Thursday, October 28, 2010

Kembara Si Kembar ( Part 2 )

Bagi untuk fahamkan enrty ini,better baca entry Part 1 dulu. FYI, entry ini ditulis oleh Nadya,memandangkan Nadyra tiada internet connection buat masa ini. Oklah,kita sambung cerita kita. Lepas habis SPM, masing-masing bawa haluan sendiri (ayat tak boleh blah).

Bukanlah macam tu sebenarnya. I dapat masuk matrix dulu. Masa ini agak terkejut jugak dapat masuk matrix.Dahla last minute dapat tahu.Unfortunately,Nadyra tak dapat matrix. I masa tu just follow the flow. Masuk jelah tak yah banyak pikir.Boleh je aku survive sorang-sorang without adik.(Dengan berlagaknya I kata begitu). Tapi,alkisahnya…I tak boleh.Bukan sebab homesick tapi sebab tiba-tiba je kena survive sorang-sorang…before this dah biasa berdua,bila buat sorang-sorang rasa pelik jep. Betullah,berdua lebih baik….padan muka kau! Tulah berlagak lagi…sobs2..

Alkisahnya lagi, I Cuma bertahan selama 3 minggu je di matrix.Bukan sebab kena tendang ye. I dapat masuk Uitm Dungun. So,keluarlah saya dari matrix. Dan sekali lagi,adik tak dapat surat tawaran lagi. Bila I dah masuk Uitm, baru adik dapat tawaran belajar di Uitm Sri Iskandar dalam course yang sama iaitu Accountacy. Ayah I mintak transfer adik ke Dungun tapi Uitm kata Dungun dah penuh.Kalau nak tukar,kena tukar masa semester 2.

Masa ni kitaorang terpikir, apa kata kita try duduk asing-asing? Cam best je. Memang best! Sebab dapat banyak new experience. Dapat ramai kawan,dapat tukar nota, dapat tukar-tukar cerita dan macam-macam lagi. Selalu share ilmu,even duduk asing-asing. Selalu compare pasal campus masing-masing,cara lecturer siapa ajar lagi mudah and etc…Lagipun kitaorang nak elakkan lecturer confuse dengan kitaorang. Time sekolah dulu macam-macam hal jadi.

Paling best bila student akaun Perak datang Dungun.Time ini adik tak ikut.Ada test katanya…So,happylah dapat kenal kawan-kawan dia.Dorang pun tanya itu ini dekat I.Kenapa study lain-lain2? Kenapa perangai berbeza? Banyak lagi dorang tanya sampai tak terjawab den…

Inilah kawan-kawan Nadyra…

Tapi ada jugak yang tak best.Contohnya,bila dua-dua ada masalah masing-masing. Rasa macam terkilan tak dapat tolong. Time ni baru terpikir “kalau study sama,boleh tolong each other”. Tak baik lah pulak cakap macam tu tapi nak buat macam mana,sendiri yang nak belajar asing-asing. Masa decide nak study lain-lain tuh, masing-masing kata “apa susah handphone ada,internet ada, call je hari-hari”. Disebabkan call hari-harilah, topup sampai beratus. Thanks to Celcom. Tak terkejut pun sebab ada pasangan kembar yang lain yang sama kes macam kitaorang ini,bil telefon dorang je dah dekat beribu. ..

Insya-Allah, nanti ada rezeki sambung degree nak buat sama tempat.Mak dah sibuk suruh apply tempat sama. Harap-harap dapatlah sama. Entry ini ditulis sempena Hari Lahir kitaorang yang ke-20. Waah,dah masuk 20 tahun! Unbelievable! Bye-bye sweet 17,18 and 19,welcome sweet 20! Seperti biasa just nak share experience kitaorang sebagai orang yang ada kembar.Tiada niat nak berlagak,menunjuk dan sebagainya. ..
Our wish for this year,seperti biasa moga dimurahkan rezeki,dapat result cemerlang (birthday kitaorang selalu time exam), and we really want NIKON DSLR D90 yaw!! Desperately want this!!



"Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu".

