Saturday, December 15, 2012

Review: Buku Fixi

Holla readers...

Pernah dengar tak pasal publisher buku nama FIXI? bukan basikal fixie tu yea..:P Alah yang ada keluarkan novel KELABU yang super duper awesome books tu lahhh... aku rasa aku agak terlambat jugak tau tentang kewujudan buku-buku genre dia lain dari yang lain ini. Aku tau pasal kewujudan buku FIXI ni masa pertengahan tahun ni, around bulan 6 or 7 camtu (maybe)...


               
                                             
                                                   
First buku yang aku baca adalah KELABU. Actually aku ada nampak ada seorang budak ni pegang buku-buku FIXI antaranya KELABU. Dan aku agak tertarik antara banyak-banyak buku yang dipegang tu adalah novel KELABU. Sebab? cover dia lain dari yang lain. Mostly aku baca review Novel KELABU, ramai yang tertarik nak baca disebabkan "cover buku" itu sendiri. Time aku nampak buku tu, tempat yang aku nampak tu ada wireless.Aku terus google review novel KELABU. Bila baca review ramai kata besttt.

Bila aku balik KL, merata aku cari buku tu. Banyak kedai tak jual buku FIXI, if ada pun susah nak cari( pada masa tu yea, sekarang dah ada banyak jual. even kedai buku 1 Malaysia pun ada jual). Last2 aku jumpa dekat kedai buku depan SOGO, Pustaka Mukmin kot nama kedai tu. Kejap, nak puji sikit kedai ni. Aku sangat impress dengan uncle kat situ. Dorang memang ingat every single book kat situ. Bukan setakat tajuk2 novel yang berlambak-lambak je, buku-buku universiti yang lain pun dorang ingat siap tau nama penulis! (maybe bagi korang biasa je, tp aku memang salute dengan dorang). Lagi satu, masa nak bayar aku gamble je tanya ada diskaun ke tak padahal dorang memang takde pun buat sale ke apa. Tapi uncle dengan baik hati terus bagi diskaun 10%..hehe..Nasib baiklah aku bertanya,kalau tak tak dapatlah diskaun.

 Back to my story about KELABU, aku mula-mula agak takut nak baca sebab takut tak best...My twins baca dulu then baru aku baca. Dia kata besttt giler. Yup, memang best. Serius best. Lain dari yang lain. Aku ada pendapat sendiri bila baca  buku ini. Penulis (Nadia Khan) ada sesuatu yang dia nak sampaikan pada readers dia. Buku ni memang awesome. Kisah yang sangat santai, bahasa yang sangat lepak dan jalan cerita yang "fresh". Perjalanan cerita "Amir" yang akhirnya berubah sangat terkesan pada aku. Jarang orang buat novel pasal pengkid. Balik-balik pasal tomboy, tak pun kena kahwin paksa then jadi cerita yang sweeet and happily ever after.

                                      

Lepas KELABU, aku start beli buku-buku keluaran FIXI yang lain. Macam JERAT, MURTAD, TABU, PECAH, HILANG and BOLA (antologi cerpen). Aku macam dah 'addict' nak baca buku-buku dorang. Aku sendiri tak percaya, aku dah berubah genre. Maksud aku, baca novel yang bukan lagi konsep cinta sepenuhnya. Macam Pecah lebih ke arah banyak aksi dan strategi nak rompak bank, MURTAD- memburu orang murtad. Owh, aku suka novel ni sebab kelakar and macam MEN IN BLACK and the best part Hero dia TWINS (like we are, Akhil and Adam would you be our boyfriend??? haha..) Kalau rajin aku buat review kay.

Korang patut try baca novel-novel macam ni. Tak rugi beli banyak yang korang boleh tau dari novel macam ni. Quote 'dont judge book by its cover' memang sesuai untuk buku-buku FIXI ni. Tapi sebelum nak baca, korang kena betul-betul "open" kan mind korang sebab ni bukan macam novel2 biasa yang kita selau baca. Kalau memgharapkan cerita cinta yang sweet,loving and romantik, FIXI bukanlah yang sesuai untuk korang. Buku dorang pasal REALITI dan apa yang berlaku sekeliling kita. Ada kritikan sosial dan mesej tertentu nak disampaikan. Read at your own risk. Kita dah besar untuk menilai mana yang baik dan buruk.(siapa yang dah baca buku2 FIXI akan faham apa yang aku tulis ni)...amik yang positive je kay...


Adios...

p/s: lepas ni nak citer pasal buku-buku "LEJEN' pulak...:P

Saturday, December 8, 2012

Dinner Part 6


Assalamualaikum and hai korang! Rasanya dah lama tak update pasal aktiviti kitaorang kan, asyik product review and So random je. Just nak share dengan korang last 2 weeks kitaorang ada dinner kat Heritage Hotel, Ipoh. FYI, kitaorang wajib attend dinner setiap sem, kalau masa diploma suka hati je kalau nak pergi ke tak tapiii bila dah degree tak boleh dah macam tu.

