Friday, December 31, 2010

My Personal Touch

Akhirnya gambar yang kitaorang nanti2kan dari OP dah siap jugak.Diyana dan ayahnya datang rumah Isnin lepas nak bagi gambar ni.Kat sini I nak share kan gambar outdoor photoshoot coz time ni I yang makeupkan angah I.Adalah sikit upah yang angah bagi tapi dah tak ingat duit tu buat beli apa.Rasanya macam dah habis buat shopping kat Terengganu aritu.I bagi teaser je la kat sini, malas nak letak banyak2 coz malas jugak nak resize satu2 gambar.

Location: Kg Baru,KL
Photographer: fotocandid.com
Makeup: Ili Nadirah Md Shah


before start photoshoot,time ni fake eyelash ni mengada tak nak lekat







Thanks to all photographer for the beautiful picture.Esok dah nak balik Perak huwaaa malasnya nak balik.Dah Part 6 pun malas lagi.Tadi baca paper budak Degree masuk bulan 9,agak lambat la intake kali ni.Takpe la boleh rileks lama sikit before continue Degree nanti,keje ke apa dulu.Wish us luck for this semester ya!

p/s: Kalau sape2 nak comment gambar yang I makeup ni,sangat2 lah dialu-alukan.Saya kan budak baru belajar..

Wednesday, December 29, 2010

Conteng Bakat

Disebabkan masing2 nak balik Dungun dan Perak hujung minggu ni, I nak kena update banyak entry yang tertunggak.Actually banyak sangat nak update tapi memang takde masa.
Hari tu jiran I Su'aidi mintak tolong jadi model dia coz ade orang nak tengok portfolio makeup dia.Dia tak nak lah amik adik dia sebab dah banyak sangat gambar adik dia, so dia nak gak try kat muka orang lain pulak.

Awal pagi jumaat dah bangun sebab dia cakap nak start makeup dalam pukul 10 camtu, kalau petang dia nak keluar pulak.Dia sangat cekap dan tangkas, I nak kena banyak belajar dengan dia ni.Dia sangat mahir guna brush,biasalah budak art kan.Muka orang ni ibarat kanvas je,conteng2 je dah jadi (falsafah Scott Barnes)

Mula2 agak segan la nak amik gambar tapi dia kata tak yah la nak segan2 buat selamba sudahh...




First time pakai fake eyelash kat mata bawah.Nak lawan Rozita Che Wan..hehee


Kalau kat luar jangan harap la nak makeup camni,mau berjam nak siap.



Fine,muka nampak tembam.Takleh nak buat apa dah.Next time,nak ajak diorang shoot kat Ulu Yam or Taman Layang2..Titiwangsa pun sounds good jugak.Thanks for the makeup!

Makeover Nadya

Last week even penat balik dari shopping, malam tu jugak I gagahkan diri nak makeupkan twins I ni.Bukan apa I saje je nak mahirkan diri makeup muka orang.Kalau dulu nak pakaikan eyeliner kat mata orang tangan mesti terketar ketar sekarang dah tak lagi.So sekarang ni memang nak banyak practise makeupkan muka orang lain.Mana lah tahu boleh makeup orang tunang pulak ke,insya Allah..



Banyak lagi benda yang nak kena improve





Agak terkilan sikit coz tak dapat buat banyak eksperiment:( Cuti kali ni banyak dihabiskan dengan preparation wedding angah and boleh dikatakan jelajah satu Malaysia jugak.Kalau ada kat rumah pun,asyik keluar memanjang.

Oh ya,ni detail makeup yang I guna

Foundation: kryolan fs38 + naturactor kod 240
Eyeshadow : elianto
Lips : Maybelline kod B24

By the way lipstick Maybelline Water Pure Shine tengah ada offer kat Watson less 40%..after less harga jadi RM14.90..thanks to my sis coz belanja I lipstick baru..hihii

Lepas ni kena try makeup untuk tone kulit warna gelap pulak,asyik try warna cerah je..