Monday, October 25, 2010

Kembara Si Kembar ( Part 1 )



We was born on 27 October 1990 at Hospital Besar Kuala Lumpur.That is 20 years ago. Cam tak percaya je da masuk 20 tahun. Dulu time kecik-kecik tak taw pun ade kembar.Yang I taw, dari kecik memang dah ada kawan. Selalu main sama-sama, pakai baju sama and everything was setting up to be same. Tapi itu semua dulu.Dah besar,masing-masing tak nak sama. For me,macam bosan je pakai sama. Kadang-kadang tak faham gak dengan orang sekeliling.Bila kita pakai sama dorang cakap “taw la kembar,asyik nak pakai sama je.Da la susah nak bezakan kalau pakai sama”. TAPI BILA TAK PAKAI SAMA, cakap camni lak “ kembar patut pakai sama,yela da nama kembar.aku kalau ada kembar aku pakai je sama dengan kembar aku.” Macam tu la pulakkk..*sigh.

FYI, Nadya adalah anak ayah dan Nadyra adalah anak emak…haha.Sebabnya?? masa kecik-kecik dulu,Nadya akan berkepit dengan ayah,samalah dengan Nadyra asyik dengan emak. Yela,kitaorang kan dua orang, mana menang tangan emak nak jaga kitaorang dua sekaligus. Bukan mudah ya,nak manage dua orang sekaligus.But,our parents manage to do that! Hebat! Thanks mak dan ayah..:))


Gambar dengan ayah…


Kitaorang suka makan.That’s why suka masak sama-sama. Tapi I suka laksa,Nadyra suka soto.Tapi ada jugak kitaorang suka something in common macam spagethi,segala jenis masakan macaroni,lasagna dan ikan keli.Ni memang faveret habis!


Heaven gileerr!!

Nadyra suka giler pasal makeup2 ni. Dia nak jadi makeup artist in future nanti.Bolehlah contact dia,sekarang pun ada buat part time job…hehe..promotelah pulakk…I just suka orang makeupkan je.Memang selalu jadi bahan experiment Nadyra untuk conteng bakat di muka saya..

Ada orang suka cakap tak best ada kembar ni nanti asyik kena compare je.Yup,its true. Memang selalu kena compare.Everything.From head to toe.If I dapat markah lebih sikit,orang akan mengata lagi sorang.Hai,macam2 perangai orang ini. Biarlah,tak kisah pun. I bukan la bangga ke apa bila ada kembar tapi I bersyukur sangat-sangat.I have something people don’t have. Memang when it’s come to comparisons, I think everybody hates it .Tak kisah la dengan siapa pun.Even takde kembar pun, dengan adik beradik yang lain pun mesti korang tak suka kena compare.

Zaman sekolah dulu,memang satu kelas dengan adik(Nadyra). Cuma masa darjah dua dan Form 2 je yang tak sama. Masa sekolah SAMER dulu, memang ada ramai kembar kat sekolah ini. Our batch itself ada 3 pasangan kembar. So, macam tak heran sangatlah student kat sekolah ini kalau ada kawan-kawan dorang yang kembar. Tapi kitaorang sekolah kat SAMER ni sampai Form 3 je.Pastu,masa Form 4 sekolah kat area Selayang. Masa baru masuk sekolah ni,bukan nak cakaplah, tapi it’s a true story kayh.. Budak-budak sekolah ni pandang kitaorang macam alien. First day masuk sekolah ini,dah kena masuk dewan sebab ada taklimat aliran mana yang kitaorang nak amik. Masa ini macam buat “grand entrance” je. Bila usha sekeliling, we can see people are whispering with each other.

When it comes to this situation, kitaorang seperti biasa akan buat tak tahu je. Bila time rehat,semua berkumpul dekat kitaorang , Tanya macam-macam. Haiyoo, budak-budak sekolah ni memang friendly lahh. Kadang-kadang rasa macam kelakar je sebab ada orang ingat kitaorang ini “hantu”lah.Bila Tanya kenapa,dorang cakap yela muka sama sangat. Actually, bagi sesiapa yang rapat boleh cam kitaorang ni,especially my bestfriend dari sekolah rendah iaitu Fifi Fariza. Dia memang dah terrer cam kitaorang.




Ini semua zaman sekolah dulu. Tapi sekarang dua-dua dah kena separate…banyak sedih woo..

Bersambung lah pulakk...

Tuesday, October 19, 2010

STUDY OH STUDY!



