Thursday, July 21, 2011

Product review

Entry ni just nak share produk yang kitaorang pernah pakai. Kitaorang just pakai barang-barang makeup yang biasa-biasa.Senang citer yang kitaorang mampu nak pakai. Terpulang pada individu itu sendiri nak pakai yang produk yang mana.Kalau mampu pakailah yang mahal. Ada sesetengah produk memang berbaloi kita pakai yang mahal dari segi kualiti, hasil yang memuaskan dan lain-lain.Lagipun kitaorang ni student , jadi pakai mana yang mampu je.

* Ni hanya pendapat kitaorang tentang sesuatu produk. Lain orang lain taste nya. Sila beri tunjur ajar *

1. Foundation

Maybelline- tak ingat nama full dia.Tak silap “clear smooth”.Time tu yang jadi model Nora Danish. Okla jugak foundation ni. Ni jenis liquid foundation. Just nak bagitau kalau beli foundation Maybelline,silky girl or loreal, better beli yang gelap sikit. Sebab kalau korang beli kaler natural dorang amatlah putih dan cerah. Kulit natural mat salleh tak sama dengan natural orang Asia. Sangat berbeza.Ni dari pengalaman kitaorang lahh.Maybe kulit kitaorang yang gelap kott..

Silky Girl- Pernah guna jugak brand ni.Tapi cam tak berapa nak sesuai sangat dengan kulit.Jenis liquid jugak. Bila apply kat kulit, jadi kulit kering. Nampak tak smooth dan berminyak. So, aku rasa kulit aku memang tak boleh masuk dengan foundation ni.

Mary Kay- Liquid jugak. Ni paling best!!! Sangat smooth, natural dan flawless. Harga RM60. Still guna sampai sekarang tapi jarang guna sebab sayang (apa punya reason).

Pixy- Ni bukan basikal fixie kayhh..hehe.yang ni ok jugak dan affordable. Boleh pakai hari-hari sebab senang nak basuh. Ni jenis stick. Ramai jugak student pakai brand ni. Aku tak tau nama harga die cam berbeza-beza. Aku beli harga lain, orang lain pun beli harga lain.*takde gambar lah pulakk*

Naturactor- Ni sesuai untuk photoshoot, nikah dan harian. Best jugak yang ni. (semua best aku rasa). Kitaorang ada 3 naturactor.Kod 240, 152 dan 153 untuk shading.

Kryolan- Foundation paling mahal pernah dibeli. First beli yang kod FS38. Harga RM 85. Depend jugak korang beli kat mana.Banyak je yang jual lagi murah.Tapi murah tak murah jugak sebab foundation ni memang mahal. Yang kedua beli kod Chinese harga RM 45! Eh,murah lak? Ni sebab beli dekat beauty fair.Kongsi dengan Adi kos beli 3 stick kryolan dapat harga RM 135. Adi rembat 2, aku amik 1..hehe.Ini dinamakan bijak berbelanja…kuikuikui..

Untuk beli foundation kenalah pandai match dengan kulit kita. Jangan beli yang cerah kalau kulit kita macam tak berapa nak cerah. Nampak cam topeng je. Its okay kalau tak Nampak putih pun. Biar Nampak natural gitu..

2. Bedak padat/compact.

Silky girl- Cam biasa aku tak ingat nama full die. Aku tak sure if this product still exist. Tapi aritu Nampak my grandma pakai.(bedak je pun, tak perlu pikir yang grandma aku makeup sangatlah kan) Harga dalam range RM7-RM 1O. Tapi yang pasti tak sampai RM10. Dulu pakai bedak ni sebab budget. Tak ada duit sangat nak pakai brand lain. So, what u can expect from this product kan? Bila pakai ternyata kulit Nampak berkilat atau dalam kata lain berminyak. Tapi ku teruskan juga adalah sampai 3 kali beli.Aku try search gambar kat google tapi takde.Gambar kat bawah ni aku pernah pakai jugak.Beli kat jom heboh Harga tak sampai rm20 pun.Harga promosi katanya..

Silky Girl

Maybelline- Yang ni pun sama jugak.Kulit ku Nampak berminyak juga. Maybe tak sesuai. Next..

Miyami- Keluaran Cosway bagi sesiapa yang tak tau. Bedak ni two way cake foundation. Sangat sesuai dengan kulitku ni.Sapuan yang rata dan yang paling penting tak berminyak! Selalu aku beli time ada offer. Barang makeup dari Cosway sebenarnya sangat berkualiti dan harga pun sangat berpatutan.