Contest Muslimah Anggun 2



Assalamualaikum..first time nak masuk contest kat blog ni.Kalau siapa2 yang nak masuk contest ni boleh la klik kat sini

Ni gambar yang I pilih



"kecantikan bukan hanya terletak pada luaran sahaja tetapi pada hati,kalau hati dah bersih, kecantikan itu akan terpancar dengan sendirinya"


Ok I nak tag along,aribah dan atyn

Hurry up! Contest bermula 26th Dec-30th Dec 2010..

Thursday, December 23, 2010

Tahniah!!

Hari ni result PMR keluar.Adik kitaorang,Amy dapat good result.Alhamdulilah...even tak dapat straight A's tapi kau dah buat yang terbaikk.. 6 A's not bad yaw! Tak kisahlah orang nak kata apa tapi we proud of you!!!!!!! congrats..


Mak happy,ayah pun sama gak. My cousin dapat 8 A's..tahniah jugak..FYI, dorang ni buat Score A. Apa tuh?? Score A ni online tuition.. memang best belajar guna ni.Tak bosan langsung. Yela, kalau I ni tengok buku je nak muntah.Lagi-lagi subjek Law.. Tapi Score A ni untuk budak sekolah je.Kalau ada untuk budak U, confirm 4 flat sem nih..hehe


Memang interaktif Score A ni..Antaranya:

1. tak bosan macam buku. Sambil ber"facebooking" pun boleh wat.Adik kitaorang sambil chat dengan Bf buat score A...haha

2. macam main game.sebabnya? tak rasa macam belajar pun.

3. dah di"set" kan untuk score A.sebab?? selagi tak lepas 80 markah,tak boleh proceed to the next assessment..

4. Anytime anywhere..boleh buat kat mana-mana.boleh buat pukul 3 pagi,sesudah salam subuh dan sebagainya. Senang citer unlimited!

5. Ada kamus. Tak faham boleh kelik terus kat kamus elektronik tuh.Tak payah susah payah bukak kamus Oxford atau beli kamus Besta..

6. Ada "report card". Mak bapak boleh tengok prestasi anak.Dari sini boleh detect anak lemah kat mana..

7. Sangat murah.Lagi ramai adik beradik,lagi untung! RM 33.16 untuk 2 orang anak sebulan dan untuk semua subjek!

8. Yang paling penting mak bapak,kakak,abang,pak sedara boleh buat duit jugakk..menyelam sambil minum air wa cakap sama lu..

Score A programme memang dah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia...Dah melahirkan ramai budak-budak yang berjaya. Dan yang paling penting, dah merubah hidup ramai orang...

Jom tanya sama consultant Score A nih macam mana caranya...Pn.Zahratul Muna (013-2087276) @ Pn.Farhana (013-3943209)...visit this website dorang.Kelik sini.

Tuesday, December 21, 2010

Siapa Dia???

Siapa dia Alya Adriana?? Kenapa semua orang suka kat dia??? Kenapa dia macam bajet2 comel?? Meh,tengok sikit…


Sayalah Alya..tak mungkin kerna sayang..:)


Tapikan orang panggil saya "cik bem"..sebab saya tembem (tembam)

Haha,marah along nanti bila baca entry nih. Amboi sedap-sedap je ko mengata anak aku..hehe..Alya nih anak buah kitaorang. Cucu pertama dalam family dan buah hati pengarang jantung ayah kitaorang a.k.a Dato’ dia (padahal panggil atok gak)…Alya,jangan nak rampas tempat mak lang Dya eh…ATok tu kesayangan Mak Lang tau..



Mula-mula ingat nak panggil auntie, pastu ramai lak yang kecoh.Kononnya,kalau panggil auntie susahla,nanti anak buah tu tak dekat dengan kita la, western sangatlah…Last-last panggil jela panggilan macam orang dulu-dulu panggil. Baru ingat nak glamer-glamer sikitt..haishh..