How to start huh? Tiba-tiba tak tau nak start…Erm, rata-rata sekarang ini semua tengah study untuk final. Uitm sendiri pun tengah “study week”. Time nilah nak study, consultation with lecturer, study group and so on. Entry kali ini, bukanlah nak bercerita tentang betapa “buzy” saya atau anda struggle kan diri anda pada masa ini. (ok, fine.Ayat macam buku teks)

Tiba-tiba aje nak bercerita tentang “education”. Tak kisahlah education dekat negara mana pun. Nak tanya siapa pernah tengok cerita 3 idiot?? Ala,cerita Hindustan tuh..Hero dia Aamir Khan. I think this is a best movie about education. This movie change my mind and also make me realize about what I’ve learn. Filem ini banyak mengkritik tentang “education system”. I bukanlah nak kritik,just nak share aje..:)

Dalam filem ini semestinya ada 3 watak utama. Yelah,namanya pun 3 Idiot. Ada Ranchos ( Aamir Khan), Farhan dan Raju. Dorang ini belajar engineering dekat institute engineering yang famous, of course lah dekat India. However, masing-masing ada konflik tersendiri. Raju dan Farhan amik engineering bukan sebab minat. That’s why, dorang belajar macam mana pun tak dapat-dapat. Dorang amik engineering because of parents. This films shows that, parents dah tentukan anak-anak nak jadi apa bila besar nanti. Contoh: lelaki=engineer, perempuan = doctor.

Lagi satu yang paling I suka bila filem ni ,buat kita keluar berfikir dari biasa. Kita selalunya fikir, dapat gred or markah yang tinggi, confirm masa depan kau cerah benderang. But,it takes more than that. Ramai yang “good on papers only”.Believe me or not. That’s a fact. Belajar hanyalah untuk peperiksaan.Belajar hanya untuk score exam. Pastu dah tak ingat apa-apa dah. Sikit je orang yang boleh ingat apa yang dia dah belajar dari sekolah dan semester 1. Inilah dipanggil manusia “mesin” dalam 3 Idiot. Kita hanyalah manusia mesin yang hanya ikut apa yang telah di”setting” kan. Watak Chatur @ Silencer boleh hafal sebijik-bijik apa yang ada dalam buku.Selalu bersaing dengan Ranchos.Tapi Ranchos wat relaks je.Tak rasa tergugat langsung. Sebabnya dia belajar dan dia faham bukannya hafal. Ranchos terangkan maksud “mesin” in simple ways tapi lecturer tak accept.

Teringat cerita lecturer Nadyra (ini out of topic jap), dia cakap dalam banyak-banyak kawan dia,tak ramai yang dapat kerja tetap. Nak tau sebab apa? Sebab time exam, tiru kawan,tiru buku dan macam-macam lagi. Score memang score tapi bila kerja lah dapat “reward”nya balik. My lecturer also said the samething. Ada kawan dia “Dean List” memanjang. Tapi one day, lecturer I duduk sebelah dia time exam and nampak dia meniru. Hebat betol! Tapi dengar cerita, sekarang ini dia tak pernah kerja tetap,rumahtangga hancur dan hidup tak serupa hidup.See?

Ada lagi cerita, ada satu interview di sebuah bank. Interview dia simple je. Just suruh baca Surah Al-Ikhlas. Tapi ramai calon 3 pointer tak dapat. Yang dapat seorang ini yang CGPA 2 pointer nak dekat 3pointer inilah.Senang cerita bukan student dekan lahh. Dia yang dapat jawatan manager bank tuh. Bila cerita kat my friends pasal this story, ada seorang ini tanya “Erm,awak Surah Al Ikhlas macam ni kan? “(Sambil baca first verse ayat tu). I tak heran kalau pasni ada yang bukak Al-Quran tengok Surah Al-Ikhlas tu macam mana. Bila tanya soalan luar syllabus, camni la jadinya..

Lepas tengok filem ni, I terpikir. Apa sebenarya yang I cari dalam belajar ini? Semata-mata nak kejar segulung ijazah untuk dapat kerja? Sebab minat? Sebab nak ilmu itu sendiri? Kalau nak kerja,mesti kena ada diploma,degree and whatsoever. Ranchos sendiri belajar bukan sebab nak dapat Degree in Engineering. Dia belajar engineering untuk orang lain yang bernama Ranchos. Dia belajar sebab memang dia suka dan minat belajar. Habis tu kita ini macam mana?

