Friday, February 11, 2011

Tiada Masa

Seriously even tak banyak paper sem ni tapi tetap takde masa nak online.Kat kolej ni kata je ada wifi tapi memanjang tak detect kat laptop maybe coverage tak cukup kot.Sem ni jugak rasa macam amik 1 paper je iaitu entrepreneur coz byk nak kena buat research.Hari2 ada discussion pasal paper ni.Untuk subjek yang lain tak lah banyak sangat kerja.

Sem ni jugak class tak pack sangat dan selalu jugak class cancel,lecturer ade meeting la,MC la,course la macam2 lagi lahh..The best part is sem ni jugak tak banyak guna pen compared last sem coz kena jawab law berjela-jela.Subjek sem 6 ni banyak buat presentation je so masuk class dengar je la apa yang kawan2 present.

Hujung bulan ni bersusun test,hari sabtu 26/2 test tax,ahad 27/2 test finance and audit.Audit banyak gila nak kena baca,asal la paper ni teori je ha?mengantuk orang kat dalam class.Hopefully dapat score la untuk test kali ni.

Sedar tak sedar kurang dari 3 bulan je nak abiskan diploma ni.Macam biasa harapan semua orang nak grad on time, lagi2 sekarang ni sistem dah berubah kalau ada carry paper macam susah lah sikit.Mungkin terpaksa melupakan blogging buat sekarang ni.Lagipun tak tahu nak update ape melainkan akan tulis busy,busy and busy.

Ok lah malas nak mengarut panjang2.Doakan kami dan kawan2 agar dapat result yang best sem ni,seterusnya dapat amik scroll kat campus masing2 seperti yang dirancang.Aminn:))

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...