Disebabkan Mak Lang kau ni kembar kena la ada nama sikit kat belakang tuh. Mak Lang Dya dengan Mak Lang Dyra. Sumpah I rasa busukk nama tuh..haha..biar jela.Busuk-busuk pun makcik kau jugakk..Pandai-pandai lah kau nanti nak bezakan kitaorang..

Geram tengok Alya ni. Oranglah kata,family kitaorang tak cakap ea. Dorang kata muka dia macam anak cina. Ada orang Cina tu sendiri cakap”eh,muka dia macam amoi la.You ada kawen mix ke?” Tak ke kembang Along kitaorang tuh..Mana ada kawen mix.Kawen dengan orang Melayu gak..



Yang tak leh tahan, Along kata kononnya Alya ni terkenan dengan Lee Min Ho..Sebabnya, I ada beli majalah E-pop,majalah ni pasal artis-artis korea.Pastu cover dia gambar Lee Min Ho.Dia ada la belek-belek magazine tuh..Memandai je dia tu..hehe…

Mana ada sama lahh..saya perempuan,dia lelaki..tapiii saya macam lagi comel je..:P

Alya such a clever girl..ececeh,puji anak buah sendiri la pulak. Hari-hari belajar English dengan Iqra’. Dia tengok kartun Gogo’s. Kartun ni ajar English. Even baru 5 bulan,Along I memang dah pasang CD tuh.Saja nak bagi dia minat.Dari kecik lah,kena pupuk minat dorang.




P/s: Alya share tarikh 27 dengan kitaorang..Dia lahir 27/6/2010..kitaorang 27/10..lebih kurang je..:P

Monday, December 20, 2010

Wedding preparation (turn I pulak:p)

Fine title nak kontroversi je kan,ok bukan I yang nak kawen.Sebenarnya nak cerita tadi baru je balik dari tempat jual barang2 kawen.I pergi dengan Nadya and neighbour kitaorang Su'aidi dia nak cari foundation baru untuk makeup pengantin.Sebab aritu I ada suggest kat dia brand kryolan and naturactor so dia pun excited la nak try.

Korang jangan terkejut pulak kalau lelaki yang makeupkan perempuan coz kat Malaysia pun ramai makeup artist yang lelaki contohnya macam Tiar Zainal kalau overseas favourite JLO ialah Scott Barnes.Yang penting neighbour I even dia makeupkan orang tapi dia tak lembut okay!Dia sama Uitm dengan I tapi dia amik course Fashion,insya-Allah dia nak jadi the next Hatta Dolmat.

Memandangkan kami berkongsi minat yang sama kitaorang memang excited gila nak pergi sini.Rupanya tempat ni dekat sangat2 dengan rumah I,kenapa lah I baru tahu arini kalau tahu awal2 takde la kopak duit pergi beli kryolan kat internet:(
Nama tempat ni adalah Bright Sail iaitu wedding galery untuk mak andam or wedding planner nak beli barang kawen untuk kedai diorang.Contohnya makeup,aksesori pengantin macam crown,payung,pelamin,samping,bunga dan macam2 lah.Tempat ni bukan butik pengantin tau,jangan nanti korang pergi sini pastu cakap nak sewa pelamin atau baju.Kat sini diorang sell out bukannya rent out.



Kalau nak pergi tempat ni kena ikut jalan yang menghala ke Sg Kertas,nak terang lebih2 pun tak tahu nak explain macam mana dah tapi boleh la kalau tanya I personally.

Masuk je kat dalam galery ni kitaorang dah cakap "Wah,gila cantik tempat ni!".Then terus tanya staff tu kat mana barang2 makeup. Kakak yang entertain kitaorang tu sangatla best coz dia sabar je layan kerenah kitaorang. Mana tak nya boleh kata semua barang kitaorang suruh bawak keluar.Semua color kitaorang try, fake eyelash banyak sangat choice kat sini.Harga pun affordable, kryolan stick pun around rm75 kira ok lah pasni tak payah nak bayar postage fees.

