Tuesday, May 31, 2011
Customer Services yang teruk...
I rasa semua orang pernah rasa kena layan dengan staff di mana-mana customer services dengan teruk atau tak berhemah. Mana yang tak pernah kena tu anda memang bertuah..I faham dorang penat kerja atau sebagainya. Tapi kadang-kadang dorang sesuka hati je lepaskan marah dorang dekat orang yang tak sepatutnya. Marah kat orang lain tapi lepas kat orang lain. Hello, kalau bukan customer yang datang beli barang atau guna services you all, siapa lagi yang nak beli??? Aku mulalah nak mulut lepas kan..
Customer datang dengan harapan diberikan services yang terbaik. Semua masalah korang tu, simpan elok-elok. Customer tak nak tau pun. Last week ada 2 cerita yang menyakitkan hati:
1. I pergi pejabat pos tanya pasal nak pos bungkusan. I siap bagi salam senyum dan tanya elok-elok. Tapi perempuan tu boleh buat muka dan tergedik-gedik cakap "tak taulah". Aku sakit hati. Macam tak boleh cakap elok-elok. Nasib baik ada staff lelaki kat situ yang tolong I. Dia boleh cakap baik-baik. Yang aku tak fahamnya, kata keje pejabat pos tapi takkan kau sendiri tak tau nak pos bungkusan macam mana. Baik berhenti je keje kat situ.
2. Ni dekat pejabat pos jugak tapi ni Pos Laju punya office. I beratur dan depan I ada orang cina tengah berurusan dekat kaunter tuh. Staff perempuan tu macam berapi je layan orang cina tu.Maybe orang cina tu tak faham bahasa Melayu. Bila sampai turn I dia macam dah berkerut-kerut dahi layan I. Tak kisahlah dia nak buat macam tu. Tapi ada orang tu cakap dengan dia "erm,sejuk kerja kat sini.Ada air- cond bagai". Pastu staff perempuan tu cakap "memanglah sejuk tapi dalam hati panas! Dahla kena kerja sampai pukul 8". Eh eh, kalau kalau tak kerja sampai pukul 8, cari je kerja lain. Ramai je lagi yang nak kerja.
Patutlah orang sanggup bayar mahal-mahal pos guna private company sebab services dorang memang terbaik. Dorang tau tanpa customer dorang pun tak boleh hidup. Customer ibarat nyawa dekat dorang, takde customer takde income. I bukan nak rendah-rendahkan atau salahkan sesiapa tapi just luahkan rasa tak puas hati ni. Maybe ada orang kata "eleh baru sikit kau kena tu". Memang lah sikit tapi pada I bermula dengan layanan yang teruklah orang langsung tak nak guna services kita. Dari situ orang akan sebarkan yang company tu memang teruk dan orang lain akan terpengaruh dan tak nak guna services company tu. That's the power of word of mouth..
For me, orang yang bagi BAD CUSTOMER SERVICES ni memang tak suka dengan kerja dorang tu. Kalau kita suka dengan kerja kita, kita akan kerja dengan ikhlas. Ni nampak sangat tak ikhlas dengan kerja tu. Dorang kena faham bukan hari-hari kita ni pergi pejabat pos. Macam pergi bank jugak.Selalu orang pergi mesin ATM je. Takdelah pulak orang bukak akaun hari-hari.
Last week jugak I teman Nadyra bukak akaun CIMB. I rasa I patut mention nama bank ni sebab customer services dia memang superb! I tak tau kat tempat lain tapi dekat tempat I memang ok. Dia layan sangat friendly dan macam dah lama kenal. Kitaorang boleh lagi sembang-sembang kat situ. By the way orang tu sangat hensem..hehe:P
Friday, May 27, 2011
So Random 7
Bila result dah kuar ni, orang yang tak pernah tegur kat fb pun akan tetiba jadi rajin tegur kita.Tau sebab apa?coz nak tanya result kita berapa?bila kita cakap "result aku bese2 je",kau pulak "hehee aku DL sem ni".Owh baru aku tahu kau tegur aku dulu coz nak bagitahu aku result kau la?
