Lama tak update blog. Fb pun aku malas nak update status. Aku tak tau nak tulis apa kat status tu. Ada satu hari tu adalah dalam 2 or 3 hari aku tak on FB.Bila bukak home FB aku cam pelik "eh,bila pulak aku bukak profile orang ni,tak silap tadi aku log in pakai ID aku." Rupa-rupanya, orang tu yang update status paling banyak kat FB die.So,bila kat home aku tu banyaklah naik status update die. Aku tak rajin camtu..huhu.
Banyak benda sebenarnya aku nak tulis. Tapi entahla aku rasa susah nak share kat sini.Aku citer yang basic2 jela. Aku dah kawan lama gak dengan sorang ni. Adalah bertahun jugak.Even takdelah sampai 10tahun.Tapi makin lama aku rasa tawar hati dengan dia. Aku pun ada kelemahan aku dan camtu jugak dengan dia. Nobody's perfect kan?
Aku bukan apa dia macam tak habis nak rendahkan family aku.Tu yang buat aku sedih. Macam nak pertikaikan lifestyle family aku. Lebih tepat macam nak kata kuno la. Kadang-kadang aku terfikir salah ke kalau kita nak ke arah kebaikan? Nak cari ketenangan Ilahi, nak buat sesuatu yang lebih baik..salah ke?
Since parents aku balik Haji banyak benda yang mengajar kami adik beradik. Lebih pentingkan solat dan macam-macam lagi.Sekarang ni ayah aku banyak tegur pasal solat. Even kitaorang dah tanggung dosa sendiri, ayah aku kata dia still bertanggungjawab atas apa yang kitaorang buat. Sampai ayah aku pernah cakap tak kesian ke kat ayah nak tanggung dosa anak-anak dia.Contoh if tak pakai tudung, parents kita dapat saham jugak.Padahal dorang dah tegur,kira cam tak adil kita yang buat tapi dorang pun dapat sama.
Bagi aku, bila parents tegur pasal agama ni means dorang sayangkan kita. Parents aku pun bukanlah jenis yang mewahkan anak. Shopping tiap-tiap bulan memang tak selalu pun lagi-lagi nak bagi hadiah mahal atau berjenama. Tapi tula kayu pengukur orang sekarang, aku ada barang brand ni, kau ada? owhhhhhhhh, speechless haku.
Dalam Solusi pun ada kata parents bila sayang anak-anak bukanlah dengan memberi material things sepatutnya dengan menerapkan unsur-unsur kerohanian dalam diri anak-anak. Dalam kubur tu takde siapa yang boleh tolong dorang. *you may say i'm kuno again.
Aku sedih. Seriously aku sedih. Aku ada baca satu blog yang mana blogger tu baru pakai tudung.Dia kata dulu dia selalu kata pakai tudung ni nampak macam akak-akak,macam makcik-makcik la.Tapi ada satu benda yang buat dia insaf and dia realise.Dia kata dekat sisi Allah takde pun istilah akak-akak,makcik-makcik atau kuno ni. Manusia yang pandai-pandai buat istilah camtu.
Aku pun bukanlah baik sangat.Aku still nak perbaiki diri aku. Banyak benda yang perlu aku cari dan pelajari lagi. Tapi aku sedihlah bila orang cakap macam tu. Kawan aku pernah cakap bila dia tengok orang pakai tudung labuh dia rasa respect sangat.Kadang-kadang dia rasa segan pulak dengan dorang.Yela segan sebab kita tak macam dorang.
Aku tulis entry ni untuk luahkan rasa kecik hati aku ni. Aku sebenarnya tak kisah pun orang nak kata apa.Tapi kita ni ada perasaan. Mesti rasa sedih.suka dan macam lagi. Kalau ada yang terasa hati aku MINTAK MAAF banyak-banyak.Aku takda niat nak buat orang terasa. Aku manusia biasa, kalau nak kata orang banyak-banyak pun aku bukanlah perfect pun. I'm sorry...:) Peace no war..
No comments:
Post a Comment