Dinner pada sem ni di organizekan oleh batch kitaorang sendiri, kitaorang takde lah pegang apa2 jawatan pun just jadi ajk sambutan tu pun last minute orang ajak. hehee..Dinner kali ni bertemakan "Nostalgia P.Ramlee". Kalau tema macam ni, what come across my mind is kebaya, tapi kalau ikut trend sekarang peplum dress sangat2 la in trend. Sebenarnya aku tak tahu pun yang peplum ni trend orang dulu2 tau, bila tunjuk kat mak aku, dia cakap "eh, dulu Saloma pakai macam ni lah"..kalau kat Fb aku tengok Scha Alyahya suka pakai peplum,cantik sangat. Kalau ikut aku, nak pakai baju kurung je, kalau kebaya memang tak muat la. Peplum yang aku n Nadya pakai dijahit sendiri oleh Nadya and mak aku. Thanks to both of them.



Dinner kali ini alhamdulilah aku tak kelam kabut sangat macam dinner2 yang dulu, kalau dulu mesti aku tak sempat nak makeup coz busy siapkan orang lain. Kali ni aku sempat bermakeup ke dinner, coz aku makeup berapa orang je, lucky me coz having Nadya dia lah yang banyak tolong aku makeupkan kawan2 aku yang lain. Nasib baik la aku ada ajar dia sikit2 pasal makeup ni, aku tengok dia pun banyak improve makeupkan orang.

Overall, okay la dinner kali ni. First time, aku jadi usher and sambut VIP sambil pegang bunga pahar (ye kot nama dia) padahal tak cukup suka kalau kena suruh pegang hantaran. Apa pun great experience lah..By the way aku suka la makeup primer Revlon tu, nampak smooth je makeup bila pakai.

Last but not least, thanks kat semua orang exspecially Nadya and housemate yang sanggup tunggu aku siap sebab aku adalah orang terakhir yang siap, sorry kalau aku lambat. Terima kasih atas kesabaran korang *hugs*..Thanks jugak kat kawan2 yang mintak tolong aku makeupkan diorang, terima kasih atas kepercayaan korang kat aku *terharu*

p/s: banyak lagi yang aku kena improve dalam makeupkan orang ni.
Hai, saya Nadyra!
Nadya+Nadyra
Housemate :-)


emcee of the day is atyn.makeup ny me


me and syeda
-Bella-makeup by Nadya
classmate
with gorgeous Zaza

Thursday, December 6, 2012

So Random 18


Holla readers...

Just nak share situasi atau cerita yang mungkin pernah terjadi antara kita semua. Ada kawan aku mengadu tentang kawannya yang suka meniru or "caras" apa yang dia buat. Boleh katakan setiap pergerakan dia orang tu akan ikot. Dia beli benda tu, orang tu ikot.Dia buat fesyen tudung lawa sikit orang tu ikot. Yang tak boleh blahnya ada jugak benda yang tak logik pun orang tu nak ikot..what the? come on lah people..turn off lahh.

For me, memang serious letih nak melayan orang camni. Tak tau apa motif sebenar dia. Jealous much?? maybe lah kot..atau yang lagi tepat "TAK BOLEH ORANG LEBIH SIKIT DARI DIA".  (ramai bersetuju tentang ni)... apa yang kau dapat dengan buat camni? puas dapat sakitkan hati orang? seronok ke? kurang kasih sayang? nak perhatian?  buat habis duit adalah. yela, sebab dah compete benda yang bukan-bukan. Contoh, kalau orang tu mampu pakai brand mahal, kau pun beli yang lagi mahal walauuuupunnn duit nan hado! tak ke kesian? serious pathetic orang camni!

aku serious malas nak layan orang camni.Just kesian kat kawan aku ni. tension je dia. dia bukan niat nak jelous kan orang pun. tapi orang tu yang suka nak ikot. Bukanlah nak kata, aku sorang je boleh pakai, orang lain tak boleh. Tapi situasi ni lain...ni belum masuk suka caras kerja orang, sailang boyfriend or crush orang. eh ada lagi satu ex orang pun dia nak..apalah masalah kau ni?

boleh tak kau biarkan orang lain bahagia dengan amannya? orang lain tak pernah nak kesah dengan dia, apatah lagi nak ambik tau/sibuk hal dia. tapi kenapa ya camni? (banyak betul persoalan entry nih!). Aku just teringat satu quote ni " people jealous towards you because you have something they dont have" (lebih kurang camnilah quote nya)  betol tak?

pandai cakap orang lain camtu camni padahalll diri sendiri hati lagi busuk. Tak boleh tengok orang bahagia langsung.. aku tau jarang aku luahkan perasaan kat sini. Tapi ini memang dah melarat.gerammm sangat2.
sabar orang pun ada batasnya. Ingatlah karma tu ada. Dia akan cari bila-bila masa je. Mungkin sekarang seronok buat orang camni, esok lusa if jadi kat diri sendiri jangan meraung pulakk...

Adios...:p



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...