Honestly I tak envy pun orang dapat lebih dari I,dah dia usaha mesti la dapat kan.Mungkin belum rezeki I lagi.Takpe Allah tu maha adil.Kadang-kadang I tak faham kenapa ada orang nak pandang rendah kat budak yang tak DL, bagi diorang budak2 yang tak DL ni tak pandai lah,malas belajar la and whatsoever.
From my previous experience, I pernah la dapat markah rendah dari kawan I.So bila dah dpt rendah mestila sedihkan,then tetiba kawan I cakap I dengki coz markah dia lagi tinggi dari I.Hello WHAT THE..Kalau aku dengki aku tak cakap and tak study dengan ko lagi la.
Bukannya nak bagi semangat ke apa tapi boleh dia cakap macam tu.
Seriously I pening dengan perangai orang yang tak matang,sensitif tahap gaban and tak tahu berterima kasih ni.Asyik nak salahkan orang je.Yes,I'm not perfect too but please la try to understand and respect other people.jangan fikirkan perasan kita sorang je.Kalau sapa yang dah masuk Uni korang akan faham dah nampak macam2 perangai kat Uni ni.
Kalau korang dapat kawan yang baik korang memang bertuah.Kalau tak dapat tu pengajaran untuk kita.I dah serik untuk terlampau rapat or 'baik' dengan orang.Tahu sebab apa?sebab dia pijak kepala kita balik.Tahu tak betapa sedihnya bila orang buat macam tu.Bila jumpa kita macam takde benda yang berlaku.
P/s:kalau sapa yang baca tak faham takpe.I just nak lepaskan je,dah lama simpan benda ni.
Thursday, May 26, 2011
Food Is The Best Therapy For Me..
I suka makan. Lagi tension lagi banyak makan. That's the best way to release my tension :p
Honestly lepas habis exam haritu I memang tak tenang duduk kat rumah. Seriously, asyik nervous. Takut sangat dengan final diploma ni. Makan pun tak berapa nak lalu sangat. Bila fikir balik macam kelakar je. Sila gelakkan kami ..:P
Tak dapat nak dibayangkan perasaan ni bila result keluar semalam. Alhamdulilah kitaorang lulus semua subjek. Mak dan ayah happy and proud of us. Lepas je kuar result, terus adrenalin naik. Nafsu makan terus datang. So, ni jadual makan semalam:
10.00 pagi : Makan sosej cheese.
12.00 tgh hari: Makan nasi dengan ayam masak merah.
2.00 petang: makan meggi lak.
6.00 petang: sup sayur dengan wedges sambil cicah mayonis and sos cili
10.00 malam: makan nasi dengan sambal telur. ( Gila lambat makan.Jarang makan nasi pukul 10malam )
Mungkin macam tak banyak je korang tengok tapi I tak pernah lagi duduk rumah makan sekerap ni. Pasni bolehlah semua tulis kat facebook yang I dah tembam or whatsoever kan :P
Wednesday, May 25, 2011
Teaser Endlessfashion3
Here the picture, singgah la ya tengok tudung kat sini. We are trying to serve our customer with the best service and price!
Monday, May 23, 2011
So Random 6
Actually takda idea nak update apa pun buat masa sekarang ni. Tak macam orang lain ada benda je nak tunjuk. Contoh, beli barang mahal ke, keluar dengan boyfriend terchenta ke, makan kat tempat mahal ke, shopping beratus ke... Tapi saya takda semua tu nak tunjuk...
Boleh ke bagi alasan macam tu? Betul la kan, sekarang memang trend kan semua benda nak tunjuk. Tak takut ketinggalan ke sebab tak ikut trend? For me, tak takut langsung. Tak heran dan tak jeles...:) Orang lain nak buat tu dorang punya pasal lah kann...
Ok, cerita pasal lain pulak. Ada berita baru keluar pasal ada DNA babi dalam sesetengah bahan untuk membuat kek dan roti. Ada jugak orang share link pasal resipi rahsia punya kek pun ada unsur camtu. Tak tau betul ke tak. Just next time akan pikir banyak kali nak beli..Ada jugak cakap meatball yang sedap kat satu tempat yang memang terkenal dengan kesedapan dia tu pun ada unsur babi jugak.
