Saturday, April 28, 2012

So Random 16





" When people hurt you, think of them like a sand paper. They may scratch and hurt you but in the end, you end up polished and they end up useless"

Wednesday, April 25, 2012

So Random 15

Orait dah sampai 15 dah so random aku ni. yang mana aku terlintas nak tulis aku masukkan je under so random. Ni gara-gara minat sangat dengan 'Sonny with a chance'.

okay apa yang aku perasan sekarang ni teknologi is moving fast.In fact aku sendiri tak terkejar, just like fashion changing every day and every week. Kalau sebut pasal teknologi ni obviously orang akan sebut pasal iPad, tablet, android, blackberry and many more. Aku tak guna semua tu melainkan tablet, itu pun bukan aku punya it belongs to my sis.

I'm still using the very last year nokia or people said it 'chokia' or whatsoever. Ada aku kesah? hahaa. Sebab bagi aku keperluan aku adalah sms or call, itu sahaja. I didn't ask more, in fact I have my own mp3 so it shouldn't be my problem. Lagipun kalau aku ada phone yang canggih2 ni tapi hanya untuk online Fb or tweet for me it's like a waste, subscribe internet untuk tahu update orang lain or being a stalker doesn't make me richer. Orang lain dah berjaya and maju ke depan but i'm still in front of my phone by doing nothing. lain la kalau aku online dapat duit berjuta-juta takpe lah jugak, kalau macam tu memang aku subscribe sebulan terus. It's just my opinion, terpulang pada masing2, coz aku bukan pengguna internet tegar, yang akan menggelupur bila seharian tak online. Seriously i'm not that person and please don't ever be.

Tak kisah la orang nak cakap aku ketinggalan zaman ke, tak tahu update ke, aku tak kisah langsung. Biarlah aku tak pernah fikir langsung pasal apa yang orang cakap pasal aku. Aku ada terbaca dalam majalah 'Perempuan', anak seorang jutawan kat Malaysia ni cakap lebih kurang macam ni "Saya tak berapa minat dengan iPad, iphone atau seumpama dengannya sebab saya tak tahu nak guna dan saya tak ada sebab nak gunakannya melainkan blackberry yang saya ada". Hello tu anak jutawan yang cakap macam tu, aku rasa dia mampu je kalau nak beli 10 iPad sekalipun tapi memandangkan itu bukan keperluan dia so dia rasa tak perlu nak ada semua tu.

Tak payah la nak ikut orang sangat, ikut kemampuan masing2. Tak kan la kalau orang ada iPhone 4s, kau pun nak ada jugak. Ada tu sampai bergaduh2 dengan parents nak handphone baru, takkan la sampai macam tu sekali. Memang la parents kau akan belikan tapi mesti dia terasa dengan kita coz sebab handphone kita boleh bergaduh.

Yang penting bagi aku sekarang bila orang sms aku, aku akan reply. Bila orang call, aku akan angkat. The most important thing is i have enough credit to reply my friend message, that's all.
Bukan bila pakai phone canggih2 orang mesej ko, ko reply 3 hari kemudian ya! what a shame, beli phone ada duit tapi reply mesej yang tak sampai 10 sen tu tak ada credit. Pathetic!

Tuesday, April 24, 2012

Falling in Love..



*jatuhcintadenganmereka*

saat entry ni ditulis lagu Falling in love by Siti Nurhaliza menjadi background music..haha..sangat lah propa..:P

Seriously i'm in love with this guy. Kenapalah mereka ini sangat-sangat cute, charming, kacak dan apa2 sahaja word yang describe benda-benda yang awesome boleh diberi pada mereka. Tapi aku suka yang sorang ni.( takkan nak amik semua, aku tak nak tamak..hehe). Nilah orangnya, Zain Malik (Zayn)

Sanggup tengok performance dorang masa dekat X-factor banyak kali. Fyi, dorang ni british-irish boyband dari program realiti X-Factor (dorang dapat nombor 3). Lagu dorang 'What makes you beautiful" berjaya cairkan hati ramai wanita di luar sana. Suka jugak dengan lagu "one thing". OMG, dorang sangat cute dalam music video tuu..even dorang menari cam pelik and look awkward but it still cool. (kalau dah comel, buat apa pun nampak ok)


sila add caption sendiri..:P


his eyes! takterkata...haha

Monday, April 23, 2012

Favourite magazine

pic: sumber google :)
Aku memang suka gilerr baca "Cosmopolitan" magazine. Dulu time sekolah selalu baca Remaja. Tapi sejak meningkat usia dan seiring dengan masa , aku beralih pada cosmo. Suka tagline dia "miss cosmo, miss out!" very the cosmo!

