Hohooo lama giler I tak update post asyik Nadya je yg update. As usual I’m still using the lame reason “internet kat sini slow la” @ “busy giler skrg kan musim exam”..hihii..Time tulis blog ni I baru je abis paper Tax, ok la kot.Just doakan yang terbaik je, serious takut sem ni. Tak tau nak wat apa skrg roommate tgh enjoy tengok chapalrela, citer yang agak kelakar la jgk. Nak tengok movie pun semua dah abis tgk, tv series mcm gossip girl dah abis khatam, vampire diaries tak payah cakap thousand times dah sampai folder dah hilang, abis citer omputih citer melayu “kau laksana bulan” pun I tgk jgk.Diorang cakap citer ni dari novel tapi tak sure lak dari novel mana.
Tinggal satu je paper lagi, nasib baik roommate I semua balik last day kalau tak tinggal sorang la..Talking bout my roommate this sem is differ from my previous sem coz I staying with different course and different part. Roommate I sem ni dua-dua orang part 3, liya course estate mgt and arisha course computer science.
First time duduk ngan lain course, before this memang tak berenggang dengan budak account, ni semua gara2 tak dapat kolej awal sem aritu.
The best part is dapat bilik kat tingkat atas sekali iaitu aras 2.huhuu penat giler angkat barang.Dah la I sorang je dak account duk aras ni, member yang lain semua duk bwh.Kalau nak study kena la turun bwh, tapi tu tak kisah sangat. Yang I kisah kan bila tertinggal barang, mmg malas nak menapak kat atas. Duduk dengan budak junior and lain course mmg best coz kalau selama ni tak tau pun dak estate belajar apa, ingatkan diorang kira harga rumah je and boleh la jadi the next Donald Trump, rupanya tak diorang kena gak lukis2 building. Kalau dak CS lak asyik tension dengan calculus ngan programming.
I bersyukur sangat dapat roommate dengan diorang ni sebab diorang sangat2 ok! I tak de masalah pun dengan diorang ni..diorang selalu la refer kat I kalau apa2 yang diorang tak tau..ok la I tulis satu persatu pasal roommate I ni..
• Tak boleh blah bila nak wat essay BEL mesti tanya I “kak macam mana nak wat ayat ni??”.Mentang2 I amik BEL sampai part 5 tak semestinya I pandai BEL
• Check term paper BEL before submit kat lecturer masing2.
• Tolong masakkan nasi masa bulan pose, yela diorang kelas sampai petang, I yang tak de kelas petang tolong la sikit2..
• Buat grooming class ngn roommate, ajar cara-cara nak pakai foundation,lipstick and what soever.Pergi Bandar U influence diorang beli perfume best..
• Lagi satu yang tak boleh blah, tanya I macam mana nak guna adobe photoshop and illustrator...huhuu memang tak dapat la nak menolong..mane la I pernah guna semua benda2 tu
• Pasal makanan kat dalam bilik semua orang tak berkira..
• Awal sem tersilap panggil nama Arisha, I dengan Liya panggil dia Aisya coz kitaorang memang dengar dia cakap nama dia Aisya. Then, I ternampak slip daftar elektrik dia n baru tau nama sebenar dia.Kalau tak silap nak dekat seminggu panggil dia Aisya. Bila I mintak maaf coz tersilap panggil nama, dia boleh cool je cakap “tak pe,lagipun bunyi dekat2 je”
• Diorang suka paksa I makan nasi banyak2,sama macam roommate lama I
• Duduk di tingkat atas tak menjamin penurunan berat badan, ini kerana bila beli nasi dan lauk akan selalu terfikir berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk naik ke atas dan berapa banyak peluh yang dibazirkan bila berjalan ke dining.So, sama je duduk kat tingkat berapa pun.Cuma bulan pose je berat turun banyak(memangla! Dah kata pose,dush2!)
Anyway, I happy je roomate dengan diorang ni.Kalau korang terbaca blog ni, I nak mintak maaf kalau ada buat salah ngan korang,memang tu adat la nobody's perfect.Sorry jugak kalau terajar benda yang bukan2, apa yang I je tu pun,korang jugak yang tanya n jangan salah apply pulak.Bukan tak nak satu bilik lagi next sem tapi tak tau nasib sem depan macam mana memandangkan pengurusan kolej kita sangat2 unpredictable.In short, thanks for everything!!love you all
No comments:
Post a Comment