Baru hari ni nak update pasal reunion kelas masa darjah 6 dulu. FYI, kitaorang sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Sg Tua Baharu (SKSTB) atau dalam bahasa inggerisnya school national river old new (ni member yang sesuka hati bagi nama).
Kitaorang memang rapat. Sebab dari darjah 5 hingga darjah 6 kelas yang sama. Macam-macam aktiviti kitaorang buat time sekolah dulu antaranya bercuti dekat Pulau Pangkor. Untuk reunion ni tak ramai yang dapat datang. First sebab ada yang study overseas (classmate kitaorang ramai yang pandai2, yang lain tengok jela dorang fly..huhu), second, reunion ni dibuat seawal 7 PAGI ye kawan-kawan. Tak pernah dibuat dek orang reunion pagi-pagi buta. Tempatnya di Taman Layang-Layang Metropolitan.
Dalam 10 orang je pun yang datang tapi meriah. Yela dah lama tak jumpa. Makan-makan, lepak-lepak, gosip-gosip. Sangat best dapat jumpa dorang balik. Tak sabar the next reunion. Biasala budak-budak sekarang reunion sebulan sekali. Orang lain setahun sekali je :)
I like all the picture. Bila tengok kawan-kawan berjaya, rasa happy je. No envy at all. They also feel the same way. Pray for happiness and success to the best friend in your life. Insya-Allah you also will get the best return from HIM...:)
No comments:
Post a Comment