Thursday, February 24, 2011

Kita dan RM....

Bila cakap pasal duit memang boleh sakit kepala kadang-kadang. Maybe pada yang mampu memang tak effect langsung hidup dorang. Malah, boleh “buang” duit tuh sesuka hati je. Bak kata Anuar Hadi dalam video dia, “kita sebagai manusia kadang-kadang senang sangat nak keluarkan duit untuk certain things,tapi untuk benda-benda lain cukup susah nak keluarkan duit”.

Means that, kita boleh keluarkan beratus-ratus untuk satu kedai dalam masa sehari tapi untuk bagi anak duit untuk makan dan pelajaran macam susah je nak keluarkan. Siap persoalkan lagi itu dan ini.Padahal duit shopping yang beratus-ratus tu cukup je nak bagi makan sebulan. Ini cerita dari orang-orang dewasa sekeliling saya…

Dalam video tu pun ada dia bagi contoh macam kita boleh makan kedai mahal-mahal dan boleh kata RM 49.50 untuk satu set makanan tu murahh.Tapi bila datang orang mintak derma kita cam berat je nak bagi.Sekarang orang pun dah jadi “price tag”. Dari atas sampai bawah semuanya branded. Siap mention lagi “benda ni kalau berpuloh hengget takpe lah jugak,ni beratus aku beli”. Ok, memang perlu kott mention beli beratus ringgit.Tak mainlah pasar-pasar malam ni.Sebab ada certain people “allergic” dengan barang murah,lagi-lagi kalau dari pasar malam..

I pun nak kena fikir balik semua ini. Nak cari duit bukannya senang dan bukannya turun dari langit. Sebenarnya kita sedar semua ni Cuma buat-buat tak tahu je atau erti kata lain ignorance…I don’t mean to hurt people with this entry. I’m just getting tired with people who are keep brag about material things.Honestly, I don’t care about what other people wears. Seriously,I ‘m not jealous or something. Bukannya boleh kemana pun. Bila mati esok-esok,semua pakai kain kapan yang harganya rm5 semeter jugak(main bantai je harga berapa). Takdenya pakai English cotton, sutera atau kain-kain yang mahal yang lain.Tapi tak taulah kan kalau kain tu beli kat Jakel..haha..

I got this from Solusi magazine:
“Janganlah bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal,kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan”

“Jangan bangga dan action sangat dengan kenderaan mewah,kerana kenderaan terakhir kita nanti adalah van jenazah dan papan keranda”

“Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana,kita kena ingat,rumah terakhir kita nanti kubur bertiang dua”

“Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana bila sudah tiada nanti kita dapat gelaran Al-Marhum”

“Janganlah terlalu bangga berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik kerana bila kita mati nanti,wajah kita akan berubah menjadi tengkorak..”

Monday, February 21, 2011

Ada Faceblog... lahh !



Apa nih?? Facebook ke? Bukanlah ni Faceblog.I baru je taw Faceblog nih dari blogwalking blog-blog yang lain.Bila bukak Faceblog nih,ramai jugaklah yang dah join.Bagi I, agak kreatiflah jugak idea buat Faceblog nih.Even guna color pink,tapi still ada identiti tersendiri. Faceblog ini lebih kurang macam facebook tuh tapi ini untuk blogger.

Sesiapa yang berminat nak join bolehlah kelik sini. Jom kita join ramai-ramai..:)

Kalau dah malas...

Bila dah namanya student universiti, kita biasanya memang dah terbiasa dengan kuiz,test dan final exam. Bila kita dah terbiasa dengan semua ini, itu yang membuatkan kita malas. Maksud I, bila start sem baru kita mesti kata " Alah,kelas baru start, lecterur tak akan masuk punyer awal-awal minggu ni sebab tau student bukan nak belaja sangat". Pernah dengar tak camni??

Next,bila ada quiz dan test..

1. "KUIZ JE KOTTT BUKANNYA TEST..."

2. "TEST JE KOTT BUKANNYA FINAL.."

3. " FINAL JE KOTT BUKANNYA NAK MATI PUN"
ATAU
" TAK MATINYA JAWAB FINAL TUH..."


Yang membuatkan kita malas sebab kita dah tau dah apa yang akan kita buat.Mula-mula buat assignment,pastu ada kuiz,lepas kuiz ada test dan lepas test ada final! Kita buat benda yang sama tiap-tiap semester. Patutnya dah boleh score sebab dah tau apa yang aptut dibuat tapi kemalasan mengatasi segalanya.

Ada lecterur ni pernah cakap kat kitaorang. Dia kata " Masa sem 1 semua rajin.tapi awak tengoklah nanti senior-senior awak.Semua dah malas dan macam nak tak nak je study."

