Thursday, March 3, 2011

Motivasi Untuk Diri Sendiri...



Baru-baru ini, I ada tengok video Gadis Semasa by Sunsilk. Sebenarnya, tak pernah tengok pun citer Gadis Semasa pun. I berminat nak tengok cuma bila dah masuk sem ni memang takde masa nak tengok. I tengok video bila mana Wardina Saffiyah bagi motivasi.

I sukalah bila dia bagi motivasi ni. Memang nampak dia ada knowledge bila bercakap bukan cakap kosong je..Dia bercakap pasal keyakinan diri dan pentingnya motivasi pada kita.



Ok, I share sikit apa yang Wardina cakap kayhh:

" Keyakinan diri ni kita kena belajar sendiri sebab ia tak di ajar dekat sekolah. Keyakinan diri ni penting sebab it will effect your life. Kadang-kadang diri kita sendiri yang menjadi penghalang pada diri sendiri.Kita selalu rasa ragu-ragu sebab we care so much what others think of us.Itu yang buat kita selalu rasa ragu-ragu.Takut dan ragu-ragu adalah punca kegagaglan.

Beza antara orang berjaya dan tak berjaya adalah MOTIVASI.Kita kekurangan self-confidence sebab kita takde motivasi.Sebab tu kita kena cari motivasi dari orang yang dah berjaya atau dari orang yang kita kagumi.Kita pinjam sekejap motivasi itu dari mereka.Buku pun banyak bagi motivasi.Kadang-kadang bila kita baca sebaris ayat motivasi dah cukup untuk bagi kita semangat. "

Lebih kurang macam tulah apa yang Wardina punya talk. I memang suka dia dan suka baca status dia kat FB yang banyak share ilmu dan pendapat.Bagi I,dia memang dah transform habis since dia dah bertudung.

Korang boleh tengok video ini kat page Gadis Semasa Sunsilk di Facebook.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...