Foundation naturactor pun harga dia best around rm50 macam tu.Eyeshadow kat sini diorang jual dalam pallette brand Miss Rose and Manly,brand ni ramai gak makeup artist yang pakai.

Kalau ikutkan nak amik gambar kat pelamin tapi diorang tak kasi, nasib baik I tanya dulu.Time nak bayar tu akak cashier tu iaitu Kak Ana pun peramah jugak, rupanya dulu dia pernah kerja dengan designer terkenal Michael Ong selama 7tahun.Dan dia jugak pernah kerja dengan Man Kajang.Kak Ana ni takde lah menyombong walaupun dia ada experience dengan designer terkenal.

Keseluruhannya,I memang puas hati dengan tempat ni.First sebab dah tahu kat mana I nak tambahkan lagi set barang makeup I.Second, customer service dia sangat2 bagus.Third, dekat dengan rumah.

I kalau pergi mana2 kedai I memang mementingkan macam mana staff kat situ entertain customer diorang. I pernah ada bad experience dengan satu blogshop ni, I nak beli foundation kat dia tapi bila kita call or sms dia tak jawab and balas.Bukan sekali tapi banyak kali I sms pun dia tak balas.Kalau I cakap nama blog ni mesti semua peminat makeup tahu. Bukan I je yang kena macam tu, neighbour I pun kena jugak.Nadya sampai hantar mesej kat dia "Akak ni nak jual ke tak nak" then dia boleh pulak cakap yang dia tunggu kitaorang datang rumah dia.Hello bape ratus kali kitaorang mintak alamat dia, dia tak bagi2 pun. Lepas tu memang I pangkah terus blogshop dia.



Ni lah naturactor.Foundation ni boleh pakai hari2,hasilnya memang flawless.*highly recommended*.Kalau Kryolan Tv Paint stick tak sesuai pakai hari2, kryolan lebih kepada makeup pengantin



Beg je besar padahal beli fake eyelash je pun.Harus bersabar untuk menambah stok yang lain.So, apa lagi Nadyra pergi menabung sekarang!

Sunday, December 19, 2010

Girls Day Out..

Hari Khamis lepas kitaorang adik-beradik dengan mak pergi window shopping di IKEA. Tak rancang pun nak pergi, actually angah kitaorang yang baru kawen aritu yang ajak. Angah baru sampai dari Kelantan malam sebelumnya,pastu Angah nak cari barang untuk rumah dia kat Kelantan. Along je yang tak ikut sebab along kerja...

Okla jugak IKEA ni sebab memang lengkaplah untuk cari barang kelengkapan rumah. Yang paling best, IKEA ada jugak bagi idea untuk kita design rumah kita macam dapur,ruang tamu,bilik tidur dan lain-lain ikut kesusuaian dan keluasan rumah kita.Dekat sini,ada banyak showroom yang kita boleh tengok untuk dapatkan idea.Ok, I dah promote IKEA lah pulakk..:P


Inilah angah kami..makin berseri selepas kawen..hehe.

Banyak amik gambar dapur je sebab mak macam ada keinginan nak renovate dapur (kononnya) :P




Tak banyak pun gambar yang kitaorang amik sebab terlalu leka tengok perabot sampai lupa nak amik gambar.Lagipun,semua showroon kat situ semua cantik-cantik,tak tau nak pilih mana satu..layan jela gambar kitaorang pulak..





Hai,nama saya Amy..:)---->adik yang nombor lima


Ni pulak yang bongsu..dah macam promote adik beradik la pulakk..:P


sibuk membelek barang...

Lepas selesai kat IKEA, pergi The Curve pulakk. Kitaorang pergi makan kat Waroeng Ayam Penyet.Memang favourite dan wajib pergi makan situ kalau datang sini..Gambar takde sebab masing-masing dah kebuloq nak makan...:P

P/s: Mahu habiskan cuti yang berbaki dua minggu saja lagi sebaik mungkin.

