So, hari tu aku ada gi Ampang Park then guardian ada buat warehouse sale, time aku tengah belek2 barang aku jumpa la makeup primer ni. Sebenarnya aku dah lama dah cari primer ni lepas baca blog kak anna sha (makeup artist). Dia ada gak cakap primer ni ada jual kat watson or guardian tapi dah merata aku cari tak jumpa2 gak.
Alhamdulliah akhirnya dapat jugak, dah la harga pun ok. Kalau ikut kak anna dia cakap range dalam rm 50 tapi aku dapat beli dengan harga rm15 je! that's y aku terus je amik sebab dah murah sangat. Kalau korang tengok gambar kat atas ni pun eyeshadow in 2 it tu pun rm6 je. Kalau normal price memang aku malas la nak beli.
Cara nak pakai primer ni adalah after kita pakai moisturizer and before apply foundation. Antara kebaikan kita pakai primer ni adalah untuk jadikan foundation yang kita pakai tu lagi cantik dan flawless. Bila pakai primer ni yang aku perasan nak pakai foundation pun senang coz permukaan kulit kita jadi licin. Selain itu, dia akan menjadikan mekap kita lebih tahan lama. Ada yang aku baca kata ia juga boleh mengecilkan pori2 kita.
Kalau ikutkan semua MUA sarankan pakai M.A.C prep + prime or strobe cream coz this is the best makeup primer ever even my friends said so. But buat masa ni kedua-dua2 benda ni aku tak merancang nak beli lagi dan takde dalam budget lagi insya Allah ada rezeki boleh beli sikit2.
Then, another best makeup primer yang ramai jugak orang suggest ialah brand Smash box, ada yang kata tekstur lebih kurang macam revlon. Kalau tengok review orang lain, diorang cakap kalau nak murah pakai Revlon pun dah ok. kalau ada yang nak beli brand smash box ni kalau tak silap kat Sephora ada jual.
Tu je la kot yang aku nak share pasal makeup primer ni. Setakat ni puas hati la dengan brand Revlon ni. Nanti kalau aku ada guna yang brand lain aku share lagi kat sini.:))