Thursday, September 6, 2012

Berhentilah menghina kerjaya orang...

Salam readers...

today nak update pasal entry yang tengah "panas" di kalangan guru. Tapi orang tu dah delete blognya (mana taknya ramai cikgu2 dah hentam dia balik). Walaupun dia dah delete, jangan risau ramai yang sempat copy apa dia tulis.. Sebagai seorang anak cikgu, aku agak terhina dengan statement dia. If korang rasa apa yang aku tulis selepas ni 'berat sebelah" disebabkan aku anak cikgu, terserahlah. Ni apa yang aku nampak, rasa dan mendengar pandangan cikgu sendiri. Tak patut menilai kerjaya guru dari segi luaran saja tanpa melaluinya sendiri. Asyik-asyik cikgu dipersalahkan. Actually ramai cikgu dah "reply post" kepada entry beliau..dan aku sendiri tak rasa ada orang kutuk/hina kerjaya dia sebagai seorang "engineer "(katanya). Bagi aku sendiri, tu rezeki masing2, tak perlulah nak dengki dengan kerjaya orang lain..

Antara point2 yang boleh dibidas:

1. Pasal gaji cikgu..
-tak faham kenapa orang nak dengki sangat dengan gaji cikgu nih.. dalam banyak2 gaji orang, gaji cikgu jugak orang nak jeless..apakah?? pastu nak kata cikgu kerja half day je dah boleh dapat gaji camtu. Amboii hang, cakap takda fakta betull. Suka hati je kata lagu tu. Memang balik tengah hari dalam pukul 2 camtu, tapi petang2 ada latihan sukanlah, aktiviti koko lah, kelas tambahan lagi..ada awak tau?? tak kan..lagi lawak dia compare gaji cikgu dengan operator kilang..adoii takkan tak leh pikir kot bezanya dua kerjaya tersebut??

2. Pasal cuti berlambak-lambak..
weh standardlah, dah kata cikgu cuti pun ikot cuti sekolah lah..pasal annual leave tu, kerja mana-mana ada annual leave. cikgu pun manusia biasa jugak.kadang-kadang ada hal emergency jugakk. Abis tu kalau nak sakit ke, nak mati ke boleh ke nak pilih time cuti sekolah je..jangan gatal-gatal nak sakit time bukan cuti sekolah.camtu ke?

3.Pasal cikgu update blog, fb, berniaga ..etc
Salah ke cikgu ada blog, fb? Orang lain kerja sambil tu update status kat fb.Cikgu nak update bila masanya?? kelas berderet, nak mengajar lagi. Update blog pun bukan sepanjang hari. Cikgu sekarang dah celik IT. Kalau dorang tak upgrade diri dorang, student kata ketinggalan zaman pulak.. Pasal jual-jual tu, asalkan tak ganggu P&P sudahlah..Memang ada yang join MLM or berniaga sampai terabai kerja tapi tu hanya SEGELINTIR sahaja. Tak wajar kalau nak kata SEMUA cikgu macam tu. Kalau yang buat tu pandai-pandailah dorang jawab kat akhirat sok.

4. Pasal cikgu berlumba-lumba nak hantar student pergi hospital sebab nak skip kelas

Habis tu takkan nak biar kalau budak tu dah injured?? tak pasal2 parents marah cikgu balik. Cikgulah punca, cikgu ini, cikgu itu. Nanti tau2 surat saman sampai sekolah sebab kelalaian cikgu. Dah tu kan tanggungjawab cikgu. Awak ingat cikgu suka sangat ke nak pergi hospital?? nak tunggu kat hospital tu bukan sekejap. Lama tau tak? Nak pikir apa nak cakap kat parents student tu apa jadi, nak explain kat dorang lagi..

Kalau pasal isi markah student tu, sekarang ni cikgu isi online. Takde nak suruh student tolong buat dah..aku dulu tolong je cikgu isi markah tapi takdelah bising cam awak tu.Nampak sangat tak ikhlas tolong cikgu ko dulu..(pandai cakap cikgu tak ikhlas, dia tu ikhlas sangat ke?)

Silap besarlah dia cari pasal dengan cikgu. Tak pasal2 kena hentam dengan cikgu2 satu malaysia. Nampak tak semua cikgu bersatu hati dalam hal ni? Sape yang jadi cikgu ko, mesti malu ada anak murid macam ko.Sorry to say la kan. Ingat senang ke nak mengajar. Satu kelas ada 40 orang, cikgu sorang mengajar kat depan. Macam-macam ragam ada. Ada yang nak belajar, ada yang main2, ada yang kacau orang..macam-macam lagi. Belum masuk yang ada masalah peribadi bawak masalah tu pergi sekolah. Cikgu jugak kena settlekan..Orang tau nak salahkan cikgu je, Cikgulah kena didik anak bangsa, cikgulah kena membentuk anak muridlah. Senang ke nak didik orang?

Ramai cikgu komen kat forum2 atau entry2 yang lain. Banyak komen2 yang menceritakan penat lelah menjadi seorang guru. Orang suka nampak kesenangan orang lain je. Bersyukurlah dengan kerjaya sendiri. Tak perlu nak nampak kerjaya orang ni senang, kerjaya orang ni nampak rilekk je. Setiap kerjaya ada cabaran masing-masing.

p/s: Difahamkan ada entry maaf dari beliau.

4 comments:

  1. setuju! sgt setuju dgn entri ni. cik liyana tu nampak sgt jelesss dgn cikgu. skarang semua cikgu hentam dia. sy pun anak cikgu. sy tau mcm mana susahnya cikgu skarang buat keje. dia ingat time cuti skolah cikgu cuti sepanjang masa ke? tetap kena pegi sekolah utk bertugas. mmg marah bila baca entri dia.

    p/s: sy pulak diploma dri thn 2007 smpai 2009. degree dungun jgk dri 2010 smpai 2012. ;) salam perkenalan..

    ReplyDelete
  2. @atiqah: kan kan..hahaa..saya pun kesian jugak tengok mak saya penat mengajar anak orang..time cuti sekolah pun mengajar jugak coz ada kelas tambahan..
    ohh student dungun jugak,bagus2..salam perkenalan:))

    ReplyDelete
  3. Asalamoalaikum nadya and nadyra :) im urs new follower would love if u follow me back
    www.beautifullflavya.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. @fashionable doll: thanks for being our follower:))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...