Friday, December 17, 2010

Midnight show!


Setiap malam bila pukul 12, memang dah duduk depan tv nak tengok cerita ni. Nak kata cerita ni untuk budak-budak tak jugakk..Rasanya semua sesuai je tengok. Sangat kelakar! Ini boleh dikatakan show khas Demi Lovato lahh sebab Disney Channel macam nak dia ada show sendiri macam Miley Cyrus ada "Hannah Montena"...Lupa pulak show ni namanya "Sonny With A Chance"..

Cerita ini lebih kurang camni, ada dua show iaitu So Random dan Mackenzie Falls yang selalu bergaduh dan selalu kenakan sesama sendiri. Kiranya dua-dua show ni rasa masing-masing punya show hebat dan bestt...

Cara Demi Lovato berlakon memang lain lahh.Memang tak cover langsung.Nak gelak pun ikut suka je. Tak cover cunn lah senang cakap. I pun bukanlah minat sangat Demi Lovato ni tapi suka pulak tengok dia berlakon cerita ni. Paling penting hero dia bagi I lahh good looking tapi kerek dia boleh tahan jugakk..


Demi Lovato as Sonny Munroe---> nama dalam citer nihh...
Friendly, try nak solve kan pergaduhan dua show and funny!


Tiffany Thorton as Tawni Hart...berlagak diva! Mula-mula dia tak suka Sonny join show "So Random" tapi lama-lama dorang ok. Suka makeup dan tak boleh tinggal tengok cermin..


Sterling Knight as Chad Dylan Chooper...star of Mackenzie Falls. Selalu cari pasal dengan Sonny. Actually dia suka Sonny..:)



Brandon Mychal Smith as Nico Harris...suka buat plan pelik-pelik dengan bestfriend dia Grady.


Doug Brochu as Grady Mitchell..nilah bestfriend Nico. Suka makan!


Bagi I dorang memang ada talent jadi pelawak sebab lawak dorang memang natural dan menjadi..


Allisyn Ashley Arm as Zora Lancaster...dia ni pelik sikit..suka terkejutkan orang sebab bila ada conversation,dia muncul secara tiba-tiba je..


ok,ni sweeet..:P

sekian entry kali ini..:)

Thursday, December 16, 2010

A Good Try..

Beberapa hari lepas seperti biasa kitaorang try satu resepi baru iaitu "cream puff". Resepi ini kitaorang amik dari belog mak Hanis Zalikha. Her mum memang pandai masak.Resepi yang beliau kongsi memang senang untuk dicuba. Paling bestt bila kitaorang cuba menjadikk pulak tu...suka sangat-sangat bila jadilah jugak rupa cream puff ni...


Ni sebelum masuk oven...


Selepas keluar dari oven..


Selesai semuanya...looks yummy :)

Memang nampak besar sikit cream puff ni sebabnya kitaorang guna nozzle "swirl" yang agak besar..bila buat nampak kecik tapi bila dah masuk oven, creampuff ni mengembang.That's why jadi begitu tapi ok je bila siap.Takdelah gedabak sangat. Pedulik hape kan,nak makan sendiri je..:p

Monday, December 13, 2010

Chocolate Love...

Selepas wedding angah, kitaorang still buat coklat lagi. Dah makin suka nak buat coklat ni. Yup,kami menerima tempahan juga...:) Cuti ni dari bosan tak buat apa baik buat coklat. Baru je berjinak-jinak (ceh,ayat tak ingat) dalam pembuatan coklat ni. Senang je nak buat,lagi-lagi ramai kakitangan. Untung adik-beradik ramai ni, nak buat apa ramai nak tolong...


Ini create by Ili Nadirah, bersungguh-sungguh dia buat...yeay berjaya jugak...Price RM1.60..namanya LOLICHOC bukan lolipop..







P/s: mahu buat banyak-banyak lagi...:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...