I pun takdelah rajin sangat.Study pun ikut mood jugakk.Kalau boleh nak elakkan jugak virus M ni..

p/s: good luck pada semua budak-budak akaun yang semuanya ada common test minggu ni..:)

Friday, February 11, 2011

Tiada Masa

Seriously even tak banyak paper sem ni tapi tetap takde masa nak online.Kat kolej ni kata je ada wifi tapi memanjang tak detect kat laptop maybe coverage tak cukup kot.Sem ni jugak rasa macam amik 1 paper je iaitu entrepreneur coz byk nak kena buat research.Hari2 ada discussion pasal paper ni.Untuk subjek yang lain tak lah banyak sangat kerja.

Sem ni jugak class tak pack sangat dan selalu jugak class cancel,lecturer ade meeting la,MC la,course la macam2 lagi lahh..The best part is sem ni jugak tak banyak guna pen compared last sem coz kena jawab law berjela-jela.Subjek sem 6 ni banyak buat presentation je so masuk class dengar je la apa yang kawan2 present.

Hujung bulan ni bersusun test,hari sabtu 26/2 test tax,ahad 27/2 test finance and audit.Audit banyak gila nak kena baca,asal la paper ni teori je ha?mengantuk orang kat dalam class.Hopefully dapat score la untuk test kali ni.

Sedar tak sedar kurang dari 3 bulan je nak abiskan diploma ni.Macam biasa harapan semua orang nak grad on time, lagi2 sekarang ni sistem dah berubah kalau ada carry paper macam susah lah sikit.Mungkin terpaksa melupakan blogging buat sekarang ni.Lagipun tak tahu nak update ape melainkan akan tulis busy,busy and busy.

Ok lah malas nak mengarut panjang2.Doakan kami dan kawan2 agar dapat result yang best sem ni,seterusnya dapat amik scroll kat campus masing2 seperti yang dirancang.Aminn:))

Friday, February 4, 2011

formspring.me

shoot! http://formspring.me/nadyra101

Saya Tahu Walaupun Awak Tak Tahu...

Erm,kadang-kadang tak tau nak update belog ke tak.Sebab kadang-kadang terfikir gak ada ke orang baca blog nih?? tapi update lah jugak sebab blog kan ibarat diari harian.Boleh share macam-macam kat sini.

Actually, ada je kawan-kawan yang lain baca in silence.Stalker pun ada.Dia ni memang curious sikit pasal hidup orang..haha..Dah nama pun stalker kan.Siapa yang tak pernah stalk orang kan?Maybe dorang tak tau,tapi saya tau ya! haha..macam mana saya tau?? Adalah..:P Kitaorang buat blog sekadar suka-suka.Takde pun nak jadi famous amous sangat macam blogger lain. Dorang sangat kreatif dan orang memang nak tau apa yang dorang buat.

We're welcoming your comment,advice,critics and whatsoever....:)

P/s; thanks to Lia cause reading this blog.She is Nadyra's exroomate. Siap bagi penghargaan kat sini..hehe..

Wednesday, February 2, 2011

Nama biasa tapi boleh jadi komersial!


Hari ni I pergi ke Seksyen 7 Shah Alam sebab ada interview. Interview?? Macam gempak je kan padahal biasa-biasa je. I pergi interview satu butik tudung.Nama butik ni "BUTIK FAREEDA". Kenapa nak pergi interview? Ini semua pasal subjek enterpreneur punya pasal. Adoiii, risau lak fikir pasal subjek ni.


FYI, butik FAREEDA ni memang famous ok. Kalau korang baca KOSMO! memang ada banyak iklan dia.Biasanya,butik FAREEDA memang tak amik interview dari student-student universiti. Tapi macam mana I boleh lepas?? Sebabnya,pengasas tudung FAREEDA iaitu Pn Faridah merupakan kakak ipar kepada makcik I.So, I memang bertuah..hehe:P



Bukan dorang tak sudi di interview oleh student2 tapi dorang memang terlalu buzy. Kat sini,I interview anak kepada pengasas tudung FAREEDA ni iaitu Cik Mawar..Thanks ya akak! Cik Mawar ni jugak model tudung FAREEDA. Dia sangat cantik!


Actually bukan senang nak buat bisnes lagi-lagi bila kita keluarkan modal sendiri..Memang kena kuat untuk teruskan bisnes nih..Cik Mawar banyak share experience dia dalam bidang nih.Even, ada maklumat yang I tak dapat disebabkan sesetengah maklumat tu confidential tapi sekurang-kurangnya I dapat "sesuatu".


Jumpe artis lahh pulakk..Faezah Elai..:)

Masa mula-mula masuk butik nih,tiba-tiba I nampak seorang pelakon nih. Dia tengah belek-belek tudung kat butik nih untuk shooting drama "Asmara 2". Drama tu nak sambung ke? Yup,memang nak sambung pun.Pelakon tu sendiri cakap dengan I. Dia kena pakai tudung dalam drama tu.So,pasni korang tak payah lah tak puas hati dengan ending drama "Asmara" yang pertama tu.

Tuesday, February 1, 2011

Foundation best!

