Bagi untuk fahamkan enrty ini,better baca entry Part 1 dulu. FYI, entry ini ditulis oleh Nadya,memandangkan Nadyra tiada internet connection buat masa ini. Oklah,kita sambung cerita kita. Lepas habis SPM, masing-masing bawa haluan sendiri (ayat tak boleh blah).
Bukanlah macam tu sebenarnya. I dapat masuk matrix dulu. Masa ini agak terkejut jugak dapat masuk matrix.Dahla last minute dapat tahu.Unfortunately,Nadyra tak dapat matrix. I masa tu just follow the flow. Masuk jelah tak yah banyak pikir.Boleh je aku survive sorang-sorang without adik.(Dengan berlagaknya I kata begitu). Tapi,alkisahnya…I tak boleh.Bukan sebab homesick tapi sebab tiba-tiba je kena survive sorang-sorang…before this dah biasa berdua,bila buat sorang-sorang rasa pelik jep. Betullah,berdua lebih baik….padan muka kau! Tulah berlagak lagi…sobs2..
Alkisahnya lagi, I Cuma bertahan selama 3 minggu je di matrix.Bukan sebab kena tendang ye. I dapat masuk Uitm Dungun. So,keluarlah saya dari matrix. Dan sekali lagi,adik tak dapat surat tawaran lagi. Bila I dah masuk Uitm, baru adik dapat tawaran belajar di Uitm Sri Iskandar dalam course yang sama iaitu Accountacy. Ayah I mintak transfer adik ke Dungun tapi Uitm kata Dungun dah penuh.Kalau nak tukar,kena tukar masa semester 2.
Masa ni kitaorang terpikir, apa kata kita try duduk asing-asing? Cam best je. Memang best! Sebab dapat banyak new experience. Dapat ramai kawan,dapat tukar nota, dapat tukar-tukar cerita dan macam-macam lagi. Selalu share ilmu,even duduk asing-asing. Selalu compare pasal campus masing-masing,cara lecturer siapa ajar lagi mudah and etc…Lagipun kitaorang nak elakkan lecturer confuse dengan kitaorang. Time sekolah dulu macam-macam hal jadi.
Paling best bila student akaun Perak datang Dungun.Time ini adik tak ikut.Ada test katanya…So,happylah dapat kenal kawan-kawan dia.Dorang pun tanya itu ini dekat I.Kenapa study lain-lain2? Kenapa perangai berbeza? Banyak lagi dorang tanya sampai tak terjawab den…
Inilah kawan-kawan Nadyra…
Tapi ada jugak yang tak best.Contohnya,bila dua-dua ada masalah masing-masing. Rasa macam terkilan tak dapat tolong. Time ni baru terpikir “kalau study sama,boleh tolong each other”. Tak baik lah pulak cakap macam tu tapi nak buat macam mana,sendiri yang nak belajar asing-asing. Masa decide nak study lain-lain tuh, masing-masing kata “apa susah handphone ada,internet ada, call je hari-hari”. Disebabkan call hari-harilah, topup sampai beratus. Thanks to Celcom. Tak terkejut pun sebab ada pasangan kembar yang lain yang sama kes macam kitaorang ini,bil telefon dorang je dah dekat beribu. ..
Insya-Allah, nanti ada rezeki sambung degree nak buat sama tempat.Mak dah sibuk suruh apply tempat sama. Harap-harap dapatlah sama. Entry ini ditulis sempena Hari Lahir kitaorang yang ke-20. Waah,dah masuk 20 tahun! Unbelievable! Bye-bye sweet 17,18 and 19,welcome sweet 20! Seperti biasa just nak share experience kitaorang sebagai orang yang ada kembar.Tiada niat nak berlagak,menunjuk dan sebagainya. ..
Our wish for this year,seperti biasa moga dimurahkan rezeki,dapat result cemerlang (birthday kitaorang selalu time exam), and we really want NIKON DSLR D90 yaw!! Desperately want this!!
"Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu".
No comments:
Post a Comment