Wednesday, July 6, 2011

Apabila orang memandang kita sebelah mata..

Nabi saw. bersabda, “Dianggap sebagai takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain." (HR Muslim).
Ni status kakak aku kat fb dia.Kadang-kadang aku terfikir siapa kita nak pandang rendah atau pandang orang dengan sebelah mata? Kita semua berada di level yang sama. Di sisi Tuhan semuanya sama tak kiralah pangkat apa kita kat dunia ni.

Pengalaman banyak mengajar aku. Melihat orang sekeliling berinteraksi sesama sendiri.Kadang-kadang aku hanya mampu memandang apa yang berlaku. Bukanlah aku nak buat "judgement" terhadap seseorang. Tapi bila berlaku pada diri sendiri aku kadang-kadang aku tak tau nak kata apa.

" kau ada duit nak beli ni?" situasi booth makeup terkenal yang baru pergi siang tadi.

"kau ada?"

"eleh, setakat orang staff biasa. aku exec tau tak?"

Ayah aku pernah pesan jangan pandang rendah kat orang. Dekat office dia, semua orang dia tegur. Baik cleaner tak pun guard. Ayah aku cakap" dorang pun manusia jugak. Kalau takda orang, kita pun susah.Sama je kita ni". Sama jugak dengan mak aku, dengan tukang sapu kat sekolah tu pun boleh buat geng. Kita ni tak tau bila kita susah nanti siapa yang akan tolong kita. Ntah-ntah orang yang paling kita benci yang akan tolong kita.

Bukan selamanya kita akan berada diatas. Kalau bukan dekat atas pun tak perlu feeling2 kita tinggi sangat. Kita tak tau nasib kita macam mana. Mana tau orang yang kita pandang rendah tu in future dorang lagi tinggi darjat dari kita. Who knows kan?

Apa yang aku tulis ni untuk ingatan dan pesanan dekat diri sendiri jugak. Aku pun pernah melalui pengalaman yang teruk dimana orang pernah pandah rendah gila nak mamps kat aku.Cuma aku malas je nak ingat balik. Aku pun takde niat nak balas balik kat dia. Biarlah, Tuhan maha Adil. Asalkan aku tak kacau hidup orang. Peace.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...