Thursday, March 31, 2011

Tersilap orang ?? Itu perkara biasa..:)

Saje nak share cerita pasal kitaorang. Bagi kitaorang memang dah jadi biasa bila orang tersilap panggil nama kami. Biasalah,ada orang kadang-kadang tak dapat nak cam atau bezakan kitaorang. Tapi,bila dah belajar asing-asing ini macam-macam cerita lucu timbul.

Ini cerita terbarulah untuk semester ini..For my campus at Terengganu ni, I kena jadi "kakak angkat" untuk junior semester 1 dan 2. Ini untuk program "First Year Experience" bawah fakulti perakaunan.Masa tu I part4. So, dalam group I ada seorang budak ini nama dia Asmidar (macam ni kot ejaan dia, tak sure lah pulak). Dia part 1 masa program tu. Sekarang I dah part 6 dan dia dah masuk part 3.

Alkisahnya, Asmidar ni dia pindah lah pulakkk Uitm Perak..So, korang boleh teka lah kan apa jadi..:P Dia jumpa Nadyra dekat sana tapi dia ingatkan itu "kak Nadya"..
Dia tak tau yang kitaorang kembar.Dia ingat I pindah kampus Perak.

Dia tegur Nadyra dalam bus..perbulan seterusnya di bawah...

As : Eh, kak nadya kan?

Nadyra: Erm,bukan. Nama akak Nadyra.

As : Owh, tapi muka samalah.

Nadyra: Nadya tu kembar akak..

As : *freaking out* lahh ye ke? tak taulah pulak kak nadya ni kembar.Mati-mati ingat dia pindah kampus ni sama dengan saya.Sebenarnya,dah lama nampak akak cuma tak tegur je. Siap kata dengan kawan lagi,yang kak nadya tu sibuk je ikott saya pindah kampus..hehe

Nadyra: Yela,manalah nak tau awak junior dia.Kalau dia maybelah kenal dan tegur awak.Akak setakat kenal kawan-kawan rapat dia je.

Lebih kurang macam tulah conversation dorang...Since dari hari tu,kalau dua-dua orang ini jumpa mesti bertegur.Dia siap bagitau kawan dia lagi yang dia silap orang dan cerita yang kat orang lain yang kitaorang ni kembar.Padahal,bila kat Dungun kitaorang takdelah bercakap sangat sebab jarang jumpa.


Inilah orangnya.Yang belah kanan tu.So sweet amik gambar sama-sama.Pastu tagged kat FB sambil dengan caption "knowing her?"...Tapi,sekali tengok macam gambar artis dengan peminat je...hehe


Biasalah tu benda macam ni jadi kat kami. Kalau nak kumpul cerita lucu dari kecik sampai besar memang banyakk. Family kitaorang pun suka dengar cerita camni.Bila cerita kat dorang, dorang mesti gelak. My parents mesti cerita kat orang lain pasal "kisah-kisah lucu" kitaorang ni...

Thursday, March 24, 2011

Muka buku kaler biru


Kadang-kadang I fikir ada baiknya Fb tu ditutup.Bukan apa sometimes sakit hati baca status orang yang tak tau nak fikir perasaan orang lain.Yup, itu memang Fb kau dan suka hati kau lah kan nak tulis apa.Tapi,apa yang kau rasa kalau orang lain buat macam mana yang kau buat tu?? Mesti rasa annoying gilaaaa kannnn???

Pastu secara logiknya, takkan kau nak kata "aku bukan tuju status itu kat korang semua",walhal kau baru je lepas jumpa orang itu dan terus update status kat Fb.Takkan kau nak kata kau tuju status tu kat kawan kau yang ada kat overseas pulak??? Mestilah kawan yang ada kat sekeliling kau kan??? Secara tak langsung hubungan sesama kawan akan terjejas..

For me,Fb ni bagus dan ok untuk kita connect with people. Tapi,orang yang gunakan Fb ni yang salah gunakan fungsi Fb nih. I sendiri suka je dapat jumpa kawan-kawan dari sekolah rendah dan kawan lama yang memang dah lama tak jumpa semua. Yela,bukan senang nak jumpa lagi-lagi semua belajar lain-lain tempat.So, dengan adanya Fb ni dapat keep in touch lagi dengan dorang.Nak jemput kenduri pun senang.

Tak faham kenapa nak buat status yang "panas" dan "kontoversi". Pastu semua nak komen,yelah nak show yang kononnya concern lah apa jadi kat kawan tu. I tak salahkan orang yang komen tu,dorang tak tau apa-apa. Tapi,orang yang buat status camtu memang sengaja nak tarik perhatian orang lain. Tak rasa macam publisiti murahan ke??