Friday, October 15, 2010

Together-gather

Hari Jumaat lepas (8/10/2010) kitorang satu batch Perakaunan semester 5 buat BBQ disiang hari. Tak tahulah kenapa buat siang maybe sebab malam susah nak keluar,transport pun payah jugak nak cari malam-malam. Tempatnya di Teluk Bidara. Even I dah kat sini hampir dua tahun tapi takdelah jalan-jalan sangat kat Dungun ni. As you all know,Terengganu memang banyak pantai dan cantik-cantik semuanya. Dah namanya pun pantai Timur. Tahukah anda bahawanya Uitm Dungun terletak betul-betul tepi pantai??? Langkah je kaki keluar dari pagar selepas melalui pak guard, dah ada pantai. Ada ke university lain yang ada pantai?? Hehe..tak payah nak koya (poyo dalam bahasa KL) sangat la Nadya oiii..:P

Oh ya, Pantai dekat dengan Uitm ni namanya Teluk Gadung.Tapi haruslah diingat bagi sesiapa yang baru datang sini especially junior (bukannya super junior) sebabnya pantai ini tak boleh mandi. Sebabnya pantai ini merupakan pantai dalam. Dah ramai student mati lemas. Maka, disebabkan dah selalu sangat dah pergi pantai ini, budak-budak lelaki suggest buat BBQ di sini Pantai Teluk Bidara. Memang cantik tempatnya.Dekat sini boleh mandi ye. Memang selamat untuk mandi. Jom layan gambar…



Bersama Datin Seri Rodziah@ Ogy…Dia sangat pandai ok.Sesuai lah dengan peribahasa “kecil-kecil,cili padi”.Nampak sangat relaks tapi result memang gempak. Macam Liana Afiera said in her novel “study biar lepak,result biar gempak”. I suka you lahhh!!



Gambar macam lebih kurang sama pose dengan adik punya gambar dekat Pulau Pangkor...hehe


Bersama Tia..Dia sangat bessttt…minat Korea sama-sama..


Jom makan..


Suka gambar ni..jom like macam kat FB..:))


My bestie..love..


Roomate yang best and sporting. Selalu share and bertukar pemikiran dengan dia.


Di Gua Hira’ kononnya kata mereka...masing-masing berjanji jadikan pic ini sebagai profile picture selama seminggu(rasanya dah cukup seminggu)


Mereka semua…tak ramai pun yang attend. Lagipun batch kitaorang memang tak ramai pun.


On the way balik kolej…muka semua dah lemau sebenarnya..


Owh ni bestfriend saya. Dari sem 1-sem 3 berturut bilik sama. Kenal since orientasi lagikk..

Overall,best lah jugakk.Kiranya semua enjoy walaupun dah hari-hari mengadap pantai.At least release sikit tension...

LOVE,NADYA....

Sunday, October 10, 2010

Apa sudah jadi???

Dikala saya dihentam dan di"smash" hebattt tentang konsert JYJ yang akan berlangsung next week, timbul pula cerita tentang konsert Maher Zain yang juga datang Malaysia baru-baru ini. First of all, dont get me wrong about this thing ok. Bukan nak tunjuk baik ke apa. Yela, I sekolah agama pun tak abis. I'm not perfect,so do you. Tapi benda baik haruslah di share dan ditegur kan? Hukum tetap hukum, takkan nak tolak hukum pulak kan..

Seperti sedia maklum, konsert biasa orang akan jadi bagai nak gila menjerit. Tapi konsert Maher Zain?? Apa kes nak jerit-jerit?? Lagu yang ada mesej baik kottt.Nasyid pulak tu. I ada share link kat FB pasal ini.Bukan patut insaf ke??

I amik sikit ayat dari editor tu...

"Teguran yang kami ingin tekankan adalah muslimat yang menjerit-jerit ketika konsert.

Ayat "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja sambil melompat-lompat semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik" adalah ayat pendahuluan.

Penekanan berita ini adalah "bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?" sepertimana tajuk berita "apabila muslimah terjerit-jerit semasa konsert Maher Zain."

Kami mencadangkan agar untuk konsert-konsert Islam seperti ini, para penganjur atau artis itu sendiri perlu mengingatkan penonton agar menjaga akhlak.

