Wednesday, February 1, 2012

Skin care

Now it's my turn to strike a post after being so long not update everything about beauty.actually takde apa sangat la just. just last day Nadya cakap dia risau dengan kulit muka dia sekarang. Since dia duduk SI ni,kulit dia macam kering sikit and jerawat kecik2 banyak kat muka. Dia takut tengok gambar orang kat FB yang jelas kelihatan parut2 jerawat. Dia tak nak la macam tu,kalau boleh dia nak kulit yang smooth je even b4 ni tak la smooth mana pun.

Alhamdulilah kulit kitaorang jenis kalau ada jerawat,dia tak tinggalkan parut yang berlubang ke apa. Memang takes time jugak la nak heal parut yang hitam tu tapi better la dari parut yang kekal tu.Thank you Allah:)

Kitaorang sebenarnya takde la setia dengan satu2 produk tu sgt,kdg2 selamba je pakai produk yg kitaorg suka @ senang terpengaruh kalau tengok promo kat magazine.hehe..tapi jarang beli gak. Sekarang ni aku suka pakai BB cream kalau pergi mana2, kalau tak dapat hadiah dari Maybelline haritu aku rasa sampai sekarang aku tak pakai kot BB cream ni. BB cream ni coverage dia tak tebal macam foundation, and kalau ikut kat iklan cakap BB cream ni banyak kelebihan dan yang penting elok untuk kulit. Senang cakap tak terasa kita pakai cream pun, dia ringan je kat muka.Harga pun murah:)

Disebabkan aku tak rajin pakai produk skin care kat muka so aku lebih suka guna cara tradisional or kampung je. Lagi jimat, murah dan berkesan (bagi aku la). First, aku suka makan tomato, kalau nak kulit licin makan la tomato banyak2. Kulit aku tak licin sangat pun, tak cukup tomato lagi kot. Kalau tak nak makan, korang amik je isi tomato tu sapu kat muka. Tapi aku nasihatkan buat dua-dua sekali iaitu makan dan sapu coz lagi elok.

Second, aku suka letak putih telur kat muka. Memang rasa macam membazir sikit tapi telur sebiji bapa hengget je, kalau tak habis guna simpan je dalam fridge then esok boleh guna lagi. Kalau guna putih telur ni korang akan rasa kulit korang lembut je. Caranya camni, amik putih telur tu then letak kat muka dan biarkan kering pastu baru basuh muka ok.

Third, benda ni aku selalu buat dengan adik aku yang last tu iaitu wapkan muka dengan air panas pastu tuamkan dengan ais. Benda ni aku buat sejak dari darjah 6 lagi, cikgu kelas aku yang bagi tips ni, dia cakap benda ni tak nak bagi jerawat tumbuh kat kulit.

Last but not least, aku akan sapukan small portion of olive oil kat muka. Olive oil ni banyak kegunaan dia sebenarnya tapi tu lah kalau kat Malaysia ni harga dia mahal. Aku baca tips ni pun kat NST,ada seorang artis antarabangsa selalu buat macam ni. Dia pun tak de la pulak terangkan kenapa dan kelebihan minyak ni tapi bila aku amalkan kulit rasa lembut je..

Aku jenis tak berapa kisah sangat dengan fesyen ke apa. Aku lagi pentingkan jaga kulit muka aku coz first sekali bila orang pandang kita diorang akan tengok muka kita dulu then baru baju, seluar, kasut and lain2. Ni pendapat aku la. Lagi satu jangan kedekut nak beli skin care yang bagus2 kalau korang tak prefer cara kampung, kalau korang boleh beli baju mahal2, kasut mahal2 takkan skin care tak boleh beli kot. Tak nak pakai makeup takpe, tapi kulit muka wajib jaga.

Aku jugak jenis yang tak pergi facial kat kedai or spa. aku tak prefer sangat orang sentuh kulit aku. Dulu aku pernah pergi belajar makeup dengan beauty consultant Mary Kay, kalau kat sini diorang akan suruh kita yang buat facial sendiri. Maksudnya diorang akan ajar cara2 nak buat facial guna tangan kita sendiri bukan orang lain yang buatkan. Consultant tu cakap tak elok kalau bagi orang sentuh kulit kita, kita tak tahu sama ada tangan dia betul2 bersih or tak. Benda ni terpulang kat masing2, nanti ada pulak yang cakap "aku pergi facial kat kedai okay je". Kalau okay bagus la, aku je tak okay kalau buat kat kedai.

Okay tu je lah tips yang aku selalu buat kalau aku kat rumah. Kalau dah masuk belajar memang tak sempat nak buat semua benda ni. Kalau suka boleh try, kalau tak suka takpe:)..Kalau korang ada tips lain jom la share sama-sama.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...