Pastu dalam majalah tu selau suggest produk yg terbaik untuk skincare, makeup, and macam-macam lagi. Dorang suka guna ayat macam ni "pilihan cosmo!, cosmo tu, cosmo ni". Siapa yang baca dorang akan tau. Macam urban je ayat tu. *tak taulah kalau aku je rasa macam tu.

Sekarang dah berwajah baru. sangat suka..my favourite column is editor column, pastu ada yang dorang share 10 things yang menarik (depends on topic) and makeup of course memang favourite.

Baru-baru ni ada terbaca topik yang sangat menarik. Lebih kurang macam ni tajuknya 'laman sosial membawa kepada kemurungan". Contohnya, bila kita log in , kita akan tengok news feed kita. Then, kita tengok kawan-kawan or artis update status mereka pergi melancong, beli gadjet baru, bahagia dengan pasangan masing-masing, show off sana sini, automatik kita akan rasa pressure. Siapa rasa macam tu? kalau tak rasa apa-apa memang terbaik lah.

Untuk lebih jelas, lepas kita tengok semua tu kita akan rasa "down" dengan diri kita sendiri. Kita akan rasa rendah diri, rasa hidup kita macam biasa sangat, pastu rasa terfikir "aku patut tukar phone aku ni, semua dah pakai iphone, android, upload via itu ini. Got the picture?

So, dalam cosmo ada bagi tips untuk overcome problem ni. If rasa macam tak kuat nak tengok or hadapi semua ni better delete/deactive laman sosial anda itu. Tapi if tak nak, just ignore je. Baca sambil tersenyum. The point is dont compare your life with others, You have your own story. Maybe this time, bukan rezeki korang lagi untuk merasai hidup seperti mereka. Jadikan benda itu semua sebagai satu semangat untuk menjalani hidup yang lebih baik. cewaaaaaaah, bukan main lagi ayat aku nih. *pendapat ni aku campur dari macam-macam source.

Nak share satu quote ni dari jejaka yang sangat kacak iatu Syamsul Yusof dari apa yang beliau tulis di ruangannya di berita harian:

" Usah dengki kawan-kawanku. Kita peroleh rezeki dari Pemberi Rezeki yang sama. Masa,tempat dan bentuknya mungkin berbeza, namun hakikatnya semuanya dari Dia"
( quote ini dari twitter Dr Anwar Fazal)



Thursday, April 19, 2012

Coklat

Kalau cakap pasal coklat ni I believe that everyone can't say no to that. Tak ramai yang tak suka coklat. Ex-roomate aku Arisha, dia memang tak suka coklat, satu hari tu member aku bagi 3 biji Big Apple kat aku, semua ada coklat.Aku bagi satu kat dia, alih2 dia buang inti coklat kat dalam tu bagi kat aku, dia kata dia tak makan coklat. Aku cakap kat dia " Untung boyfriend awak tak yah keluar duit beli coklat kat awak banyak2..hehee"..

Masa aku balik tadi mak aku cakap anak murid dia bagi coklat Bery'l. Diorang baru je balik dari kilang dia kat Serdang kalau tak silap aku. Bagus betul diorang ni ingat kat cikgu dia. Yang untung anak cikgu dia jugak.hehee.Memang heaven la aku, minggu ni dapat makan coklat banyak2.