So, memang tak selamat nak makan kat tempat-tempat mahal ni. Sebab tu I cakap tadi I tak heran dan tak jeles pun. Bangga ke dapat makan benda tak halal?? Tak kann. Semua mesti geli kan. Halal tak semestinya dengan takda unsur babi dalam makanan tu.Skop dia lagi luas. Contohnya, ayam disembelih dengan betul, aspek kebersihan dan banyak lagi. Cakap banyak pun I bukan pandai sangat pun. So, sila refer pada yang bertauliah ye...
Thursday, May 19, 2011
Best Breakfast Ever..
Kitaorang memang rapat. Sebab dari darjah 5 hingga darjah 6 kelas yang sama. Macam-macam aktiviti kitaorang buat time sekolah dulu antaranya bercuti dekat Pulau Pangkor. Untuk reunion ni tak ramai yang dapat datang. First sebab ada yang study overseas (classmate kitaorang ramai yang pandai2, yang lain tengok jela dorang fly..huhu), second, reunion ni dibuat seawal 7 PAGI ye kawan-kawan. Tak pernah dibuat dek orang reunion pagi-pagi buta. Tempatnya di Taman Layang-Layang Metropolitan.
Dalam 10 orang je pun yang datang tapi meriah. Yela dah lama tak jumpa. Makan-makan, lepak-lepak, gosip-gosip. Sangat best dapat jumpa dorang balik. Tak sabar the next reunion. Biasala budak-budak sekarang reunion sebulan sekali. Orang lain setahun sekali je :)
I like all the picture. Bila tengok kawan-kawan berjaya, rasa happy je. No envy at all. They also feel the same way. Pray for happiness and success to the best friend in your life. Insya-Allah you also will get the best return from HIM...:)
Wednesday, May 18, 2011
Novel jadi drama @ filem
1. Adam dan Hawa by Aisya Sofea ( semua orang baca novel ni kot )
2. Jauh by Aisya Sofia
3. Manisnya Cinta by Anis Ayuni
4. Kau Yang Satu by Nia Azalea
5. Tiada Yang Kedua by Sania Yasmin
6. Kau Untukku by Aisya Sofea
7. Bayangan Rindu by Anis Ayuni
Honestly novel yang no 4 tu I tak pernah baca pun.Lepas ni kayalah Aisya Sofea banyak gak novel dia jadi telefilem. I memang minat gila baca novel Aisya Sofea, Anis Ayuni dan Aina Emir.
Banyak jugak novel yang dijadikan telefilem ni yang I ingat adalah novel Cinta Pertama by Norhayati Berahim ( ni favourite gak ni ), Kau Laksana Bulan by Aina Emir ( novel ni pun tak pernah baca I terus tengok drama dia ). Yang paling latest kat tv3 ialah Nora Elena tajuk asal novel ni Kasih Yang Suci.Nora Elena adalah nama watak dalam novel tu dilakonkan oleh Siti Saliha adik Sam Bunkface.
Kalau kita semua perasan penerbit tv sekarang ni suka adaptasikan novel ke telefilem, adakah diorang dah tak ada idea nak buat cerita ataupun mengambil kesempatan atas kelarisan novel2 ni kat pasaran. Tapi kalau tengok dari segi yang lain ianya memberi peluang kat penulis novel ni untuk lebih dikenali dan sekaligus diorang boleh jadi scriptwriter macam Sharifah Abu Salem tu.Baru tahu dia yang tulis citer Asmara coz baru tengok Season 2 dua kali,sedih kan?sangat ketinggalan.
Yang tak bestnya bila novel ni jadi telefilem @ filem ianya akan jadi tak seperti yang kita gambarkan contohnya The Lord of The Ring ramai gak yang kecewa dengan jalan cerita filem ni.Harry Potter pun sama gak, maybe imaginasi penonton tak dijangkau oleh akal.Yang paling I frust adalah cerita Twilight Ecslipse, bagi I Esclipse adalah novel yang paling best dalam Twilight Saga but bila tengok cerita dia macam apa je.
