Bila cakap pasal duit memang boleh sakit kepala kadang-kadang. Maybe pada yang mampu memang tak effect langsung hidup dorang. Malah, boleh “buang” duit tuh sesuka hati je. Bak kata Anuar Hadi dalam video dia, “kita sebagai manusia kadang-kadang senang sangat nak keluarkan duit untuk certain things,tapi untuk benda-benda lain cukup susah nak keluarkan duit”.
Means that, kita boleh keluarkan beratus-ratus untuk satu kedai dalam masa sehari tapi untuk bagi anak duit untuk makan dan pelajaran macam susah je nak keluarkan. Siap persoalkan lagi itu dan ini.Padahal duit shopping yang beratus-ratus tu cukup je nak bagi makan sebulan. Ini cerita dari orang-orang dewasa sekeliling saya…
Dalam video tu pun ada dia bagi contoh macam kita boleh makan kedai mahal-mahal dan boleh kata RM 49.50 untuk satu set makanan tu murahh.Tapi bila datang orang mintak derma kita cam berat je nak bagi.Sekarang orang pun dah jadi “price tag”. Dari atas sampai bawah semuanya branded. Siap mention lagi “benda ni kalau berpuloh hengget takpe lah jugak,ni beratus aku beli”. Ok, memang perlu kott mention beli beratus ringgit.Tak mainlah pasar-pasar malam ni.Sebab ada certain people “allergic” dengan barang murah,lagi-lagi kalau dari pasar malam..
I pun nak kena fikir balik semua ini. Nak cari duit bukannya senang dan bukannya turun dari langit. Sebenarnya kita sedar semua ni Cuma buat-buat tak tahu je atau erti kata lain ignorance…I don’t mean to hurt people with this entry. I’m just getting tired with people who are keep brag about material things.Honestly, I don’t care about what other people wears. Seriously,I ‘m not jealous or something. Bukannya boleh kemana pun. Bila mati esok-esok,semua pakai kain kapan yang harganya rm5 semeter jugak(main bantai je harga berapa). Takdenya pakai English cotton, sutera atau kain-kain yang mahal yang lain.Tapi tak taulah kan kalau kain tu beli kat Jakel..haha..
I got this from Solusi magazine:
“Janganlah bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal,kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan”
“Jangan bangga dan action sangat dengan kenderaan mewah,kerana kenderaan terakhir kita nanti adalah van jenazah dan papan keranda”
“Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana,kita kena ingat,rumah terakhir kita nanti kubur bertiang dua”
“Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana bila sudah tiada nanti kita dapat gelaran Al-Marhum”
“Janganlah terlalu bangga berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik kerana bila kita mati nanti,wajah kita akan berubah menjadi tengkorak..”
No comments:
Post a Comment