Sebenarnya entry ni sepatutnya di publish before raya lagi tapi biasalah aku pun tak tahu aku busy dengan apa so entry ni dah tertangguh. Aku log in je blogger ni tapi bila nak update blog sendiri mood hilang tah ke mana padahal kalau ajak berjalan tu ada je mood :p
okay straight to the point lah, baru2 ni aku ada pergi elianto coz nak beli bronzer baru. Bronzer lama aku hidup segan mati tak mahu dah. Tapi disebabkan bronzer lama aku tu edition tahun bila tah sebab dah lama tak pergi elianto sebenarnya, dah takde dah jenis tu. kecewa di situ ya. Tapi takpe, staff elianto tu suggest kat aku yang 'brand new' punya, siap tolong buatkan shading kat hidung lagi.Tapi yang ni bukan bronzer ya,ni blusher tapi boleh jugak kalau nak buat shading. So bila dah puas hati aku beli je la. Harga tak silap rm30++ kot, tak ingat dah aku coz ada discount masa ni.
Next is aku beli eyeshadow, staff diorang la ni pergi tanya 'taknak tambah apa2 lagi ke?'.hehe salahkan orang pulak aku ni. So, aku tengok2 la eyeshadow, sekarang elianto dah bertambah maju eyeshadow diorang pun ada banyak range dah.kalau dulu semua rm 5, sekarang ada yg rm8 dah tak sama harga dah. Tapi yang penting eyeshadow elianto dah banyak yang cantik2 and lekat bila pakai. Aku beli satu je,beli banyak2 tak terpakai lak. Yang ni pun aku tak try lagi. Cara aku cakap pasal elianto ni macam dah 10 tahun tak pergi sana kan? huhuu.Harga aku tak ingat la,rm 8 kot.
Yang ni colour toffee brown
Last but not least, aku beli creamy eyeliner miss rose atau pun orang panggil eyeliner kajal. Aku beli kat KWC, so far aku puas hati la dengan eyeliner ni coz sangat la pekat even dia smudge sikit. Kalau tak nak smudge kena blend dgn eyeshadow colour gelap baru dia okay.
p/s: nak cakap thanks kat sesapa yg ada send email kat aku, appreciate sangat2.sorry kalau aku lambat reply ke apa, kadang2 tak perasan.
eyeshadow toffee brown elianto tu sgt2 best kannn
ReplyDelete@princess yanti: yup sgt2 best..lagi2 untuk buat smokey eyes
ReplyDelete