Untuk kali ni I nak sharekan dengan korang semua tentang cara pemakaian foundation naturactor.Produk ni dari Jepun dan teksturnya sangat2 lembut dan sesuai dipakai hari2.Kalau korang pakai foundation ni korang tak kan rasa tebal sangat.

Foundation ni jugak tidak akan menutup pori-pori kulit kita dan sesuai untuk kulit sensitif. Frankly speaking before this I memang susah nak cari foundation yang sesuai kat muka I.Yang banyak ada kat pasaran tu bila I pakai mesti berminyak dan nampak macam putih sangat. I tak nak kalau pakai mekap nampak putih sangat, bagi I pakai mekap ni just nak bagi muka kita ada colour and berseri sikit.



First, korang perlu ada foundation, sponge or berus. Kalau I, I lagi prefer guna sponge.Sponge ni korang boleh beli kat elianto,sinma or Sasa.

I guna kod 153 untuk shading kat hidung and tulang pipi.Kod 140 untuk highlight and kod 152 untuk keseluruhan muka. Apply sponge kat foundation and sapukan bermula dari dahi menghala ke bawah. Lepas dah pakai foundation ni boleh la guna loose powder or compact powder. Pastikan korang blend foundation ni betul2 coz nanti nampak tak rata.Lepas tu,boleh la kalau korang nak pakai blusher,eyeshadow and lipstick untuk nampak lagi cantik.


Pics before pakai foundation.


pics after


Fine,muka I dah nampak macam muka Nadya dah.Refer pics header kat atas tu :)

Apa yang boleh I katakan, foundation ni sangat2 best!Yang ada masalah kulit pun tak yah risau coz foundation ni memang sesuai untuk semua jenis kulit. Selamat mencuba ya!

Kalau nak tanya soalan boleh tinggalkan comment kat entry ni or email je kat I at precious_momentz06@yahoo.com

Talk Show!



I memang suka tengok "Oprah Winfrey Show". For me,this is the best show! Even kat Malaysia sendiri banyak je show2 yang menarik dan adakalanya ada show yang mengambil inspirasi dari Oprah's show. From this show, I gain a lot of knowledge such as health, relationship, fashion&food,books,food and entertainment..

Guest2 yang dijemput untuk show ni banyak memberi idea,inspirasi dan semangat pada audience. Sebagai contoh, ada seorang consultant nih banyak bagi "tips how to manage your money well".Sebabnya ramai orang kat US actually tak kaya tapi suka membazir dengan guna kad kredit untuk shopping. Duit tak banyak mana pun tapi nak pakai "designer brand". So, consultant ni bagi lah tips camna nak settlekan hutang-hutang dorang. Ramai orang yang ikut dan hasilnya dorang berjaya manage finance dorang dengan jayanya.



Ada lagi yang I nak share. Selain ada show dan studio dia sendiri,Oprah sendiri ada majalah sendiri that is O magazine. Dalam satu column fashion dalam majalah ni,penulis dalam column ni sangat bijak dalam suggestkan latest fashion yang trendy tapi dalam harga yang sangat rendah. Dia panggil model kembar untuk gayakan pakaian yang hampir sama. Seorang pakai desingner brand dan seorang lagi pakai brand2 yang biasa je. Baju dorang memang hampir sama. Oprah sendiri terkejut yang designer brand tu dari atas ke bawah berharga $9700 dan lagi satu baju tu tak sampai $100 pun dari head to toe.Even Oprah ni kaya raya tapi dia sendiri pun rasa tak reasonable harga semahal tu.



Owh,ada lagi. Ada seorang surirumah(if I tak silaplah),dia sangat kreatif dalam hal2 masakan.Actually,semua masakan dia simple2 je.Yang paling kreatif, dia pandai attract anak-anak dia makan sayur.Dia takdelah bagi direct sayur tuh nak suruh anak-ank dia makan.Dia "sorok" sayur tu dalam makanan.Contohnya, dia buat nugget sendiri dan letak "puree" sayur dalam tu.The best part,the children can't taste any difference.Dia lega anak-anak dia makan sayur even they're not realize yang dorang makan sayur. Dia pun ada buku sendiri.Nama buku tu "Deceptively Delicious".Dekat MPH ada jual buku nih...


Actually,banyak je lagi I nak share tapi cukuplah tiga cerita jep..Mana yang baik dalam show ni,bolehlah kita ikut.Bukan apa,bagi I kebanyakan talk show kat Malaysia ni banyak tunjuk kekayaan orang je.Berapa banyak beg tangan berjenama orang tu ada,rumah besar mana dan banyak focus benda2 yang material je..Padahal kita tau ramai je orang susah kat Malaysia nih. Uztazah I pernah cakap,orang kaya nih harta dia banyak so tanggugjawab sosial dia pun banyak. Sebab lebihan kekayaan dia tu lagi elok diberikan pada orang yang memerlukan instead of membazir pada barang yang tak perlu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...