Sebelum cerita ni menjadi basi dan sampai tak lalu orang nak baca,baik aku post je entry ni:) Kami berdua join contest Maybelline kat facebook Maybelline NY Simply Fabulous. Korang pun boleh join kalau nak tapi kena like dulu page fan Maybelline.
Senang je contest ni (mentang-mentanglah dah menang..hehe).Korang hanya perlu teka mood Liyana Jasmay. Mula-mula mood pertama kitaorang kalah sebab terlalu confident. Mana taknya gambar tu just tunjuk gambar mulut je. Masak kau nak teka..hehe
Ni gambar untuk mood pertama.Jawapannya "SLEEPY". Kita orang teka jawapan yang salah time ni.Takpe,cuba lagi.
Untuk mood kedua pulak jawapannya "DAYDREAMING". Tak dapat teka dengan betul jugakk.Hampir nak frust jugak. Takpe "we must not give up!". Trylah lagi untuk gambar ketiga.
Yang ni untuk mood ketiga.Mula-mula dia bagi gambar ni. Aku dengan adik punyalah teka.Ramai jugak yang teka sampai 884 comment! tapi still takda jawpan yang tepat. Admin Maybelline cakap dorang akan bagi clue kedua esok paginya.Gigih kami bangun awal,siapkan semua kerja dan terus menghadap laptop.
Tekalah kami sampai lebam. Jawapan yang mengarut pun ada.Tapi takpe janji teka jangan tak teka. Aku siap jadi orang first yang komen gambar ni walaupunn jawapan salah..hehe..
Pedulik hape aku kan janji komen.Betul ke salah belakang kira..:)
Finally the truth reveal! (tiba-tiba). Ni gambar yang kita cari.Jawapannya, jeng jeng jeng--->PLAYFUL. Dalam banyak-banyak kami teka adakah jawapan playful termasuk sekali? Ya, ada! Macam aku cakap tadi bukan senang nak teka sebab macam gambar atas ni macam-macam mood korang boleh teka. Gambar kan menyimpan 1001 makna. Tapi kenalah teka macam-macam.Tengoklah jawapan mana yang terkena. Here, the winners...
Aku yang no 3 dan adik no 5. Dorang akan pilih 10 pemenang yang dapat menjawab dengan tepat dan pantas! Semua pemenang akan dapat BARANGAN MAYBELLINE BERNILAI RM100!!! wow! Siapa nak bagi kan..Alhamdulilah, nasib baik kitaorang tak give up awal.
Kalau korang nak join pun boleh lagi.Sekarang dah kuar untuk teka mood 4.Ada 5 mood sahaja untuk diteka. So,tinggal lagi 1 sahaja peluang untuk join!! Apa tunggu lagi.
pssst:Liyana Jasmay memang pandai buat mimik muka...:)
credit all picture to Facebook Maybelline NY Simply Fabulous
No comments:
Post a Comment