Moga-moga konsert seumpama itu mampu melahirkan keinsafan di kalangan penonton dan bukan sekadar menjadi medan melepaskan rindu kepada artis".

For further info boleh baca di sini

Last but not least, bak kata prof izzi Hot fm yang juga lecturer I masa semester 1, renung-renungkan dan selamat beramal...

Tuesday, October 5, 2010

Class trip

Sekarang ni I dalam proses untuk memutihkan kulit balik.Ni semua gara-gara bejemur kat tepi pantai.Isk2 kulit dah memang tanned buat apa nak tanned lagi kan.Bangun awal gila pagi Sabtu coz excited nak gerak gi Pangkor.Janji nak gerak kat uptown pukul 6.45pagi tapi dak laki boleh lak baru nak mandi time tu. Diorang sampai nak dekat kul 7.30 camtu.


Disebabkan mengantuk sangat I tido dalam bus along the way nak sampai Lumut.Yelah malam sebelum tu ada rumah terbuka kat kolej I, kebetulan jadi committee so banyak benda nak kena buat,the best part is I dah pandai anyam ketupat..a big applause for me!hahaa





Kitaorang sampai jeti Lumut around pukul 10 then terus naik feri g Pangkor..

Sampai2 kat Pangkor, letak barang kat dalam dorm and terus lepak tepi pantai..lepas solat zuhur kitaorg naik bot ronda semua
pulau yg ada kat situ and snorkelling skali.Pulau kat sini semuanya cantik2 tapi mahal-mahal belaka escpecially Pangkor Laut..nak tido satu malam pun cost about rm27000,korang mesti ingat I salah taip tapi memang ni harga untuk satu malam..kalau naik helikopter dari Kl-Pangkor rm 12000 pergi balik..pics kat bawah ni tempat Marina Bay, cost untuk tido satu malam rm 1000..

tempat kat bawah ni pulak, chef wan pernah datang masak kat sini untuk rancangan ape tah..kalau nak makan kat sini satu pinggan harga rm40..baik beli beras sekampit kan..


Balik dari jalan-jalan kitaorang main game lak,fun jugak la.sampai semput lari nak kejar diorang..tapi gambar takde coz time ni semua orang take part main game..untuk malam kitaorang having a barbeque plus nasi goreng kampung..kenyang gila makan,after that main game lagi..taknak la citer coz game ni macam bodoh2 sikit diorang kenakan orang..hihiii

Esoknya bangun awal coz nak jalan-jalan lagi kat area pantai,pagi ni dah siap mandi coz tak nak bawak balik baju basah banyak2..penat nak basuh nanti..



So, tiba la masa nak balik ke Sri Iskandar,time ni rasa tak nak balik je..banyak assignment menanti plus forum untuk bel lagi.whatever it is rasa seronok sangat trip kali ni.thanks to all classmate yang penat2 organize trip untuk class kita. Overall bajet dalam rm100 tak termasuk shopping..agak berbaloi la..actually banyak lagi gambar tapi tak ambil lagi kat diorang..tengokla kalau rajin I upload untuk next entry lak

Oh ya..baru I teringat sejak duk perak ni ada la beberapa tempat yang I dah pergi.Some of the place under faculty and ada gak yang pergi sendiri..tempat yang dah pergi macam teluk senangin(part 1),teluk batik(trip part 1),Lost world of Tambun(family day),SUK hall(dinner)..



till then..see you when I see you..
you know you love me..xoxo..nadyra

Sunday, October 3, 2010

Gambar panas!!!

Tajuk nak hebat...padahal gambar biasa je.Just nak share, lepas cuti raya aritu kitorang baru dapat gambar kelas.Ini adalah untuk kenangan before graduate katannyaaa...Saja je amik gambar lambat-lambat. Memang plan camtu sebab buat amik gambar awal-awal, tak rasa bahang nak graduate...:P



Gambar skema kami..semua behave yea..Inilah classmate yang dicintai (UiTM Dungun)...Memang sikit budak lelaki dalam kelas kami...




Gambar tak skema..semua berposing..i like..:)

Thanks to the photographer yang bagi muka I cerah daripada biasa. Terlalu cerah dan kulit nampak begitu mulus sekali..wekkk...:P...Tak tahulah kenapa jadi begitu, maybe dia nak edit gambar jadi terang kott...so hasilnya jadi begini..

Dari perantauan..Nadya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...