Monday, July 25, 2011

Air dicincang takkan putus..

Kelebihan adik beradik ramai lagi-lagi bila semua perempuan:

1. The more the merrier.

2. Mengajar kami bila buat sesuatu fikir orang lain.Contoh, nak makan simpan gak untuk orang lain.Jangan nak makan sorang je..hehe.

3. Boleh agih-agih kan tugas seperti memasak dan mengemas.

4. Mengajar lebih berkongsi. Tak payah nak selfish sangat.

5. Nak bercuti boleh pergi ramai-ramai tapi kena tunggu semua ada dulu.

6. Rumah tak sunyi. Bila sorang takda mula terasa sunyi.

7. Bila beli barang boleh dapat harga murah sebab beli borong.Minimum amik 6pcs. Sangat untung di situ.

8.Boleh kongsi-kongsi barang.Makeup ku makeup mu jua. Buat harta sendiri tanpa rasa bersalah.(bukan dah ada ke kat atas???)

9. Sangat senang bila ada kenduri sebab banyak kakitangan. Seorang ada 2 kaki 2 tangan sila darab dengan 6 orang...LOL..

10. Selalu ada makan besar sebab dah ramai tak perlu tunggu hari tertentu untuk makan besar.

11. Boleh selalu ber"gossip girl".You know you love me.xoxo. Selalu juga ada pillow talk.

12. Bila keluar boleh keluar dengan adik beradik. (sebab susah nak lepas kalau keluar dengan kawan-kawan, takpe janji keluar jua..:P)

13. Saling tolong -menolong bila dalam kesusahan.Semua bekerjasama menyiapkan folio dan kerja sekolah adik bongsu...

14. Aku tak tau nak fikir apa dah..ngantukkk la pulakk..hehe..peace:P


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...