Tu belum masuk lagi "love birds" yang rasa Fb tu diorang yang punya. Adoiii, tak cukup-cukup lagi ke kau dah sms siang malam, dekat Fb jugakkk kau nak berkasih sayang. Nak tunjuk sangat "keagungan" cinta mereka tuh. Cukup-cukuplah tu. I memang tak berkenan sangat bab nih. Tak taulah you all macam mana.

Gunakan teknologi yang ada untuk sesuatu yang bermanfaat dan berfaedah.Contohnya,macam share info dan sebarkan perkara yang positif...

p/S: before this memang pernah buat argument essay pasal Fb nih..:P

Wednesday, March 23, 2011

Wish me luck...

OMG, final exam untuk student diploma hanya 10 hari sahaja!!! Biasanya final exam 3 minggu tapi disebabkan perubahan jadual akademik, maka jadilah 10 hari sahaja...memang kecut perut kitaorang semua.Mana taknya, semester ni insya-Allah semester terakhir kitaorang untuk graduate...

Please wish us luck in our final..I know i'm not the only one take the final exam on the earth but I'm really scared.Semua orang mahu graduate on time kan?? My course is not easy as ABC..Its a really tough because it can be consider as professional course..
huhu...

Usaha,doa dan tawakal itu yang paling penting.Kita tak boleh harap orang lain nak doakan kita tapi at the same time kita jugak kena berusaha ke arah itu...Tinggal satu bulan lagi je dan lepas tu boleh rehat puas-puas...Insya-Allah

Thursday, March 17, 2011

Heartbeat yaw!!!

Ok ini bukan lagu 2PM yang Heartbeat tuh kayhh...Ini online personalized gift store.Kira korang boleh tempah dan create gift korang sendirilah..Tapi yang bestnyer,korang jugak boleh pasang iklan dekat korang punya blog tuhh...Boleh lah jugak dapat duit sikit...(selain blog takdelah nampak kosong sangat..)

Actually dah lama my sis suruh buat letak kat blog,tapi tak taulah kenapa I ignore je.So,baru hari ini tergerak nak letak..Bagi,sesiapa yang nak letak bolehlah klik gambar di bawah ini kayhh..



Korang just create account kat situ macam biasa then lepas dah abis isi detail tu,klik untuk join HB!Affiliate...selamat mencuba!!

P/S: I still learn all these things this ya! If ada mistake tu,kira maaflahh awal-awal yea..peace yaw!

Wednesday, March 16, 2011

Lega sikit...

Hari ini ada presentation maut punya..Present untuk subjek killer paper iaitu subjek Financial Accounting. Adoi,memang pening kepala den dan sangat-sangat stress. Mana taknya,kitaorang student akaun kena siapkan case study yang merangkumi apa yang kitaorang belajar dari semester 1 hingga semester 5. Tak cukup dengan tu case study ni meliputi 5 bahagian iaitu management accounting,financial accounting and accounting information system,financial management,auditing dan taxation.

Semuanya bahagian amat mencabar okayyhh. Sebabnya, selagi tak siap atau tak betul bahagian yang pertama, tak boleh proceed dengan bahagian yang seterusnya.Maknanya,jawapan bahagian pertama haruslah tepat dan betul! huhu..memang boleh bunuh diri...:p

Dahla group kitaorang "bertuah" jadi presenter pertama.Memang terbaikk lahhh kannn.. Tapi apa pun I bangga dengan komitmen dan kerjasama semua ahli group.Korang memang terbaik!! Serius tak tipu...Dikala group lain kedekut untuk berkongsi ilmu mereka,kami struggle siapkan kerja kami sendiri dengan jayanya.

Lecturer siap kata,"you all boleh refer group ni".Mau tak kembang kitaorang..Apapun,present ni dah lepas dan still ada dua bahagian lagi yang tak present iaitu auditing dan taxation. Nak rehat dulu then baru sambung stress itu balikk..

Monday, March 14, 2011

So Random 3

"Ikut resmi padi,makin berisi makin tunduk dan banyak bagi kebaikan pada semua.Bukannya jadi macam lalang, makin lama makin tinggi dan takda gunanya pada yang lain..."


Cliche bunyinya tapi itulah hakikatnya sekarang ini.Ilmu itu Tuhan yang bagi,kalau nak tarik bila-bila masa je....

Sunday, March 6, 2011

So Random 2

"Dont blame me if I'm selfish like you do"

Saturday, March 5, 2011

Grooming class with Dara.com

Last month me with my roomate maklin join grooming class .Mula2 I macam tak dapat nak pergi coz I ada site visit masa tu,tapi mungkin rezeki I class untuk hari Khamis cancel so that I dapat lah join.

