Monday, December 20, 2010

Wedding preparation (turn I pulak:p)

Fine title nak kontroversi je kan,ok bukan I yang nak kawen.Sebenarnya nak cerita tadi baru je balik dari tempat jual barang2 kawen.I pergi dengan Nadya and neighbour kitaorang Su'aidi dia nak cari foundation baru untuk makeup pengantin.Sebab aritu I ada suggest kat dia brand kryolan and naturactor so dia pun excited la nak try.

Korang jangan terkejut pulak kalau lelaki yang makeupkan perempuan coz kat Malaysia pun ramai makeup artist yang lelaki contohnya macam Tiar Zainal kalau overseas favourite JLO ialah Scott Barnes.Yang penting neighbour I even dia makeupkan orang tapi dia tak lembut okay!Dia sama Uitm dengan I tapi dia amik course Fashion,insya-Allah dia nak jadi the next Hatta Dolmat.

Memandangkan kami berkongsi minat yang sama kitaorang memang excited gila nak pergi sini.Rupanya tempat ni dekat sangat2 dengan rumah I,kenapa lah I baru tahu arini kalau tahu awal2 takde la kopak duit pergi beli kryolan kat internet:(
Nama tempat ni adalah Bright Sail iaitu wedding galery untuk mak andam or wedding planner nak beli barang kawen untuk kedai diorang.Contohnya makeup,aksesori pengantin macam crown,payung,pelamin,samping,bunga dan macam2 lah.Tempat ni bukan butik pengantin tau,jangan nanti korang pergi sini pastu cakap nak sewa pelamin atau baju.Kat sini diorang sell out bukannya rent out.



Kalau nak pergi tempat ni kena ikut jalan yang menghala ke Sg Kertas,nak terang lebih2 pun tak tahu nak explain macam mana dah tapi boleh la kalau tanya I personally.

Masuk je kat dalam galery ni kitaorang dah cakap "Wah,gila cantik tempat ni!".Then terus tanya staff tu kat mana barang2 makeup. Kakak yang entertain kitaorang tu sangatla best coz dia sabar je layan kerenah kitaorang. Mana tak nya boleh kata semua barang kitaorang suruh bawak keluar.Semua color kitaorang try, fake eyelash banyak sangat choice kat sini.Harga pun affordable, kryolan stick pun around rm75 kira ok lah pasni tak payah nak bayar postage fees.

Foundation naturactor pun harga dia best around rm50 macam tu.Eyeshadow kat sini diorang jual dalam pallette brand Miss Rose and Manly,brand ni ramai gak makeup artist yang pakai.

Kalau ikutkan nak amik gambar kat pelamin tapi diorang tak kasi, nasib baik I tanya dulu.Time nak bayar tu akak cashier tu iaitu Kak Ana pun peramah jugak, rupanya dulu dia pernah kerja dengan designer terkenal Michael Ong selama 7tahun.Dan dia jugak pernah kerja dengan Man Kajang.Kak Ana ni takde lah menyombong walaupun dia ada experience dengan designer terkenal.

Keseluruhannya,I memang puas hati dengan tempat ni.First sebab dah tahu kat mana I nak tambahkan lagi set barang makeup I.Second, customer service dia sangat2 bagus.Third, dekat dengan rumah.

I kalau pergi mana2 kedai I memang mementingkan macam mana staff kat situ entertain customer diorang. I pernah ada bad experience dengan satu blogshop ni, I nak beli foundation kat dia tapi bila kita call or sms dia tak jawab and balas.Bukan sekali tapi banyak kali I sms pun dia tak balas.Kalau I cakap nama blog ni mesti semua peminat makeup tahu. Bukan I je yang kena macam tu, neighbour I pun kena jugak.Nadya sampai hantar mesej kat dia "Akak ni nak jual ke tak nak" then dia boleh pulak cakap yang dia tunggu kitaorang datang rumah dia.Hello bape ratus kali kitaorang mintak alamat dia, dia tak bagi2 pun. Lepas tu memang I pangkah terus blogshop dia.



Ni lah naturactor.Foundation ni boleh pakai hari2,hasilnya memang flawless.*highly recommended*.Kalau Kryolan Tv Paint stick tak sesuai pakai hari2, kryolan lebih kepada makeup pengantin



Beg je besar padahal beli fake eyelash je pun.Harus bersabar untuk menambah stok yang lain.So, apa lagi Nadyra pergi menabung sekarang!

4 comments:

  1. hai nadya + nadyra..my name pn nadhirah. huhu..
    saya nak tanya lah, Bright Sail ni kat mane? sg kertas macam somewhere dkt gombak kn? actually, saya tgh cari corrector. ada any suggestion utk brand tak?

    ReplyDelete
  2. Ha ah, tolong kasi location ya,... thanks so much... bdw, blogshop sapa tuuu?

    ReplyDelete
  3. @Lin Elier
    location apa ya kak lin?
    kalau bright sail saya pergi kat sg kertas je.Kalau branch lain kat plaza city one pun ada,tempat ni sebelah semua house..

    ReplyDelete
  4. @Lin Elier
    location apa ya kak lin?
    kalau bright sail saya pergi kat sg kertas je.Kalau branch lain kat plaza city one pun ada,tempat ni sebelah semua house..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...