Macam dalam novel Ombak Rindu yang tak lama lagi akan jadi fielm ni, for me personally I tak berapa suka dengan hero @ heroin cerita ni. I bukan tak suka Aaron Aziz dan I pun takde lah nak suruh director dia amik Robert Pattinson cuma I rasa dia tak sesuai je untuk filem ni.Habis la lepas ni mesti orang banned I memandai je nak tentukan pelakon dalam filem orang.
Macam Wardina cakap even dia kerja kat tv tapi dia tak tengok tv pun coz bagi dia tv limitkan imaginasi seseorang tu. Dia lagi prefer suruh anak dia baca buku banyak2. Contohnya macam kita baca Harry Potter kita akan imagine plot cerita yang gempak2 but when it turns to movie macam hampeh je.
Oh ya blogger
feelfreetoflyni cakap pasal salah ke laki baca novel. Bagi I tak salah kalau laki baca novel coz my dad pun baca novel kay.Novel Siti Rosmizah yang baru adik I beli kat pwtc tu terus ayah I bawak gi Sabah.Kitaorang tak baca lagi kot novel tu, terpaksa tunggu 2 minggu untuk baca novel tu.Nasib baik lepas balik outstation dah habis baca.Susah kot nak tengok laki baca buku, kalau ada pun mesti majalah sports atau majalah kereta.
Sekarang ni dah kurang baca novel alaf 21 lagipun penulis yang best2 ni dah banyak buat syarikat penerbitan sendiri.yang tengah 'in' dalam pasaran mestilah Hlovate.
Dari novel
ke drama
Lagu dalam drama ni pun best tau.Antaranya ialah Rapuh by Opick dan Tak Mungkin Kerna Sayang by Alyah.Before terlupa kesemua 7 novel yang kat atas tu akan ditayangkan kat Astro Citra ( ni tak best coz tak langgan pakej Mustika).Memang tunggu orang download je la kan baru dapat tengok.
Monday, May 16, 2011
Coklat in da house..:)
Kali ni kitaorang banyka buat coklat oreo. Sebabnya, budak-budak suka biskut oreo dan berbaloi untuk dorang beli. Harganya rm 1.50 satu. Bagi siapa-siapa yang berminat nak beli bolehlah komen kat entry ni. Harga boleh kurang lagi. Bukan setakat oreo je, coklat yang lain pun ada..:)
Thursday, May 12, 2011
Thank you Lipice!
Memandangkan dah pakai lipice dari high school lagi ( before beralih ke lipstick n lipgloss) I memang excited join app ni.Yelah dapat lipice free sape tak nakkan?tak kisah lah mini ke besar tapi I seronok sangat.
So, here the picture...I got strawberry flavour:))
Tuesday, May 10, 2011
So Random 5
When people said bad things about you, I just smile and reply " Normal lah, everbody has their good and bad. So do I". That people understand and agree with me. For second time, I feel offended with your statement. I dont want to post to Facebook like " aku sentap dengan ko" or equivalent to that because people will feel annoying about that. Even you always did like that. For me, it wont change anything. The relationship will become worse after that..
Sunday, May 8, 2011
Hanis Zalikha reply my wall post:))
Tak kisah la macam mana pun,yang penting I tengok dia rajin and sudi reply sape2 punya comment kat wall fb dia walaupun ramai yang send.Bagi I bila dia buat macam tu peminat atau pembaca blog dia akan rasa lagi dihargai.I ni bukan apa kalau jumpa artis ke @ sape2 yang I minat memang excited terlebih.Jumpa mak hanis pun dah rasa seronok sangat ni belum jumpa dia personally lagi.
I teringin sangat nak jumpa blogger2 yang terkenal yang lain macam maria elena,sue anna joe,sis yang pandai mekap zila ziman yang famous dengan blog sayamaukawen tu, irine nadia, kalau boleh nak jumpa semua lah.Ramai sangat la pulak nak tulis kat sini.
Jom beli majalah Remaja baru, HZ jadi covergirl...:)
Mengimbau zaman kanak-kanak...
