Wednesday, November 24, 2010

Shopping time!

Actually I tak de la rajin sangat nak update blog.Certain orang suka update setiap jam and hari.Kenapa I cakap setiap jam?coz belum sempat baca entry yg baru update dah ada entry baru lak.Tak pe la orang rajin boleh la.

Semalam sempat kuar jalan2 jap.Kalau ikut plan nak pergi Chow Kit je,kan barang kawen kat sana murah2.Alang2 dah dekat sana singgah Plaza GM jap.Kakak nak beli foundation Pixy tapi tak de stok pulak.So, kitaorang round la semua tingkat kat sini.Tiba-tiba nampak Tudung Rozita Che Wan.Gila murah kitaorang beli dalam Rm15 hengget je tapi kena beli minimum 6 helai.Tapi kitaorang tak kisah sebab adik beradik semuanya perempuan.Tu yang untung.

Kitaorang memang suka shopping kat sini even tempat ni lebih kepada wholesaler,bedak Pixy kalau kat luar harga dua kali ganda dari kat sini.Blouse pun cantik2 kalau nak murah lagi beli minimum 3.Like I mention earlier kalau adik beradik ramai memang untung.

Lepas tu kitaorang gerak pergi Masjid India,elok2 sampai je hujan lebat.Stuck kat dalam Muaz textile jap,banyak gak offer kat situ.Lepas hujan dah berhenti usha2 semua kedai tudung kat situ, saja je tanya tudung Rozita tu bape,semua kedai cakap Rm40-Rm55,beza betul dengan yang kat Plaza GM tadi.Nak kata material kain lain tak jugak, lebih kurang sama je,lain la kain chiffon memang la mahal.

I agak heran la jugak kenapa diorang bagi nama tudung tu Rozita Che Wan, dia pakai tudung ke??Tak perasan la pulak I kalau ada drama yang dia berlakon pakai tudung.Kalau Ayu Raudhah tu memang banyak drama dia pakai tudung.Tak kisah la yang penting benda tu tetap tudung,tak kira nama dia ape pun.

Photobucket
Photobucket

Selendang loceng yang menjadi kegemaran ramai sekarang ni,comel je bentuk dia.Batu dia boleh tahan berat gak.Agak2 ada orang nak kacau korang libas je dengan batu ni..Hihii

p/s:keterujaan menanti isnin depan untuk outdoor photoshoot wedding my sis,menyemak jadi tukang touch up jap.Hopefully naturactor yg di order di fb sempat sampai this week..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...