Actually aku sekarang dah suka makan coklat yang brand Dove tu, to be exact yang dark chocolate punya. Hari tu beli kat 7e punya la mahal, harga kat Tesco lagi murah. Biasalah kedai 24 jam mana ada harga murah. Dark chocolate ni tak la pahit sangat, isi dia tebal sikit dari dark chocolate Cadbury. kalau korang perasan Cadbury punya nipis je.
Kalau ikutkan hati nak jugak try coklat Godiva tapi tak mampu la aku kan. Aku pernah baca kat dalam Cosmopolitan, coklat Godiva ni favourite Siti Nurhaliza. Banyak duit takpe makan coklat mahal:p..tak silap kalau kat Malaysia ada kat Pavillion. Amik ko kat tempat high class je ada benda ni. Godiva ni origin from Belgium, memang dari negara pengeluar coklat.

Aku ingat lagi aku pernah tengok Oprah Winfrey show, yang set dia diperbuat daripada coklat. Makan hati tengok Oprah agih-agihkan coklat kat penonton bila show dah habis.







Full set of chocolate





chess anyone? okay i'm melting now

Sunday, April 8, 2012

Bestfriends

Last Friday aku call kawan baik aku masa diploma dulu, Alin nama dia. serious aku rindu kat dia, aku rasa dia kawan aku yang paling baik yang pernah aku jumpa masa diploma dulu. Kitaorang sembang macam2 cerita, how she doing right now, is her friends there treat her well, macam2 lagi la aku tanya.

Aku tak ingat aku start rapat dengan dia sem berapa, tapi kitaorang pernah jadi roomate dalam 3 sem macam tu. Masa diploma aku takde member, macam kawan ramai2 dalam satu group macam tu. Serious aku takde macam tu, so aku hanya ada Alin je bestfriend aku. Kitaorang kelas lain2 tapi tak jadi masalah pun coz kitaorang selalu belajar sama2.

Aku rasa bertuah sangat ada kawan macam dia, dia sangat baik, sangat2 baik. Dia pernah cakap dengan aku biarlah hati dia sakit tapi jangan dia sakitkan hati orang. Aku tengok orang lain suka amik kesempatan atas kebaikan dia. Aku selalu cakap dengan dia jangan macam tu nanti orang pijak kepala. Orang lain bila susah baru cari dia, time senang selalu lupa. Kesian aku tengok dia.

Orang suka discrimate dia sebab dia bersaiz besar, dia cakap dia genetic. Aku tengok dia makan sama je macam aku, kadang2 aku rasa aku lagi kuat makan dari dia. Bagi aku saiz doesn't matter yang penting hati baik.Kalau kurus, cantik tapi suka dengki dengan orang buat apa kan. Aku harap kalau dia baca blog aku, aku nak dia tahu aku sangat2 sayangkan dia. Dia banyak tolong aku.

Bila aku tahu dia dapat kat Segamat, aku rasa sedih. Aku sedih sebab sapa nak ajar aku kalau aku tak paham nanti? sapa nak dengar masalah aku lagi? macam2 aku fikir. Tapi Allah tu Maha Adil, aku dengan kembar aku dapat satu tempat, so ada orang yang teman aku.

Sebolehnya aku nak selalu keep in touch dengan dia, aku tak nak lost contact. Aku faham kalau dia tak reply mesej aku maknanya dia takde kredit or busy. aku tak fikir pun yang dia lupakan aku ke apa.

Terima kasih Ya Allah kau bagi aku kawan yang sangat baik ni. Aku tak tahu nak balas jasa dia macam mana. terima kasih Alin coz sudi jadi kawan aku, dengar masalah aku, tolong aku, ambil berat pasal aku.

Aku dengan dia tak banyak persamaan tapi kitaorang boleh connect each other. Tipu lah kalau aku cakap aku tak pernah argue dengan dia. tapi kitaorang akan cepat sedar salah masing2 then mintak maaf.Kitaorang tak suka cakap belakang or simpan apa yang tak puas hati lama2. Senang kata kitaorang lebih pada straight forward. Istilah 'kau terasa dengan aku, aku terasa dengan kau' macam tak wujud antara kitaorang. Sebab masing2 tak simpan dalam hati.

Aku sangat sayangkan dia. Aku doakan dia success dalam hidup dia n bahagia dengan family dia.Aminn


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...