Pixy-again and again pixy. Kualiti pun ok. Beli pixy bila kurang budget untuk beli bedak miyami. Selalunya kan rotate. Kalau beli pixy tunggu habis dulu baru beli miyami :)

3. Lipstick & Lip gloss

Maybelline- Kenapa selalu mesti ada Maybelline? Adakah membodek Maybelline setelah menang? Hehe… tak adalah. Dah produk best memanglah selalu diatas. Namanya Water Shine Pure. Ada beli 3 kod. First 08-cranberry sherbert.second- B24 and P24. Aku paling suka kod B24 sebab sangat natural kalernya. Harga bawah RM25. Kalau ada offer dalam RM 14 pun boleh dapat. Kawan aku pernah cakap aku pakai lipstick murah. Tapi at least ni trusted brand dan aku suka kaler dia.Maybe sebab family dia pakai yang mahal.Tak kisahlah janji aku suka! :))

De Herbs Lipstick Collagen- Kakak aku jual produk ni. Apa yang aku suka dengan produk ni sebab ada collagen. Boleh merawat bibir. Lipstick ni ikut warna darah. So far aku pakai takdalah jadi merah menyala macam sesetengah orang pakai. Tipsnya jangan letak banyak sangat. Makin banyak korang letak makin pekat kalernya.

Lip Ice- Untuk kesihatan bibir gak. Paling suka sebab dapat free dari lipice. Memang bagus untuk bibir.Pilih je mana yang korang berkenan. Sangat berpuas hati!

Lip gloss Silky Girl- brand yang mula-mula aku pakai. Sebab murah dan cantik. Sekarang pakai lip gloss Avon tapi dah lama tak pakai lip gloss since dah pakai lipstick.

4.Eyeliner

Avon- Pakai yang glimmerstick eyeliner. Pekat dan kemas. Ada jugak pakai yang jenis pensel.

Kryolan- Baru beli hari tu. RM 18 offer gila nak mamps. Harga sebenar dari rm30-rm60. Kaler blueblack.

Maybelline-Yeah, Maybelline lagi. Ni jenis Maybelline Eye Studio Lasting Drama Gel Eyeliner.Bila pakai tak smudge. Tapi harus pandai pakai sebab kena guna berus. Mula-mula pakai terketar-ketar gak.Tapi practice makes perfect yaw!

Cosway-Sama jenis dengan eyeliner Maybelline tu. Tapi ni kurang best sikit sebab kena tunngu kering sikit baru leh bukak mata.Kalau tak ada kesan di kelopak mata.Aku kot tak reti pakai..huhu..

5.Blusher

Elianto-blusher pertama ku pakai.RM 10 je. Pakai sampai habis. Bila nak beli lagi dah takde dah kod tu.Pastu aku dah malas nak Tanya dah. Beralih arah pada yang lain pulak.

Silky Girl- Beli yang duo kaler punya. Putri Sarah jadi modelnya.

Mary Kay- Yang ni memang best tapi kaler sangat natural.Beli yang cair sangat. Around RM 35.

6. Eye Shadow

Eyeshadow elianto and Maybelline.Aku punya yang kaler ungu :)

Paling banyak pakai yang elianto punya.Ada jugak uptown vision tapi ada 1 je.Oh, ada beli Maybelline eyeshadow kaler ungu.Yang lain campur-campur…huhu..

7. Maskara

Ada satu je sebab jarang guna.Maybelline jugakkk.Sama macam gambar.

Kesimpulannya(dah macam karangan da), ini semua barang yang kitaorang pernah pakai. Kesan sesuatu produk maybe berbeza pada setiap orang. Ada yang sesuai ada tak.Ada yang suka, ada jugak yang tak suka. Depends la korang suka yang mana. Hajat di hati nak pakai MAC tapi kemampuan belum ada lagi. Tunggulah kerja dulu kan..:))

*Semua gambar menunjukkan produk yang sama kami guna. Malas nak snap gambar sendiri. credit to google for all pics*


2 comments:

  1. Sis, u beli maybelline eyes studio kt kama ehh?

    ReplyDelete
  2. Pasal foundation tu,sy setuju.
    Jgn pilih kaler yg light hanya sbb nk nmpk putih.
    Sy kulit kuning langsat.jg selalu amek range medium-dark.
    Pernah try range fair-medium,alamak!mcm topeng je muka ni sy rasa..
    Skrg maybelline ada bb stick kn.
    Sy nk amek natural,tp nmpk cakey bila try kat rahang pipi.
    Jd sy amek la code radiance.mmg masuk kat kulit muka sy.code ni susah jmp.jd beli lbh sket.hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...