lah kitaorang. Share story, share ilmu and macam-macam lagi.. Then, timbulah satu isu "bila bercinta/bertunang tak perlulah dibesar-besarkan". yes, aku tau akan ada yang sentap. tapi betullah if gebang sangat kat fb or laman sosial yang lain selalunya tak .....(korang boleh teka ayat yang sepatutnya). Ni based on experience orang2 dewasa sekeliling aku. Macam kawan kakak aku sendiri ramai yang putus tunang. Seriously, aku pun terkejut. Kadang-kadang kita tak fikir apa yang kita letak kat fb akan menjadi kesan yang lagi buruk. Tak semua orang suka bila tengok kita bahagia. Secara tak langsung ada yang mendoakan perkara yang tak baik. Macam ada aku baca kat blog ni. (boleh klik untuk refer entry tersebut). Aku agak setuju 100 percent apa yang ditulis.

Terserah lah if nak kata aku jeles ke hape ke. jeles? langsung tak. Jodoh masing-masing, rezeki masing-masing, kubur pun masing-masing (macam orang selalu kata). Cukuplah masing-masing tau isi hati pasangan sendiri. Ya, ni juga peringatan untuk aku sendiri...Adios

Tuesday, August 28, 2012

Product review: elianto and eyeliner miss rose

Assalamualaikum, hye peeps! rasanya tak terlambat nak wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kat korang semua.Sorry kalau ada salah dan silap selama kami ber blogging ni. Mana lah tahu kalau ada yang kurang senang dengan penulisan kami, ampun maaf dipinta ya.

Sebenarnya entry ni sepatutnya di publish before raya lagi tapi biasalah aku pun tak tahu aku busy dengan apa so entry ni dah tertangguh. Aku log in je blogger ni tapi bila nak update blog sendiri mood hilang tah ke mana padahal kalau ajak berjalan tu ada je mood :p

okay straight to the point lah, baru2 ni aku ada pergi elianto coz nak beli bronzer baru. Bronzer lama aku hidup segan mati tak mahu dah. Tapi disebabkan bronzer lama aku tu edition tahun bila tah sebab dah lama tak pergi elianto sebenarnya, dah takde dah jenis tu. kecewa di situ ya. Tapi takpe, staff elianto tu suggest kat aku yang 'brand new' punya, siap tolong buatkan shading kat hidung lagi.Tapi yang ni bukan bronzer ya,ni blusher tapi boleh jugak kalau nak buat shading. So bila dah puas hati aku beli je la. Harga tak silap rm30++ kot, tak ingat dah aku coz ada discount masa ni.




Next is aku beli eyeshadow, staff diorang la ni pergi tanya 'taknak tambah apa2 lagi ke?'.hehe salahkan orang pulak aku ni. So, aku tengok2 la eyeshadow, sekarang elianto dah bertambah maju eyeshadow diorang pun ada banyak range dah.kalau dulu semua rm 5, sekarang ada yg rm8 dah tak sama harga dah. Tapi yang penting eyeshadow elianto dah banyak yang cantik2 and lekat bila pakai. Aku beli satu je,beli banyak2 tak terpakai lak. Yang ni pun aku tak try lagi. Cara aku cakap pasal elianto ni macam dah 10 tahun tak pergi sana kan? huhuu.Harga aku tak ingat la,rm 8 kot.


Yang ni colour toffee brown

Last but not least, aku beli creamy eyeliner miss rose atau pun orang panggil eyeliner kajal. Aku beli kat KWC, so far aku puas hati la dengan eyeliner ni coz sangat la pekat even dia smudge sikit. Kalau tak nak smudge kena blend dgn eyeshadow colour gelap baru dia okay.





p/s: nak cakap thanks kat sesapa yg ada send email kat aku, appreciate sangat2.sorry kalau aku lambat reply ke apa, kadang2 tak perasan.

Sunday, August 12, 2012

Review: NYX Jumbo Eye Pencil


Holla readers..

Kali ni nak review pasal NYX jumbo eye pencil. Dah lama aim nak beli tapi biasalah nak tunggu offer baru nak grab. Beli jumbo pencil ni dekat Cosmo beaute' fair 2012 dekat PWTC bulan lepas. Ada offer 3 pencil=RM 50. Tapi kitaorang rembat dua je sebab tak tau nak pilih kaler apa untuk lagi satu tu. Kaler yang dibeli adalah code 604 Milk and warna pink (yoghurt kot nama code dia).

Tapiii baru try yang code Milky tu je. Kalau korang biasa tengok tutorial makeup kat youtube, dorang biasanya guna jumbo pensil-Milk as a eyeshadow base. Aku dah try. I can say that it doing well on your eyes! Seriously..:P senang nak apply sebab its so creamy. Apply pakai jari tau, then apply pulak eyeshadow pilihan korang.

Boleh jugak guna as waterline (untuk bagi efek mata besar-guna eyeliner brush bila nak apply) tapiii it is not advisable to use if mata korang asyik berair je bila apply eyeliner bawah. Sebabnya teksturnya kan creamy. So, it's does not last longer and it could be smudge and not smooth when you apply black eyeliner on top of it. Faham ke idokk?? ----> antara kekurangan this product.

This product work it best at corner of your eyes and highlight under your brow. Jangan letak banyak-banyak dekat part sini. Antara tips untuk pakai this jumbo pencil is BLEND dengan sebaiknya terutamanya masa korang guna sebagai eyeshadow base. Sebab ada yang complain ia akan crease lepas a few hour. For me, lain orang lain efeknya. Mungkin yang cepat berpeluh or duduk dekat tempat panas, ia akan mudah crease sebab sekali lagi teksturnya yang CREAMY.

Overall, aku boleh kata this product it worth to buy. Jumbo pencil-Milk ni multifunction. Kena rajin practise untuk hasil yang terbaikk...Adios...:)

Thursday, August 2, 2012

Quick update

First of all nak ucapkan salam ramadhan to all the reader...memang nak update blog tapi rasa malas mengatasi segala-galanya. Ada a few review yang mahu dikongsikan bersama macam review makeup, books and macam-macam lagi. Tapi bila nak ambik gambar tu yang menjadi masalah. Camera yang ada sudah di'setting'kan mengikut setting pro, so bila time haku nak guna dah tak reti nak adjust balek. Acaner tu? Last but not least (ayat buku betol!), hopefully i can update this blog sekerap yang mungkin..:P




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...