Hari Rabu malam I dah call committee event ni tanya whether kitaorang boleh register ke tak lagi.Alhamdulilah sis tu cakap boleh, itu pun diorang dah limit untuk 85 orang je.Before this diorang cakap sampai 100 orang boleh join tapi terpaksa limitkan coz tak nak terlalu ramai.Kitaorang kira sipi2 je lagi tak dapat.

I sempat la sembang2 dengan sis Nadia ni,dia cakap diorang agak berebut jugak la dengan budak Shah Alam untuk amik Dara.com ni.Tapi dah rezeki kitaorang,dara.com tak pernah lagi datang ke Perak so diorang teruja nak tengok dak2 Sri Iskandar ni pakai tudung macam mana.

I memang senang teruja dengan benda2 macam ni.Hari tu pun teman maklin gi Manjung untuk interview Siti Salon I pulak yang lebih2 tanya kat staff kat situ padahal I bukan group dengan maklin pun.:))


OK,sesi pertama untuk class ni kitaorang telah diajar cara2 nak pakai shawl oleh Pn Anizon.Dia merupakan ex editor untuk majalah Dara ni tapi sekarang dia dah jadi image consultant.




best companion ever, bestie + roomate..

Sesi kedua,Pn Dinie Awalluddin ajar cara makeup pulak.Dia ajar basic makeup untuk ke class tapi dia banyak bagi penekanan kat skin care lagi coz bagi dia makeup ni bersifat sementara je.

Overall I puas hati la dengan groooming class ni exspecially masa Pn Anizon ajar cara nak pakai shawl tu.Dia memang buat I rasa nak pakai shawl lah pulak lepas ni.I ni bukan apa,I jenis malas nak lilit shawl je.Lagi2 cuaca kat sini panas so tak berani nak try pakai.Next week nya I terus beli shawl kat pasar malam, tapi kat sini harganya mahal la kalau nak compared dengan Jalan Tar:((.Rasa macam menyesal pun ada beli kat sini tapi nasib baik beli 1 je.Tak pe la balik KL I nak beli banyak2 kat Jln Tar.

Pn Anizon bagi tips beli tudung dulu baru beli baju.1 shawl baju boleh pakai lebih dari 5 shawl yang berlainan colour and corak.Dia dah try buat dah.




Beza betul I dengan Pn Anizon,selekeh gila.Tengok la tak menyempat2 nak amik gambar dengan dia


Thanks teman I pergi sini maklin

Oh ya before terlupa semua gambar2 ni I amik kat sini

Till then,see you when I see you..xoxo

Thursday, March 3, 2011

Motivasi Untuk Diri Sendiri...



Baru-baru ini, I ada tengok video Gadis Semasa by Sunsilk. Sebenarnya, tak pernah tengok pun citer Gadis Semasa pun. I berminat nak tengok cuma bila dah masuk sem ni memang takde masa nak tengok. I tengok video bila mana Wardina Saffiyah bagi motivasi.

I sukalah bila dia bagi motivasi ni. Memang nampak dia ada knowledge bila bercakap bukan cakap kosong je..Dia bercakap pasal keyakinan diri dan pentingnya motivasi pada kita.



Ok, I share sikit apa yang Wardina cakap kayhh:

" Keyakinan diri ni kita kena belajar sendiri sebab ia tak di ajar dekat sekolah. Keyakinan diri ni penting sebab it will effect your life. Kadang-kadang diri kita sendiri yang menjadi penghalang pada diri sendiri.Kita selalu rasa ragu-ragu sebab we care so much what others think of us.Itu yang buat kita selalu rasa ragu-ragu.Takut dan ragu-ragu adalah punca kegagaglan.

Beza antara orang berjaya dan tak berjaya adalah MOTIVASI.Kita kekurangan self-confidence sebab kita takde motivasi.Sebab tu kita kena cari motivasi dari orang yang dah berjaya atau dari orang yang kita kagumi.Kita pinjam sekejap motivasi itu dari mereka.Buku pun banyak bagi motivasi.Kadang-kadang bila kita baca sebaris ayat motivasi dah cukup untuk bagi kita semangat. "

Lebih kurang macam tulah apa yang Wardina punya talk. I memang suka dia dan suka baca status dia kat FB yang banyak share ilmu dan pendapat.Bagi I,dia memang dah transform habis since dia dah bertudung.

Korang boleh tengok video ini kat page Gadis Semasa Sunsilk di Facebook.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...