Now we are practising this song again and again.This song will make little Alya excited and cheer up..Baru jaga 1 hari dah semput. Ni baru sorang, tak pikir lah pulak camna mak kau jaga korang dua orang time kecik dulu..hehe. * This is my thought*
Owh, ada orang cakap nak tau kita sabar atau tak, just try jaga budak kecik. From that, you will know your level of patience...
Thursday, May 5, 2011
Berfast furious sambil terjumpa Hanis Zalikha
Citer ni macam kumpul balik semua legend2 dari series diorang yang dulu.Kalau korang ingat dalam tokyo drift ada sorang mamat jepun ni pun ada gak dalam filem terbaru ni.Diorang ada mission impossible plus crazy mission.Actually drift or keta2 mewah tu takde la sangat tapi lebih kepada aksi2 menarik.
Kalau tengok ni pun dah tau filem ni tak cerita sangat pasal kereta.Diorang lumba2 kereta ni pun kurang.Maybe diorang nak buat kelainan kot.Papepun thumbs up la kat movie ni.Tengokla pasti tak menyesal.
Bestfriend dari sekolah rendah...pergi makan kat tempat yang tak berapa nak sedapp..:(
Before pergi tengok movie ni kat Wangsa Walk kitaorang singgah dulu kat The Mall.Adalah beli barang sikit kat situ sambil beli majalah terpakai kat 'The Book Chest' kat tingkat atas sekali.Memang berbaloi la beli buku terpakai kat sini.Kalau sape yang nak jimat memang patut pergi kedai ni.
Ingatkan nak usha kedai tudung Fareeda manala tau jumpa Cik Mawar lagi tapi malas la pulak kalau fulus tak bape nak ada then masuk setakat nak window shopping je baik tak payah.Buat segan je kat salesgirl dia.(macam la Cik Mawar tu ingat kat kitaorang lagi infact banyak lagi branch yang dia nak kena pergi tengok)
Then kitaorang tak breakfast lagi so nak pergi la minum2 jap tak rasa nak makan pun coz pagi lagi.Nak minum kat food court atas tu macam scary je coz byk kedai cina.Memandangkan dah lama tak pergi sini so terlupa la pulak ada food court kat aras bawah.
So random je la pick nak minum kat mana.Time order nak minum tu rasa macam kenal je aunty yang amik order ni.Ok tak baik gebang sangat jumpa Hanis Zalikha but wait wait kitaorang jumpa mama dia kot.Sangat2 surprise dapat jumpa mama dia coz tak sangka mama dia yang jaga kedai harini.Ye lah selalunya pekerja je yang ada,maybe rezeki kitaorang mama dia datang kedai harini coz pekerja diorang cuti.
Nadya: "ermm ni mama Hanis kan?"
Mama HZ : " Ala segan la aunty"
Then mama dia terus salam kitaorang. Pastu ada la sembang2 sikit pasal kitaorang ada komen kat blog dia regarding canopy yang abg ipar kitaorang buat.Seriously mama dia tak sombong,berbeza apa yang kita baca kat komen box blog mama dia.Mama dia peramah infact daddy dia pun ada jugak kat situ tadi.Memang macam anak dara kitaorang tengok.Tinggi pun tinggi patutla Hanis tu jadi model.Tengok je la gambar kat bawah ni.
Kalau aunty nani baca blog ni kitaorang nak cakap thanks sgt2 sudi sembang,layan kitaorang pagi tadi sambil buat air.Thanks jugak coz sudi bergambar sekali.Aunty tak pakai mekap pun cantik kot dalam gambar.So people jangan la judge orang selagi tak kenal orang tu macam mana.Mungkin dari segi penulisan berbeza dengan personaliti seseorang tu.Tulisan tak bernada so lain orang lain nada yang dibaca.Tu kadang2 jadi salah faham bila baca blog orang.
Tuesday, May 3, 2011
Orang zaman sekarang...
