Wednesday, February 2, 2011

Nama biasa tapi boleh jadi komersial!


Hari ni I pergi ke Seksyen 7 Shah Alam sebab ada interview. Interview?? Macam gempak je kan padahal biasa-biasa je. I pergi interview satu butik tudung.Nama butik ni "BUTIK FAREEDA". Kenapa nak pergi interview? Ini semua pasal subjek enterpreneur punya pasal. Adoiii, risau lak fikir pasal subjek ni.


FYI, butik FAREEDA ni memang famous ok. Kalau korang baca KOSMO! memang ada banyak iklan dia.Biasanya,butik FAREEDA memang tak amik interview dari student-student universiti. Tapi macam mana I boleh lepas?? Sebabnya,pengasas tudung FAREEDA iaitu Pn Faridah merupakan kakak ipar kepada makcik I.So, I memang bertuah..hehe:P



Bukan dorang tak sudi di interview oleh student2 tapi dorang memang terlalu buzy. Kat sini,I interview anak kepada pengasas tudung FAREEDA ni iaitu Cik Mawar..Thanks ya akak! Cik Mawar ni jugak model tudung FAREEDA. Dia sangat cantik!


Actually bukan senang nak buat bisnes lagi-lagi bila kita keluarkan modal sendiri..Memang kena kuat untuk teruskan bisnes nih..Cik Mawar banyak share experience dia dalam bidang nih.Even, ada maklumat yang I tak dapat disebabkan sesetengah maklumat tu confidential tapi sekurang-kurangnya I dapat "sesuatu".


Jumpe artis lahh pulakk..Faezah Elai..:)

Masa mula-mula masuk butik nih,tiba-tiba I nampak seorang pelakon nih. Dia tengah belek-belek tudung kat butik nih untuk shooting drama "Asmara 2". Drama tu nak sambung ke? Yup,memang nak sambung pun.Pelakon tu sendiri cakap dengan I. Dia kena pakai tudung dalam drama tu.So,pasni korang tak payah lah tak puas hati dengan ending drama "Asmara" yang pertama tu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...