Saturday, December 8, 2012

Dinner Part 6


Assalamualaikum and hai korang! Rasanya dah lama tak update pasal aktiviti kitaorang kan, asyik product review and So random je. Just nak share dengan korang last 2 weeks kitaorang ada dinner kat Heritage Hotel, Ipoh. FYI, kitaorang wajib attend dinner setiap sem, kalau masa diploma suka hati je kalau nak pergi ke tak tapiii bila dah degree tak boleh dah macam tu.

Dinner pada sem ni di organizekan oleh batch kitaorang sendiri, kitaorang takde lah pegang apa2 jawatan pun just jadi ajk sambutan tu pun last minute orang ajak. hehee..Dinner kali ni bertemakan "Nostalgia P.Ramlee". Kalau tema macam ni, what come across my mind is kebaya, tapi kalau ikut trend sekarang peplum dress sangat2 la in trend. Sebenarnya aku tak tahu pun yang peplum ni trend orang dulu2 tau, bila tunjuk kat mak aku, dia cakap "eh, dulu Saloma pakai macam ni lah"..kalau kat Fb aku tengok Scha Alyahya suka pakai peplum,cantik sangat. Kalau ikut aku, nak pakai baju kurung je, kalau kebaya memang tak muat la. Peplum yang aku n Nadya pakai dijahit sendiri oleh Nadya and mak aku. Thanks to both of them.



Dinner kali ini alhamdulilah aku tak kelam kabut sangat macam dinner2 yang dulu, kalau dulu mesti aku tak sempat nak makeup coz busy siapkan orang lain. Kali ni aku sempat bermakeup ke dinner, coz aku makeup berapa orang je, lucky me coz having Nadya dia lah yang banyak tolong aku makeupkan kawan2 aku yang lain. Nasib baik la aku ada ajar dia sikit2 pasal makeup ni, aku tengok dia pun banyak improve makeupkan orang.

Overall, okay la dinner kali ni. First time, aku jadi usher and sambut VIP sambil pegang bunga pahar (ye kot nama dia) padahal tak cukup suka kalau kena suruh pegang hantaran. Apa pun great experience lah..By the way aku suka la makeup primer Revlon tu, nampak smooth je makeup bila pakai.

Last but not least, thanks kat semua orang exspecially Nadya and housemate yang sanggup tunggu aku siap sebab aku adalah orang terakhir yang siap, sorry kalau aku lambat. Terima kasih atas kesabaran korang *hugs*..Thanks jugak kat kawan2 yang mintak tolong aku makeupkan diorang, terima kasih atas kepercayaan korang kat aku *terharu*

p/s: banyak lagi yang aku kena improve dalam makeupkan orang ni.
Hai, saya Nadyra!
Nadya+Nadyra
Housemate :-)


emcee of the day is atyn.makeup ny me


me and syeda
-Bella-makeup by Nadya
classmate
with gorgeous Zaza

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...