Surprisingly, banyak patient ada background seperti seks bebas dengan boyfriend..Maybe ada yang tak terkejut dengar semua ni dan dah boleh agak. Selama ni I susah nak percaya benda-benda macam ni wujud in reality. But when my bestfiend sendiri yang dah mengalaminya sendiri dan tengok bukti depan mata, maka memang betullah cerita-cerita yang ditulis dalam newspaper dan magazine..
Dengan selambanya bercerita dengan doktor pengalaman dorang tu...Maybe sebab doktor sendiri nak tau background dorang.So, mereka cerita apa yang mereka dah buat. Doktor perlu tau semua ni untuk pastikan mereka ada terkena HIV, Hepatisis B or Hepatisis C.
Masya-Allah memang dahsyat orang zaman sekarang ni. Tak tau nak cakap apa. Soal agama main tolak tepi je. My mum sendiri dah risau sebab banyak student IPT sekarang ni lahirkan anak luar nikah. Risau nak lepaskan anak jauh dari penjagaan ibu bapa.
Memang ini semua terletak pada individu itu sendiri. Siapa yang pandai jaga diri, Insya-Allah takdelah risau sangat. Tapi tak boleh yakin sangat, apa-apa boleh jadi sekarang ini. Number of gays itself keep increasing. What's wrong with people now??
Tahukah anda bahawasanya ramai orang yang gay sekarang ni semuanya "charming" belaka. Serious tak tipu. Sayangkan bila dorang suka kaum sejenis. What a waste...
Ini untuk peringatan pada diri I sendiri jugak. Harus pandai jaga adab dan pergaulan. Memang kita bukanlah baik sangattt tapi kita semua boleh berubah kan?? Carilah ilmu yang betul untuk ke arah kebaikan...Renung-renungkan..peace..
Sunday, May 1, 2011
Lepas tension dan gian dengan memborong buku di PWTC...
So, walaupun hari terakhir pesta buku, I dengan along, angah dan Nadyra pun pergi sana untuk memanfaatkan hari terakhir pesta buku nih. Pergi dalam pukul 10 camtu. Jalan ok tak jammed pun. Tapi bila sampai je banyak parking dah penuh..tawaf banyak kali gak kat situ.
Memang ramai orang kat sana. Lagi-lagi dah hari terakhir plus cuti umum lak tu. Memang crowded lah kann...Round-round dulu, pastu nampak Wardina bagi talk. Erm, biarlah dulu.Pikir jap lagi boleh jumpa. Masuk Dewan Tun Hussein Onn sebab Karangkraf exhibition dekat situ. Then, I nampak Dr. Tuah....Oh Myyyy, he's my inspiration. Banyak bagi motivate dalam buku dia. Dah nama pakar motivasi..Suka sangat baca buku dia. Dr Tuah sangat friendly dan sporting. I terus grab satu buku dia dan terus bayar. Staff karangkraf siap tegur " hai dik,takkan beli satu je". Bukan nak beli satu je tapi nak kejar Dr Tuah. Staff tu gelak je..
Dr Tuah pun amik gambar kitaorang dengan kamera DSLR dia lagi..hehe..
Dr Tuah siap 2 button kat kitaorang. Dia cakap sebab kembar dia bagi dua..I paling suka trademark signature burung dia tu..Mak siap jealous sebab tak dapat jumpa dia.
Selain Dr Tuah, dapat jumpa Wardina.. Kitaorang memang minat dia sangat-sangatttt. Sangat kurus dan cantik..
Dekat situ jugak kuatkan semangat nak redah untuk pergi beli novel karya Siti Rosmizah. Novel dia yang terbaru (lupa tajuk dia apa) tu actually adik I yang Amy tu dah beli tapi novel "Lafazkan Kalimah Cintamu" dia tak dapat beli sebab dah habis. Rupanya dorang limitkan sehari berapa untuk dorang jual. That's why, hari tu dia nak beli takde. Gagahkan diri dalam lautan manusia untuk dapatkan autograph dia...I dah baca novel dia tapi my siblings tak baca lagi. Kitaorang memang nak buat koleksi novel dia..:)
Sangat best bila dapat jumpe awesome people..Lagi-lagi bila orang tu banyak mengubah attitude kita. Banyak share benda baik dan mengajak orang untuk melakukan kebaikan..